Showing posts with label nasi lemak. Show all posts
Showing posts with label nasi lemak. Show all posts

Nak makan nasi lemak? Jom makan di Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam
Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam

Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam
Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam
Kepada peminat nasi lemak area utara ni terutama di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang, ada satu lagi port nasi lemak padu muncul! Nama restoran ni adalah Nasi Lemak Ketua Kampung yang beralamat di no 7, Jalan Dagangan 13, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Waktu operasi adalah bermula dari jam11.30 pagi hinggalah ke jam 11 malam.

pelbagai lauk pauk yang korang boleh pilih
pelbagai lauk pauk yang korang boleh pilih
Kalau tengok style susunan lauk pauk tu, nak macam nasi kandar pun ada jugakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Tapi jangan tertibu, bukan nasi kandar tu....masakan semua tu ngam untuk makan nasi lemak.
ni sepinggan nasi lemak yang aku makan
ni sepinggan nasi lemak yang aku makan

sambal petai udang
sambal petai udang
Nasi lemak sini memang sedap. recommeded untuk korang try. Boleh cari di Bertam Kepala Batas. GPS koordinat dan google map ada disediakan kat bawah ni untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 5.514856615301588, 100.44730753660957

https://maps.app.goo.gl/d5Q9EDpF4PVtH2CAA

Makan malam nasi lemak di Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kuala Lumpur

Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru
Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru

Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru
Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru
Nasi Lemak Wanjo ni antara nasi lemak yang famous la di Kampung Baru Kuala Lumpur ni. Sebenarnya ada dah pernah try nasi lemak wanjo ni sebelum ni....masa tu aku datang sini dalam tahun 2018...boleh tengok posting aku pasal nasi lemak wanjo ni dalam posting aku yang lepas tu (klik sini). Tapi masa tu aku beli bungkus jer..sebab susah nak cari parkingπŸ˜…... Untuk kali ni, aku dah cerdik sikit, aku datang ke Kampung Baru ni, naik LRT jer...senang tak kalut nak cari parking😁😁😁...Jadi, kali ni aku makan terus di restoran Nasi Lemak Wanjo ni.....
pilih makanan di sini
pilih makanan di sini

lauk-lauk wanjo ni maveles oooo
lauk-lauk wanjo ni maveles ooooπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Bila korang nak pilih makanan, Wanjo ni dah bahagi siap-siap untuk yang nak bungkus dan makan di restoran...sebelah kiri beratur untuk sesiapa yang nak bungkus dan sebelah kanan untuk yang nak makan terus di restoran...Di Wanjo ni diorang guna konsep bayar dulu baru makan...so lepas dah sette ambil makanan, terus kena bayar di kaunter...
ni dia...nasi lemak wanjo makan malam famili aku
ni dia...nasi lemak wanjo makan malam famili aku😍

yang ni aku punya nasi lemak
yang ni aku punya nasi lemak😘😘😘

nampak sedap tak?
nampak sedap tak?πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜œ
Untuk pengetahuan korang, Nasi Lemak Wanjo ni beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 12 tengah malam...so kalau korang nak makan tengahari nasi lemak pun boleh datang ke sini😜...Bagi aku yang dah 2 kali makan kat sini, nasi lemak di memang padu la...tak hairan la Nasi Lemak Wanjo ni Famous dan ramai yang datang sini.

Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari di Kampung Baru Kuala Lumpur. GPS koordinat dan Google Map Nasi Lemak Wanjo ni, korang boleh rujuk seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 3.1623592444419715, 101.70441976373134

Sarapan pagi nasi lemak di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, Seksyen 13, Shah Alam

Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang (abaikan bro2 yang kena tutup mata tuπŸ˜…)

Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Alamat lengkap Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ni adalah no 2, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Biasanya kita akan cari nasi lemak kan..kalau nak sarapan pagi...jadi aku pun camtu gak la..masih mencari nasi lemak pada kebiasaannya kalau nak bersarapan...Tapi sebenarnya Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ni buka dari pagi hingga lewat malam... maknanya korang nak makan nasi lemak bila-bila masa pun adaπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…...

nasi lemak ayam goreng
nasi lemak ayam goreng

nasi lemak ayam goreng dan sambal kerang
nasi lemak ayam goreng dan sambal kerang
Dari segi kesedapan, nasi lemak disini not bad la...sedap gak..nasi lemak yang berlemak yang menambah kepaduan nasi lemak ni. Recommended untuk korang juga datang ke sini. 

Apa yang menariknya aku pernah juga makan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, tapi bukan di Shah Alam, tapi di Sungai Petani. Boleh rujuk posting aku pasal Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang Sungai Petani ni DISINI.

