Showing posts with label roti canai. Show all posts
Showing posts with label roti canai. Show all posts

Lepak makan-makan di Restoran Nasi Kandar Haleesya, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Restoran Nasi Kandar Haleesya
Restoran Nasi Kandar Haleesya
Nasi Kandar Haleesya ni terletak di Pusat Bandar Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Ni kira port baru la untuk lepak. Restoran ni standard macam restoran mamak yang lain la dari segi menu-menu yang ada kat sini. Ada nasi kandar, ada roti canai, mee goreng dan goreng-goreng yang lain. Kalau nak makan nasi kandar pagi-pagi takda lagi la...kena tunggu tengahari sikit. Pagi korang boleh layan roti canai..
roti canai kuah dal
roti canai kuah dal

mee goreng
mee goreng
Mee gorang memang padu..setiap kali datang aku wajib order mee goreng...aku ambil mee goreng kosong je...pernah try mee goreng daging, tapi yang kosong lagi padu... Roti canai pun sedap, kuah dal..jarang kedai mamak jual roti canai kuah dal..biasa kuah kari...
pelbagai lauk pauk untuk nasi kandar
pelbagai lauk pauk untuk nasi kandar

ni sepinggan nasi kandar aku
ni sepinggan nasi kandar aku
Kalau nak makan nasi kandar pun sedap jugak..memang boleh layan la...tak hairan la restoran nasi kandar haleesya ni sentiasa ada je orang datang.

Kepada yang datang ke Bertam, Kepala Batas ni boleh la singgah di Nasi Kandar Haleesya. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°31'03.0"N 100°26'51.8"E atau 5.517497780044039, 100.44770664829872

https://maps.app.goo.gl/g5fQRCMYqK6QMBv28

Sarapan pagi roti canai di Warung Roti Canai Penarak, Jalan Inderaloka, Kuah, Langkawi

 

Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi

Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Aku round di area Kuah, Langkawi pagi-pagi sebab nak cari port sarapan roti canai yang sempoi-sempoi sikit...Cari punya cari, last sekali terjumpa jugak la warung roti canai yang rare jugak la...Warung tu adalah Warung Roti Canai Penarak, di Jalan Inderaloka, Kuah...Tempat ni agak ke terbelakang sikit tempat di dari kawasan tumpuan pelancong..
roti canai tengah di masak...padu ooo
roti canai tengah di masak...padu ooo
Yang menarik di Warung Roti Canai Penarak ni, ada pelbagai menu roti canai selain menu standard roti canai yang kebiasaan kita makan tu...antara roti canai yang rare di sini adalah roti sarang burung special, roti balak, roti teloq gedik, roti leleh, roti gulai, roti kawin.....

Pagi-pagi makan roti canai yang padu ni, di sulam dengan teh tarik...memang ngam la...

roti canai kawin
roti canai kawin

teh tarik
teh tarik

roti canai sarang burung special
roti canai sarang burung special

roti canai banjir
roti canai banjir

roti canai kosong
roti canai kosong
Memang terbaik...korang pun kalau datang melancong ke Langkawi ni boleh la lajak ke Warung Roti Canai Penarak ni....siyressss tak tipu, sedaapp....

Kepada yang nak datang ke sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°18'26.4"N 99°51'41.1"E atau 6.3073212784373665, 99.86140739798678

https://maps.app.goo.gl/W8eugcrpSJaREkQy8


Pekena roti canai di warong Al Falah roti canai, Kampung kuala, Kampung Begia, Sik, Kedah

 

warung Al Falah roti canai
warong Al Falah roti canai
Warong Al Falah roti canai ni terletak di Kampung Kuala, Kampung Begia, Sik Kedah. Kelainan menu di Al Falah roti canai ni sangat unik. Ada pelbagai jenis hidangan roti canai. Kesemuanya sangat rare. Jarang kita nampak menu-menu roti canai yang pelik di warung ni😂😂😂....

