Restoran Air Buah Gelas Besar Seberang Takir, Kuala Terengganu

Restoran Air Buah Gelas Besar Seberang Takir, Kuala Terengganu

Senarai menu Air Buah Gelas Besar
Salah satu tempat makan menarik di Kuala Terengganu untuk makan petang dan malam, boleh la datang ke restoran Air Buah Gelas Besar, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Restoran ni sering menjadi pilihan orang ramai untuk menikmat air buah yang pure dan fresh.
Memandangkan tempat ni popular dengan air buah, so banyak hidangan air buah yang ada di sini. Pelbagai buah-buahan yang ada di sini yang boleh korang pilih untuk dijadikan jus buah.
Yang paling menarik, air buah di sini memang dihidangkan dalam gelas besar. Gelas besar pulak ada pelbagai jenis kategori plak...Ada bekas kecil, bekas besar dan balang. Balang ni plak ada pelbagai bentuk. Semuanya besar-besar. Minum boleh sampai pecah perut..hahahahha... kenyang air jer...
Gelas Besar dengan gelas kecil (standard biasa)
Nampak besar gelas besar dengan gelas kecil yang standard? besar kan? yang ni aku order air karot susu. Ni kira gelas besar yang biasa. Ada lagi yang lagi besar!!! jangan terkejut ye...
Selain air buah, ada juga disediakan menu makanan di sini. Antara makanan yang ada di restoran gelas besar ni adalah nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang, laksa, laksam, keropok lekor, rojak ayam dan juga mee sup.
nasi lemak
Bagi yang tengah bercuti dan nak minum air buah di Kuala Terengganu ni, boleh la datang ke restoran ni...memang rare dan terbaik air buah diorang. Aku sertakan gps korrdinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang yang berhajat untuk datang sini.
orang ramai tengah menikmati air buah
gps koordinat air buah gelas besar : 5°21'42.1"N 103°07'01.6"E atau 5.361702, 103.117119

No comments:

Post a Comment