Showing posts with label shawarma. Show all posts
Showing posts with label shawarma. Show all posts

Singgah makan Shawarma di Yasmin Express, Pantai Cenang Langkawi

Yasmin Express, Pantai Cenang Langkawi
Yasmin Express, Pantai Cenang Langkawi
Sebenarnya aku dah try makan shawarma di sini, tahun sebelum ni...Boleh tengok posting aku pasal Yasmin Express ni DI SINI.... Masa tu aku try makan shawarma. Rasa sedap plak..Jadi memang aku dah plan untuk trip Langkawi aku kali ni, mesti kena repeat makan shawarma di gerai Yasmin Express, Pantai Cenang niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...
ada banyak menu makanan timur tengah disini
ada banyak menu makanan timur tengah disini

penyediaan shawarma (ayam dan daging)
penyediaan shawarma (ayam dan daging)
Sebenarnya buka hanya ada shawarma je di Yasmin Express ni...banyak juga makanan-makanan yang berkonsepkan timur tengah ada di sini....Aku datang sini, aims aku nak makan shawarma jer😁😁😁... Jadi takde la aku nak order menu lain...

Kalau ikutkan pada posting aku yang lepas, aku beli shawarma tu take aways jer..makan dalam keta dan simpan sikit makan di hotelπŸ˜…....tapi kali ni aku nak dine in jer...aku parking keta di parking berbayar di belakang mall yang berdekatan jer dengan gerai Yasmin Express ni...

teh ada campuran herba (lupa nama menu ni)
teh ada campuran herba (lupa nama menu ni)πŸ˜…

shawarma daging dan ayam
shawarma daging dan ayam

aku gigit sikit bagi nampak inti kat dalam tu
aku gigit sikit bagi nampak inti kat dalam tu😁😁
Repeat kali kedua ni, masih padu rasa shawarma ni...Sangat recommended untuk korang try. Boleh cari di area Pantai Cenang.

GPS koordinat: 6°17'25.1"N 99°43'40.1"E atau 6.290305540992938, 99.72780816650479
https://maps.app.goo.gl/XpiBzhRTqjiKsWL5A

Halab Gate Shawarma & Kebab, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Halab Gate Shawarma @ Kebab
Halab Gate Shawarma @ Kebab
Restoran Halab Gate Shawarma & Kebab ni kecil jer restoran diorang. Pemilik restoran bukan orang malaysia. Restoran Halab Gate ni dimiliki oleh Arabian Middle East Traders Sdn Bhd seperti mana yang tertulis dalam resit bayaran...Lokasi Restoran Halab ni berada di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang, Kuala Lumpur...Mudah nak datang, sebab tak jauh sangat dengan stesen monorail...LRT pun ada di Bukit Bintang ni.
menu-menu makanan Halab Gate Shawarma & Kebab
menu-menu makanan Halab Gate Shawarma & Kebab

boleh pilih nak ayam atau daging
boleh pilih nak ayam atau daging
Aku order beef shawarma...take away..makan kat hotel jer..tapi memang padu la shawarma diorang..terasa macam duduk kat arabπŸ˜‚πŸ˜‚....minta maaf tak sempat nak snap gambar shawarma tu, dah habis makan baru teringat nak ambil gambarπŸ˜…πŸ˜…...

Aku sangat recommed untuk korang try shawarma ni...Boleh cari di Bukit Bintang kalau korang berada di Kuala Lumpur tengah jalan-jalan tu, singgah la kejap makan shawarma😁...Aku sertakan GPS koordinat dan google map kat bawah ni sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1474339096393997, 101.71076062006115

Makan Shawarma padu di Restoran Damascus, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Restoran Damascus, Bukit Bintang
 Restoran Damascus, Bukit Bintang

Suasana dalam Restoran Damascus
 Suasana dalam Restoran Damascus
Kalau korang ada di area Bukit Bintang Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di Restoran Damascus untuk try makan Shawarma yang padu dan sedap!πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹..... Shawarma di sini memang famous dan laku keras...beratur panjang beb nak dapat makan shawarma punπŸ˜…πŸ˜….. Kalau korang datang Damascus ni, korang akan perasan ada 2 barisan...satu barisan untuk take away dan satu lagi untuk dine-in...so jangan salah barisan😁😁..

Aku asalnya nak take away jer...tapi sebab nak rasa makan nasi kabsa chicken, beratur la juga di barisan dine-in walaupun dah beli shawarma yang take away tu....

sedap beb shawarma ni
sedap beb shawarma ni

ni shawarma yang dah siap bungkus
ni shawarma yang dah siap bungkus

shawarma ada 2 flavor, ayam dan daging
shawarma ada 2 flavor, ayam dan daging
Menu-menu lain yang ada di Damascus selain shawarma antaranya adalah nasi mandi, briyani, grilled, nasi kabsa dan ada lagi lah menunya...antara yang aku sempat snap gambar menu diorang adalah seperti dibawah.
menu Damascus 1
menu Damascus 1

menu Damascus 2
menu Damascus 2

menu Damascus 3
menu Damascus 3

menu Damascus 4
menu Damascus 4
Aku just nak try makan nasi kabsa chicken, so order la menu ni..aku order satu jer...tengok dalam gambar macam banyak..sebab harga pun boleh tahan mahal😚...sekali yang datang pinggan kecil jer..untuk sorang makanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜†.... Hadap je la makan..tapi bila aku nak makan shawarma yang beli take away tadi dalam restoran, sekali kena marah daaaaa......diorang tak bagi makan shawarma yang take away dalam restoran😑😑😑.... 
kabsa chicken
kabsa chicken

mango juice
mango juice
Apa-apa pun shawarma Damascus memang padu. Korang patut try walaupun kena hadap beratur panjang😁... Boleh cari di Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bagi memudahkan pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1473528761860434, 101.71129734039859

Makan Shawarma di Gerai Yasmin Express, Jalan Pantai Cenang, Langkawi

Gerai Yasmin Express, Jalan Pantai Cenang, Langkawi
Gerai Yasmin Express, Jalan Pantai Cenang, Langkawi

Gerai Yasmin Express, Jalan Pantai Cenang, Langkawi
Gerai Yasmin Express, Jalan Pantai Cenang, Langkawi
Ada satu gerai di Jalan Pantai Cenang, Langkawi yang ada jual shawarma. Gerai ni namanya Yasmin Express. Tak luas sangat, tapi selesa la kalaun korang nak makan di sini. Ada juga 2-3 menu yang ada di Yasmin Express ni. Tapi aku pilih untuk nak try makan shawarma. Aku try dua jenis shawarma iaitu shawarma ayam dan juga shawarma daging cheese
shawarma in making
shawarma in making
Aku beli bungkus je....makan dalam kereta...hujan-hujan plak tu......
shawarma ayam
shawarma ayam

shawarma daging cheese
shawarma daging cheese
Kepada yang nak try makan shawarma ni, boleh la singgah di Jalan Pantai Cenang, Langkawi. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 6°17'25.1"N 99°43'40.1"E atau 6.290315, 99.727811