Showing posts with label roti benggali. Show all posts
Showing posts with label roti benggali. Show all posts

Resepi Roti Benggali

Roti Benggali
Roti Benggali

Bahan-Bahan: (4 orang makan)
Bahan A:

  • 350g tepung roti
  • 1 sudu besar shortening
  • secubit garam
Bahan B:
  • 120 – 160 ml air suam
  • 1 sudu makan yis serbuk
  • 2 sudu makan gula castor
Cara Membuat:
  • Semua Bahan A digaul sebentar. Bahan B digaul bersama.
  • Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
  • Perap hingga naik 2 kali ganda. Sekitar 30-40 minit.
  • Kemudian tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin, Bahagi kepada 2 bahagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
  • Perap lagi hingga naik 2 kali ganda semula. Bakar 180 c selama 20-30 minit.
Enak dimakan bersama kacang pool, sup tulang, atau pun kari ayam. Selamat mencuba.

Tip : Air boleh masukkan sedikit-sedikit dulu takut terlembik adunan.

Kredit resepi: jom kongsi resepi

Roti Canai Transfer Road Pulau Pinang (sarapan pagi)

Sebut je roti canai, semua orang dah boleh imagine bentuk roti tu macam mana, roti lembut, kuah dal or kuah kari, roti banjir, roti kuah asing....yup! semua tu roti canai.. Tapi korang akan tambah lagi satu dalam imiginasi korang kalau penah singgah kat roti canai transfer road ni. 
Roti Canai Transfer Road, guna koridor je kedai diorang
Roti Canai Transfer Road - suasana dalam kedai
Roti Canai Transfer Road - department buat roti canai
Apa yang rare kat sini? jeng jeng jeng....roti canai kat sini ada lauk beb! Korang boleh pilih nak lauk ayam atau daging. Diorang akan letak seketul ayam or daging. Cam makan nasi plak aku rasa, siap lauk bagai. Ni aku belanja gambar contoh roti canai lauk ayam kat orang..

Arango Roti Bakar Arang

Satu tempat yang agak special untuk sarapan pagi, boleh try kat Arango Roti Bakar Arang. Tempat ni terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Diorang ada satu lagi cawangan kat Seberang Jaya. Tapi disebabkan aku try kat Kepala Batas, so gambar-gambar dalam post ni, semuanya di cawangan Kepala Batas. Aku pernah post pasal satu warung roti bakar Adik Abang di Permatang Pauh. Yang kat Kepala Batas lagi best roti bakar dia...lagi banyak menu compare dengan yang warung adik abang tu. Kedai buka setiap hari untuk sarapan/breakfast sahaja. Kedai simple je, main pakai khemah pasar malam je, tapi customer ramai datang.
Arango roti bakar arang - tempat diorang masak
Arango roti bakar arang banner
Arango roti bakar arang - kawasan tempat makan pelanggan
Roti kat sini, diorang pakai roti benggali. Semua menu berasaskan roti benggali. Macam-macam stail ada. Boleh rujuk menu kat bawah nanti. Aku and famili aku ada la try 2-3 menu roti bakar ni. Antara yang kitaorang try, arango beef cheese, arango sosej cheese, arango bread dan arango sosej.

Warung Adik Abang - Sarapan Pagi

Warung adik abang ni terletak di Kawasan Kampung Pertama, Permatang Pauh. berdekatan dengan Ikan bakar Amzar dan warung pokok asam - nasi daging. Warung adik abang ni hanya menyediakan menu sarapan pagi sahaja. So, kalau datang tengahari, memang kedai ni dah tutup la..Kedai ni tutup setiap hari rabu. Tak tahu la aku pasal apa diorang pilih hari rabu, bukan hari lain. Nak tau kenapa rabu, tanya tokey sendiri...Menu special warong ni lain sikit dari yang lain, diorang buat roti bakar. Roti pakai roti benggali...yang ni aku tak sure benggali yang buat or saja je pakai nama benggali sebab nama roti benggali dah jadi trekmark...sedap ooooo roti benggali..tambah plak makan waktu petang-petang sambil cicah kopi 0  perghhhh!!!!!!......

Ok, berbalik kepada warung adik abang ni, sebelum aku melalut benda lain, aku ada order dua menu roti bakar ni...set roti bakar telor goyang dengan set roti bakar telor separuh masak..set roti bakar telor goyang tu, kalau korang angkat pinggan, pastu goyang sikit, bergoyang beb telor tu...sebab tu nama dia telor goyang hahahahahaha..pandai tak aku buat lawak..menu yang lagi satu tu telor separuh masak dia memang sempoi..letak kicap sikit dengan lada, terangkat beb....roti benggali yang dah dibakar disapu dengan kaya yang menambahkan lagi keenakkan dan kelazatan sebenar roti benggali bakar...aku la rasa sedap..korang rasa la sendiri kihkihkih....
roti benggali bakar telor goyang 1 - warung adik abang
roti benggali bakar telor goyang 2 - warung adik abang