Disertakan dalam posting aku ni GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang ke sini.

GPS koordinat: 3°05'16.0"N 101°32'40.9"E atau 3.087763, 101.544695

RESEPI NASI LEMAK HIJAU PANDAN

NASI LEMAK HIJAU PANDAN
NASI LEMAK HIJAU PANDAN

NASI LEMAK:
  • 3 cup beras, rendam 10 min, basuh dan toskan
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 cawan air
  • Perisa pandan/daun pandan
  • 5 hirisan halia
  • ½ sudu teh garam
  • 3 sudu minyak masak
  • Pewarna hijau satu penutup kecil tu
Cara:
Masak macam biasa guna rice cooker.

SAMBAL TUMIS:
  • 3 sudu besar cili blend
  • 3 ulas bwg putih
  • Bawang merah besar hiris bulat
  • Asam keping
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 1 sudu teh kicap manis
  • Gula perang
  • Garam dan perasa secukupnya
Cara:
Tumis bawang putih dan cili blend sampai pecah minyak, masuk asam keping, sos tomato, gula perang dan garam. Masukkan kicap manis. Dah cukup rasa tutup api. Biar 10 minit, tabur bawang bulat dan gaulkan dengan ikan bilis yang dsh digoreng terlebih dahulu.

AYAM BEREMPAH SIMPLE:
  • 300g ayam, gaul kunyit siap-siap
  • Halia sebanyak mana suka.
  • 1 sudu teh Jintan kasar
  • 1 sudu teh jintan halus
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ sudu teh garam atau ikut selera
  • Daun kari

Cara:
Blend halia, bawang putih, garam, jintan kasar dan jintan halus. Kalau tumbuk lagi ok sebenarnya.Bahan blend tu gaul dengan ayam, goreng deep fry. Agak-agak lagi 3 minit nak angkat, tabur daun kari. Siapp.

Sarapan pagi Ali Nasi Lemak Daun Pisang, George TownπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

 Nasi Lemak Daun Pisang yang memang padu di Pulau Pinang!!!πŸ’ͺπŸ’ͺ

Ali Nasi Lemak Daun Pisang
Ali Nasi Lemak Daun Pisang

Ali Nasi Lemak Daun Pisang
Ali Nasi Lemak Daun Pisang
Ali Nasi Lemak Daun Pisang ni terletak di Sri Weld Food Court, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang. Food Court ni adalah food court untuk masyarakat cina. Ali Nasi Lemak ni berniaga di hujung food court tu, berdekatan dengan jalan. Jadi korang akan nampak je terus Ali Nasi Lemak bila korang lalu depan Sri Weld Food Court ni.
Medan Selera Sri Weld
Medan Selera Sri Weld
Harga sebungkus nasi lemak adalah RM2 ringgit. Ada 6 jenis lauk yang ada di Ali Nasi Lemak. Antaranya adalah nasi lemak ikan bilis, nasi lemak ikan, nasi lemak ikan masin, nasi lemak sotong, nasi lemak ayam dan nasi lemak udang. Semua sedap-sedap dan padu!πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
menu Ali Nasi Lemak
menu Ali Nasi Lemak
Nasi Lemak Ali beroperasi setiap hari kecuali pada hari Ahad. Ahad diorang tutup. Waktu operasi bermula jam 7 pagi hingga 3 petang. Sabtu diorang tutup awal sikit pukul 2 (tak pasti la sejauh mana diorang ikut jam operasi diorang ni). Kalau korang nak check buka ke tak, boleh call no ni, 016-4070717.

Gps koordinat dan google map Ali Nasi Lemak adalah seperti berikut:

GPS Koordinat : 5.4178264751633165, 100.34287463400644

Makan Nasi Lemak Di Warong Muhibbah, Taiping Perak

Warong Muhibbah, Taman Tupai Mas, Taiping
Warong Muhibbah, Taman Tupai Mas, Taiping
Nak makan nasi lemak sedap? Korang boleh datang ke Warong Muhibbah yang terletak di Jalan Tupai berdekatan dengan Taman Tupai Mas, Taiping, Perak. Warong Muhibbah ni juga tak jauh dari Taman Tasik Taiping. Sebelum korang nak jalan-jalan taman tasik ke, nak masuk zoo taiping ke, boleh la singgah dulu sarapan pagi nasi lemak di Warong Muhibbah ni✌✌✌...
senarai menu Warong Muhibbah
senarai menu Warong Muhibbah

Warungnya sederhana tetapi menjadi tumpuan ramai kerana makanan yang disajikan di situ memang enak memenuhi selera.Warung ini terkenal dalam kalangan penduduk Taiping dan sekitarnya, malah terkenal dalam kalangan mereka di luar Taiping, khususunya di sebelah utara.

