1

2

3

4

Showing posts with label gelugor. Show all posts
Showing posts with label gelugor. Show all posts

Makan nasi kandar Restoran Pelita, Gelugor Pulau Pinang

 

Restoran Pelita Nasi Kandar
Restoran Pelita Nasi Kandar

Gambar dari pakcik google Restoran Pelita Nasi Kandar
Gambar dari pakcik google Restoran Pelita Nasi Kandar
Restoran nasi kandar Pelita di Gelugor ni antara cawangan Restoran Pelita yang terdapat di Pulau Pinang ni. Ada banyak cawangan diorang ni. Kebanyakkannya aku dah pernah makan nasi kandar di Pelita-Pelita yang lain. Boleh cari dalam posting aku yang lepas. Restoran Pelita di Gelugor ni pun sebenarnya aku dah pernah buat posting. Boleh rujuk dalam posting SINI. Posting lepas tu aku tak makan nasi kandar, just makan makan-makan lain yang ada di sini. Sebenarnya selain nasi kandar, ada juga makanan lain yang diorang sediakan. Contohnya, makanan yang goreng-goreng, sup-sup, roti canai...😋😋😋😋

Tapi kali ni aku nak makan nasi kandar......

nasi kandar ayam bawang, petola goreng, telur masin
nasi kandar ayam bawang, petola goreng, telur masin

nasi kandar ayam bawang, bendi rebus
nasi kandar ayam bawang, bendi rebus
Nasi kandar kalau ambil, kuah mesti mau campur...tak campur tak sedap dan tak jadi la nasi kandar. Ok lah geng, terbaik gak la nasi kandar ni..Kalau korang nak datang, boleh refer gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat : 5°21'07.2"N 100°17'57.6"E atau 5.352011, 100.299323

Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan, Plaza Ivory, Bukit Gambir, Gelugor, Pulau Pinang

Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan
Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan ni terletak di tingkat bawah plaza Ivory di Bukit Gambir, Gelugor Pulau Pinang. Lebih kurang macam food court la di sini. Banyak deretan kedai makan yang korang boleh pilih. Aku focus dua kedai makan ni sebab yang ni je aku try makan. Serai Thai Cafe dengan Aris Cheese Nan sebelah menyebelah jer. Mulanya aku makan di Serai Thai Cafe, kemudiannya tengok cheese nan macam sedap jer, so terjebak la nak order cheese nan.
Di Serai Thai Cafe, standard la menu diorang..makanan ala thai. Bole tengok menu Serai Thai Cafe seperti di bawah.
senarai menu Serai Thai Cafe
Dari banyak-banyak makanan dari senarai menu tu, aku just order nasi goreng ayam kunyit dan nasi paprik.
nasi goreng ayam kunyit

paprik ayam
Then order pulak cheese nan ayam tandori di gerai Aris Cheese Nan bersebelahan dengan Serai Thai Cafe. Cheese nan memang terbaik di sini. sedap dan lazat.
cheese nan ayam tandori

cheese nan yang cheese sempoi
Kepada sesiapa yang nak cuba makan di Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan ni bolehlah datang ke Ivory Plaza tingkat bawah sekali food court nih. Bertentangan dengan Plaza Ivory ni, ada bangunan yang pelik sikit macam gambar di bawah ni.
landmark bangunan yang bertentangan dengan Ivory Plaza
gps koordinat : 5°21'31.2"N 100°17'32.0"E atau 5.358657, 100.292232

Restoran MDI Idaman Sungai Dua, Gelugor Pulau Pinang

restoran MDI Idaman
dalam restoran MDI Idaman
 Restoran makan tenghari MDI Idaman yang terletak di Sungai Dua, Gelugor Pulau Pinang boleh la korang nak jadikan salah satu Alternatif untuk makan tengahari. Restoran ni berdekatan dengan Universiti Sains Malaysia (USM). So, Budak, budak USM memang buat port makan diorang la, bukan di MDI Idaman ni je....semua kedai/restoran makanan yang terdapat di sekitar USM memang laku keras la....Ada sat restoran yang memang famous yang aku nak terjah tu, tutup plak....tu yang datang MDI Idaman ni.... 
lauk pauk yang banyak

lauk pauk yang banyak

ni makanan tengahari aku
Ok la....korang boleh le nak cuba makan di sini. Restoran yang dekat-dekat dengan USM pintu masuk yang ada masjid USM.


Sarapan pagi di Astaka Taman Tun Sardon, Penang

Jika korang masih berlegar-legar kat Pulau Pinang, nak cari tempat breakfast yang banyak pilihan makanan, korang kena datang kat Astaka Taman Tun Sardon ni. Pelbagai pilihan makan yang ada kat sikit..roti canai, capati, nasi lemak, sup-sup, serabai...semua ada...macam-macam adaaaaaa....
nak breakfast bukan bangunan ni, bangunan sebelah

Astaka Taman Tun Sardon, kita breakfast dalam nih...