Nak tahujenis-jenis roti canai,boleh tengok menu Al Falah roti canai di bawah.

menu Al Falah
menu Al Falah
Ada roti canai teloq kucai, roti canai bilis kuala, roti canai tisu menara...dan banyak lagi lah. Di sebabkan sangat rare, aku nak try menu yang sempoi di sini. Aku pilih adalah roti canai kambing tsunamy dan juga roti canai sarang burung..
roti canai sarang burung
roti canai sarang burung

roti canai kambing tsunamy
roti canai kambing tsunamy
Nampak tu kan? menyelera kan menu ni? Tengok la kuah banjir...ni betul-betul banjir😂😂😂...Sangat recommend untuk korang try. Bagi memudahkan korang mencari Al Farah roti canai ni, disertakan GPS koordinat.

GPS koordinat: 5°48'53.2"N 100°38'21.7"E atau 5.814781, 100.639353


Gerai roti canai sarapan pagi di Tanah Rata, Cameron Highlands

gerai sarapan pagi roti canai Tanah Rata
gerai sarapan pagi roti canai Tanah Rata

gerai sarapan pagi roti canai Tanah Rata
gerai sarapan pagi roti canai Tanah Rata
Pagi-pagi di Cameron Highlands dengan cuaca yang sejuk ni..dapat makan roti canai panas-panas untuk sarapan pagi memang ngam la...tambah-tambah lagi suhu masa ni sekitar 18 degree celcius...Memandangkan aku duduk di hotel area Tanah Rata, jadi aku cari roti canai area Tanah Rata ni je la...dan terjumpalah gerai jual roti canai...landmark dia adalah ada Ambank kat depan seberang jalan tu....
makan lain yang ada di gerai ni untuk sarapan pagi
makan lain yang ada di gerai ni untuk sarapan pagi
Kalau korang taknak roti canai, makan sarapan yang lain pun ada...ada nasi lemak...ada kuih muih...ada bihun goreng, mee goreng,megi goreng...
layan teh tarik panas-panas
layan teh tarik panas-panas

karipap pun layan gak la
karipap pun layan gak la

roti canai banjir
roti canai banjir
dah kenyang sarapan, jom kita mulakan jalan-jalan di Cameron Highlands ni...tapi bertabahla sikit dengan jem yang pekat likat melekat ni😂😂😂😂...

GPS koordinat dan lokasi gerai roti canai ni boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°28'13.7"N 101°22'34.3"E atau 4.470474, 101.376185

Jom makan roti canai di Restoran Roti Canai Din, Taman Klebang Putra, Chemor Perak

Restoran Roti Canai Din
Restoran Roti Canai Din

Restoran Roti Canai Din
Restoran Roti Canai Din
Port nak makan roti canai di Taman Klebang Putra, Chemor di Perak ni, korang boleh la try di Restoran Roti Canai Din. Tapi kalau nak sarapan Restoran Roti Canai Din buka pada hari Ahad saja. Hari lain diorang buka dari jam 5.30 petang sehingga 12 tengah malam. Hari Jumaat diorang cuti....

Roti canai disini sedap...rotinya pun lembut...kuah dal pun padu...Ada banyak menu roti canai yang korang boleh cuba...Antaranya adalah roti canai cheese meleleh, roti canai telur, roti canai telur cheese, roti canai  planta, roti canai bom...

senarai menu di Restoran Roti Canai Din
senarai menu di Restoran Roti Canai Din

mee rebus
mee rebus
Selain roti canai, menu lain yang ada di sini adalah laksa, mee kari, mee rebus dan sup daging (bihun sup etc)...Aku beli roti canai bungkus je di sini...Disebabkan ramai orang order roti canai, jadi tokey dah pesan awal-awal, order roti canai bungkus aku tu lambat sikit...jadi to kill the time while waiting my roti canai order, aku order la plak mee rebus tapi makan di restoran😋😋😍😍😍....

Memang sedap dan padu..korang pun kena try...aku sertakan kat bawah ni GPS koordinat dan google map lokasi Restoran Roti Canai Din ni..

