Makan Tengahari di Restoran Kak Yan Nasi Campur, Ulu Melaka, Langkawi

Salah satu tempat makan tengahari yang sedap adalah di Restoran Kak Yan Nasi Campur, di Ulu Melaka. Bukan di Melaka tapi di Langkawi. Ulu Melaka jauh la sikit dari Pekan Kuah. Tapi berbaloi la untuk jalan-jalan cari makan.
Kak Yan Nasi Campur, Ulu Melaka
Kak Yan Nasi Campur, Ulu Melaka

Tempat ni pun famous gak la... waktu tengahari memang ramai orang datang ke sini. Makanan pun banyak. Sebab banyak sangat sampai nak pilih mana satu pun ambil masa yang lama. Selain tu, ikan bakar pun ada di sini.
Banyak sungguh makanan yang sedap-sedap
Banyak sungguh makanan yang sedap-sedap

pelbagai jenis ikan bakar
pelbagai jenis ikan bakar

Lebih kurang berminit-minit, baru la dapat buat keputusan nak ambil lauk apa. Last-last aku ambil tiga ekor ikan kembong bakar, sayur kacang panjang, sambal belacan dan sedikit kuah masak lemak. kombinasi terbaik.
nasi campurku
nasi campurku

Kesimpulannya, Kak Yan Nasi Campur ni memang terbaik dan aku rekomen kat korang untuk mencuba makan tengahari di sini.
sesak dengan orang ramai
sesak dengan orang ramai

Jadi, jika korang nak datang ke Kak Yan Nasi Campur, cari le dekat Ulu Melaka atau korang boleh guna je gps koordinat dan google map seperti di bawah ni. Kak Yan Nasi Campur ni dekat kawasan kampung tau, bukan tengah-tengah bandar.
gps koordinat : 6°21'03.5"N 99°45'53.8"E atau 6.350963, 99.764931

No comments:

Post a Comment