Nasi lemak ni nasi lemak berlauk. jadi korang boleh pilih la jenis lauk yang korang suka, ada sambal bilis, sambal sotong, ayam goreng, udang, daging dan lain-lain. Menu sarapan aku di Warong Muhibbah ni aku pilih nasi lemak lauk daging, udang dan juga bilis beserta telur mata.

nasi lemak ikan bilis telur mata
nasi lemak ikan bilis telur mata

nasi lemak daging
nasi lemak daging

nasi lemak udang
nasi lemak udang 

Disebabkan keenakan nasi lemak di warung ini, tidak hairanlah walaupun hanya warung sederhana di tepi jalan, ia amat popular. Setiap hari ia dipenuhi oleh pelanggan baik dari Taiping atau luar Taiping untuk bersarapan pagi. Warung nasi lemak ini dibuka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengahari. Sejak awal pagi sebaik perniagaan bermula ramai sudah berbaris untuk menjamu selera. Kebanyakannya makan di warung berkenaan tetapi ada juga yang beli bungkus untuk dibawa balik. Pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan ramai daripadanya adalah pelanggan tetap.

Jika korang berhajat untuk sarapan nasi lemak di warong muhibbah ni, korang boleh la cari di Taman Tupai Mas, Taiping. Aku serta juga di sini GPS koordiant dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 4.839216952494752, 100.7489293943075

Nasi Lemak Saleha Sri Rampai, Kuala Lumpur

Nasi Lemak Saleha Sri Rampai, Kuala Lumpur

Nasi Lemak Saleha Sri Rampai, Kuala Lumpur
Nasi Lemak Saleha ada dua cawangan. Satu di Sri Rampai, Kuala Lumpur dan satu lagi di Ampang. Yang aku datang ni Nasi Lemak Saleha Sri Rampai.
Ada banyak menu nasi lemak. Ada nasi lemak ayam berempah, nasi lemak daging rendang,  nasi lemak ayam redang, nasi lemak paru rempah, nasi lemak sambal sotong dan banyak lain menu yang lain-lain.
Semua menu tu korang boleh tengok dalam senarai menu yang aku sempat snap gambar.
menu nasi lemak saleha

menu nasi lemak saleha
Selain tu, ada juga sate di sini, tapi aku rasa sate ni bukan tokey yang sama dengan Nasi Lemak Saleha ni sebab bayar sate asing dengan nasi lemak. Tapi not bad gak la sate diorang tu.
nasi lemak saleha

sate ayam dan daging
Kepada yang nak datang ke Nasi Lemak Saleha Sri Rampai ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 3°11'40.4"N 101°43'34.5"E atau 3.194548, 101.726255

Makan nasi lemak sotong goreng tepung di Abe Nasi Lemak Ayam Berempah, Kepala Batas

Abe Nasi Lemak Ayam Berempah

boleh layan pemandangan sunset yang cantik
Abe Nasi Lemak Ayam Berempah ni terletak di Guar Kepayang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kedai ni ada ke dalam sikit. Bukan tepi jalan ek... Korang kena masuk melalui satu lorong kecil yang muat untuk satu laluan je... kiri kanan adalah sawah padi. Kedai ni bertentangan dengan sawah pagi...kalau datang petang-petang sikit, korang boleh enjoy permandangan sunset yang cantik sambil makan-makan. Nak buka puasa pun boleh di sini..
nasi lemak sotong goreng tepung
Yang special di sini, korang kena cuba adalah nasi lemak sotong goreng tepung.. memang terbaik lah..dengan sotongnya yang ranggup...perghhh....
Selain nasi lemak sotong ni, ada la juga nasi lemak yang lain-lain. Nasi lemak ayam berempah ofcoz la kena ada sebab nama kedai pun Abe Nasi Ayam Berempah.... tak lupa jugak, aku cuba nasi lemak paru... kalau orang utara paru ni kelempong/pelempong.
nasi lemak ayam berempah (takde sambal sebab anak aku tak suka pedas)

nasi lemak paru

milo ais tabur
Selain menu nasi lemak, di Abe Nasi Lemak Ayam Berempah ni jugak, ada western food... Western food diorang pun boleh tahan sedap gak la...Chicken chop, burger, meatball dan lain-lain lagi..macam-macam adaaaaa... boleh tengok menu kat bawah ni..
menu special nasi lemak sotong (sotong goreng tepung)

menu western

menu nasi lemak
Bagi yang nak ke sini, mula-mula korang pergi ke Guar Kepayang, Kepala Batas. Dah sampai, korang kena alert satu lorong kecil (first time memang tak perasan). Lebih mudah, korang guna je gps koordiant yang aku dah sediakan ni. Boleh juga rujuk google map.
gps koordinat: 5°27'44.5"N 100°25'57.4"E atau 5.462360, 100.432623