GPS koordinat: 4°41'03.5"N 101°06'44.6"E atau 4.684297, 101.112393

Warung roti canai sebelah Surau Sutera Prima, Taman Sutera Prima, Perai

 

warung roti canai sebelah surau Sutera Prima
warung roti canai sebelah surau Sutera Prima

jom-jom pekena roti canai
jom-jom pekena roti canai
Saja nak nak bagitau korang kat sebelah Surau Sutera Prima, Perai ni ada warung roti canai pagi-pagi.. Kot-kot la korang tengah cari port nak makan roti canai, boleh la try kat sini..ni roti canai melayu ek, bukan roti canai mamak...sedap gak la roti canai ni....
ni dia roti canai banjir yang aku makan
ni dia roti canai banjir yang aku makan
Kalau korang nak try makan roti canai ni, aku bagi gps koordinat dan google map kat bawah ni....

GPS koordinat:5°23'07.0"N 100°24'32.6"E atau 5.385277, 100.409068

Layan sarapan pagi roti canai di Roti Canai Gemas Road, Pulau Pinang

Roti Canai Gemas Road, khemah makan dibahagian parking kereta
Roti Canai Gemas Road, khemah makan dibahagian parking kereta

Roti Canai Gemas Road, gerai utama
Roti Canai Gemas Road, gerai utama
Gerai Roti Canai Gemas Road ni terletak di Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang. Tempat ni agak tersorok sikit.. Tapi pelik walaupun tersorok tapi tetap ramai orang datang. Ini la kuasa viral yang buat orang tercari-cari dan ingin mencuba sendiri makan di Roti Canai Gemas Road ni...
parking untuk pelanggan Roti Canai Gemas Road
parking untuk pelanggan Roti Canai Gemas Road
Tempat parking yang disediakan oleh Roti Canai Gemas Road ni memang sangat luas. Boleh muat banyak kenderaan dalam satu-satu masa. Tapi kalau terlalu ramai sangat orang, parking ni pun tak cukup😂😂😂...Aku datang ke sini kira second time....tapi first time yang dapat makan....yang first time tu tak boleh nak makan sebab ramai sangat orang...parking yang luas dan besar tu tak dapat menampung kapasiti pelanggan Roti Canai Gemas Road yang agak ramai.
Roti canai makan dengan lauk kari yang padu
Roti canai makan dengan lauk kari yang padu
Ada beberapa menu roti canai ni...Datang sini makan roti canai kosong, rugi korang...kena la makan yang rare yang lain dari yang lain pulakk.

Disini ada roti canai ayam, roti canai daging, roti canai kambing. Aku ambil roti canai ayam dengan daging dan juga roti kosong untuk anak aku makan.

roti canai daging
roti canai daging

roti canai ayam
roti canai ayam

roti canai kosong kuah banjir
roti canai kosong kuah banjir
tak kira la korang ambil ayam atau daging, wajib ada dalam pinggan korang adalah cheese, telur mata (goyang) dan juga hirisan bawang... Makan panas-panas memang syahdu beb...
orang ramai tengah menjamu selera
orang ramai tengah menjamu selera

Gemas Road Sabar Menanti
Gemas Road Sabar Menanti
Nama lain bagi Roti Canai Gemas Road ni adlah Gemas Road Sabar Menanti...Sebabnya kalau dah ramai orang sangat korang kena sabar menanti ler😂😂😂... 

Kalau korang nak cuba makan roti canai di sini, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5.409271014866664, 100.30968151198785

Sarapan pagi di Roti Bakar Hutton Lane, George Town Pulau Pinang

 

Roti Bakar Hutton lane
Roti Bakar Hutton lane

Roti Bakar Hutton lane
Roti Bakar Hutton lane
Roti Bakar Hutton Lane yang terletak di Jalan Phee Choon, George Town, Pulau Pinang merupakan salah satu tempat viral dan famous yang sering dicari oleh orang ramai untuk bersarapan di Pulau Pinang ni. Gerai Roti Bakar Hutton Lane ni bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang. Kalau korang jumpa Ibu Pejabat Polis ni, betul la tu Roti Bakar Hutton Lane yang korang tengah cari tu😁
beratur panjang tunggu giliran nak order makanan
beratur panjang tunggu giliran nak order makanan
Tempat ni agak mencabar sikit la untuk korang nak cari parking kalau datang dari arah jalan depan. Korang kena masuk dari arah belakang. Kat situ ada banyak parking dan jalan tak sibut sangat.

