1

2

3

4

Showing posts with label roti canai banjir. Show all posts
Showing posts with label roti canai banjir. Show all posts

Restoran Nasi kandar Nuur Rezeki, Pusat Komersial Permatang Pauh (Depan UiTM Permatang Pauh)

 

Bangunan Pusat Komersial Permatang Pauh
Bangunan Pusat Komersial Permatang Pauh

Restoran Nasi kandar Nuur Rezeki
Restoran Nasi kandar Nuur Rezeki
Restoran Nasi Kandar Nuur Rezeki terletak di salah satu premis dalam bangunan Pusat Komersial Permatang Pauh yang betul-betul berhadapan pintu utama UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kira kat sini jadi port budak-budak UiTM la nak lepak. 

Disebabkan aku datang waktu pagi, kira aku sampai sini dalam 8.30 pagi, jadi takde la aku nak makan nasi kandar pagi-pagi buta  niπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†... Lagi pun aku tengok diorang baru nak setup lauk-lauk nasi kandar...

Jadi aku just order je roti canai banjir. Baru ngam nak sarapan pagi dengan roti canaiπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

roti canai banjir
roti canai banjir
Roti canai pun nampak menyelerakan...

Boleh la nak datang sini, sambil makan sambil kenyit mata kat aweksss UiTM yang gojessss. GPS koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS koordinat: 5°22'59.9"N 100°25'10.0"E atau 5.383300, 100.419438

Warung roti canai, Jalan Baru, Perai, Pulau Pinang

warung roti canai tepi Jalan Baru, Perai

selain roti canai, ada juga kuih muih dan nasi lemak
Warung roti canai ni waktu pagi memang jadi tumpuan orang ramai untuk bersarapan pagi. Warung ni terletak di Jalan Baru, Perai Pulau Pinang. Dengan dengan Mydin Mall. Sebelum nak masuk ke Mydin tu, korang akan nampak la warung ni. Tepi jalan jer. Nak makan sini pun boleh, nak bungkus pun boleh.
roti canai banjir
Aku layan roti canai banjir dengan teh ais kat sini. Aku jalan kaki je dari simpang mydin tu...takde la jauh sangat.
Kalau korang nak datang, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan.
gps koordinat : 5°22'07.2"N 100°24'59.7"E atau 5.368678, 100.416592

Nasi Kandar Padang Kota di Pasar raya Mydin Bertam, Pulau Pinang

Sesiapa yang datang shopping ke Mydin Bertam ni, boleh la singgah jap kat nasi kandar padang kota yang terdapat di food court Mydin Bertam ni..
Nasi Kandar Padang Kota Mydin Bertam
Selain nasi kandar, roti canai feveret gak la...roti canai mamak boleh makan pagi petang siang malam, sebab diorang sentiasa buat...kalau nak cari roti canai melayu, biasanya boleh dapat waktu pagi jer..so restoran Nasi Kandar Padang Kota ni antara tempat yang boleh kita cari roti canai selain waktu pagi....
Nasi kandar plak, korang boleh pilih sama ada nasi putih ataupun nak nasi briyani...Kalau aku kat sini, lauk yang biasanya aku pilih adalah ayam madu, bendi rebus dengan telur masin...
antara lauk pauk restoran nasi kandar padang kota

Senarai menu dan harga setiap makanan dan minuman
Ada banyak lagi alternatif makanan selain restoran nasi kandar ni, banyak lagi kiosk makanan yang lain seperti sizzling, nasi campur melayu, western food, takoyaki, sup-sup dan lain-lain lagi... Kalau nak ke sini, korang cari je mydin bertam...walaupun begitu, aku sertakan juga cam biasa dalam posting-posting aku yang lepas-lepas gps koordinat......sebelum tu aku belanja dulu gembar nasi kandar kat bawah ni...

Sarapan pagi di Astaka Taman Tun Sardon, Penang

Jika korang masih berlegar-legar kat Pulau Pinang, nak cari tempat breakfast yang banyak pilihan makanan, korang kena datang kat Astaka Taman Tun Sardon ni. Pelbagai pilihan makan yang ada kat sikit..roti canai, capati, nasi lemak, sup-sup, serabai...semua ada...macam-macam adaaaaaa....
nak breakfast bukan bangunan ni, bangunan sebelah

Astaka Taman Tun Sardon, kita breakfast dalam nih...

Roti Canai Transfer Road Pulau Pinang (sarapan pagi)

Sebut je roti canai, semua orang dah boleh imagine bentuk roti tu macam mana, roti lembut, kuah dal or kuah kari, roti banjir, roti kuah asing....yup! semua tu roti canai.. Tapi korang akan tambah lagi satu dalam imiginasi korang kalau penah singgah kat roti canai transfer road ni. 
Roti Canai Transfer Road, guna koridor je kedai diorang
Roti Canai Transfer Road - suasana dalam kedai
Roti Canai Transfer Road - department buat roti canai
Apa yang rare kat sini? jeng jeng jeng....roti canai kat sini ada lauk beb! Korang boleh pilih nak lauk ayam atau daging. Diorang akan letak seketul ayam or daging. Cam makan nasi plak aku rasa, siap lauk bagai. Ni aku belanja gambar contoh roti canai lauk ayam kat orang..

Sarapan pagi di kedai sebelah Surau Kampung Belah Dua

Kedai ni hanya buka untuk sarapan pagi sahaja..Kedai ni tak tau la aku famous ke tak..tapi almost setiap hari ramai orang datang sini bersarapan. Main menu yang diorang sediakan ada dua je..roti canai dengan nasi lemak..Ada la jugak makanan sampingan macam mee goreng, bihun goreng, koteow goreng dan sedikit kuih muih..Most of the customer akan order roti canai or nasi lemak. Aku suggest kalau nak rasa roti canai melayu boleh la singgah sini..Korang asyik dok layan roti canai mamak ja...bukan sedap sangat pun.
kedai sarapan pagi
Sebelah surau kg belah dua
dalam kedai
Aku kalau datang sini, selalu layan nasi lemak telur mata dengan roti canai banjir. Nasi lemak diorang lauk tak banyak..Biasanya orang order yang standard lauk je....