Restoran Balak Inn ni beralamat di Jalan Sempadan, Kampung Permatang Tok Mahat, 34200 Parit Buntar, Perak. Restoran ni start buka jam 1 tenghari hingga lewat malam. Tutup pada haru Jumaat.
|
Restoran Balak Inn, Parit Buntar |
|
Restoran Balak Inn, Parit Buntar |
Sebab apa panggil BALAK? Sebabnya restoran ni berkonsepkan kayu balak hutan. Semua tiang-tiang adalah dari asal pokok. Ada sesetengah meja pun di buat dari pokok-pokok hutan.
Apa yang ada di sini? macam-macam ada. Ada kuih-kuih, ada char koay teow, ada ABC, ada western food, ada makanan goreng-goreng, makanan set dan sebagianya. Disebabkan aku datang waktu tengahari, jadi aku nak makan nasi la... tapi nasi campur tak ada ek... nasi yang goreng-goreng jer. Senarai menu makanan yang goreng-goreng seperti di bawah:
|
Senarai menu Balak Inn |
Oleh yang demikian, menu makan tenghari aku hari tu adalah nasi goreng paprik daging, telur mata, nasi goreng cili dan sup tulang.
gps koordinat : 5°07'51.8"N 100°28'44.6"E atau 5.131047, 100.479041
Restoran pakai kayu balak ke
ReplyDelete