Tempat famous kan... jadi kena bertabah sikit la nak kena beratur panjang. Special menu kat sini tentunya la roti bakar diorang. Selain tu diorang buat jugak la roti canai. Semua menu ada inovasi yang rare sikit dari yang lain. Contohnya roti bakar telur goyang cheese, roti canai cheese dan sebagainya lah... Korang tengok sendiri la menu diorang ni kat gambar bawah ni😋😋

senarai menu di Roti Bakar Hutton Lane
senarai menu di Roti Bakar Hutton Lane
Disebabkan diorang cakap roti bakar di sini sempoi, jadi aku order la roti bakar.... nak rasa sempoi ke tak, tapi roti canai pun selit order gak la sekali, roti canai kosong jer...😇
roti bakar telur goyang cheese
roti bakar telur goyang cheese

roti canai kosong
roti canai kosong
tudiaaa.... beratur panjang, tunggu punya la lama...last-last beli tu jer😂😂😂... Takpe la kan, sekurang-kurangnya kalau orang tanya dah pernah makan roti bakar hutton lane, dah boleh buat modal sembang😎

Kepada yang nak datang ke sini, aku sediakan gps koordinat dan google map untuk korang sebagai panduan.

GPS koordinat: 5.417400957694726, 100.33053752691524

Sarapan pagi di 8272 Barakah Corner, Jalan Pandan, Kampung Lapan Tengkera, Melaka

8272 Barakah Corner (gambar dari google street view)
8272 Barakah Corner (gambar dari google street view)

Jalan Pandan, Kampung Lapan Tengkera, Melaka
Jalan Pandan, Kampung Lapan Tengkera, Melaka

orang ramai dalam kedai barakah corner
orang ramai dalam kedai barakah corner
Gerai sarapan pagi 8272 Barakah Corner ni terletak di Jalan Pandan, Kampung Lapan, 75250 Melaka, betul-betul di penjuru simpang traffic light (rujuk gambar kat atas tu). Ada pelbagai menu sarapan pagi di sini antaranya adalah nasi lemak, lontong, mee kari, ketupat, laksa power, kacang pol dan roti bakar. Selain menu tersebut, di Barakah Corner juga ada menu roti canai. 

Tarikan utama di Barakah Corner ni adalah keunikan roti canai yang diorang sediakan. Memang rare menu ni, Roti canai yang digulung kemudiannya diletakkan kepingan cheese di atasnya diikuti dengan sambal di atas cheese tersebut dan di akhiri dengan simbahan kuar dal yang membanjiri pinggan keseluruhanya lau diberi nama roti canai merecik cheese! Perghhh😋😋😋😋

roti canai merecik cheese
roti canai merecik cheese

roti canai merecik cheese in action
roti canai merecik cheese in action
Kalau nak makan roti canai biasa pun ada. Tapi yang roti canai merecik ni kena cuba gak la sebab takda kat tempat lain. Rare la menu ni.. Korang boleh dalam status media sosial korang untuk like komen dan share😂😂😂😂
buku menu 8272 Barakah Corner
buku menu 8272 Barakah Corner

menu sarapan pagi
menu sarapan pagi
Selain roti canai merecik tu, aku try gak la menu lain, antaranya adalah lontong dan set roti bakar. Set roti bakar ni bersekali dengan 2 biji telur separuh masak.
lontong
lontong

roti bakar
roti bakar

telur separuh masak
telur separuh masak
Kalau korang nak try makan disini, boleh cari di alamat yang aku dah bagitau kat atas tu. Tapi kalau susah-susah, guna je GPS koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS Koordinat: 2°12'51.5"N 102°13'48.7"E atau 2.214302, 102.230199