Jom makan nasi lemak serunding strawberi di Restoran Taman Apple Cameron, Tanah Rata Cameron Highland

Restoran Taman Apple Cameron

Restoran Taman Apple Cameron
 Jalan-jalan di Cameron Highland diteruskan lagi dengan pencarian tempat makan yang menarik dan sedap. Kali ni aku dapat tempat makan yang selalu gak di review oleh blogger-blogger. Makanan yang famous di sini adalah nasi lemak serunding strawberi.
Nasi lemak diorang lain macam sikit, color pun dah lain. Kalau di Abang Strawberi tu nasi lemak color pink.
Sebenarnya ada banyak lagi menu selain nasi lemak ni, korang boleh tengok dalam menu-menu yang aku snap kat bawah. Ada bihun soto, mee rebus, laksa Johor, nasi kambing, nasi ayam bakar dan banyak lagi...
Di sini juga selain sarapan dan makan tengahari, diorang juga ada grill & steamboat. Tapi grill & steamboat ni start pukul 5 petang hingga 12 malam.
Disebabkan makanan famous di sini nasi lemak serunding strawberi, jadi aku pun order la... nak rasa...sedap ke idok?  
Restoran Taman Apple Cameron
Korang nak tahu sedap ke idok? korang kena rasa sendiri la..hihihi..tapi aku makan sampai habis..hingga menjilat jari...yummm......
nasi lemak serunding strawberi ayam goreng

nasi lemak serunding strawberi telur mata
Menu-menu lain, boleh tengok di bawah ni.
buku menu TAC (Taman Apple Cameron)

pilihan menu makanan

pilihan menu makanan
Kepada yang nak datang sini, lokasi Restoran Taman Apple Cameron ni terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Agak ke dalam sikit, bukan tepi-tepi jalan. Nak menudahkna lagi, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang cari.
            gps koordinat : 4°28'11.5"N 101°22'40.1"E atau 4.469866, 101.377810

Jom makan Nasi Lemak Abang Strawberry, Cameron Highland

Banner Nasi Lemak Abang Strawberry

bahagian depan restoran

bahagian belakang restoran
Nasi Lemak Abang Starwberry di Cameron Highland ni memang terbaik sedap. Dah 2-3 kali dah aku pergi sini, cuma kali ni berkesempatan untuk di selitkan dalam blog aku ni. Restoran Abang Starwberry ni terletak di Taman Sedia, sebuah perkampungan melayu di Tanah Rata, Cameron Highland nih.
Cabaran utama nak ke sini adalah parking. Kawasan tumpuan orang ramai yang memerlukan kesabaran korang untuk cari parking. Ada yang sanggup berjalan kaki sebab parking jauh. Begitu la penangan nasi lemak abang strawberry ni.
Lagi satu yang menarik restoran abang strawberry ni, korang boleh tengok ladang strawberry kat sebelah tu...milik diorang jugak...boleh petik sendiri buah strawberry.
ladang strawberry Abang Strawberry

ladang strawberry Abang Strawberry
Dekat sini juga ada dijual produl-produk yang di hasilkan oleh abang strawberry seperti minuman kordial, jem dan yang paling terlajak laris, sambal strawberry.
nasi lemak abang strawberry

nasi lemak abang strawberry

french fries
Di sebabkan hari yang aku pergi ni ramai orang, so diorang hanya sediakan menu nasi lemak abang strawberry jer...memang pantas la dapat..order jer terus dapat. Nasi lemak diorang kaler pink....yum yum yum...
Sebenarnya banyak lagi menu yang best-best, sempoi-sempoi..... korang boleh tengok dalam menu-menu kat bawah ni.
menu restoran Abang Strawberry

menu restoran Abang Strawberry

menu restoran Abang Strawberry

menu restoran Abang Strawberry

menu restoran Abang Strawberry
Kepada yang nak datang ke Restoran Abang Strawberry dan nak cuba makan nasi lemak abang strawberry, korang boleh la ke kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Kalau tak tahu kat mana, boleh guna gps koordinat yang aku sediakan. Juga google map sekali.
gps koordinat : 4°28'43.8"N 101°22'54.2"E atau 4.478829, 101.381728