Showing posts with label nasi kandar. Show all posts
Showing posts with label nasi kandar. Show all posts

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral, Kuala Lumpur

 

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Nasi Kandar Kayu di KL Sentral

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Kalau korang sampai di KL Sentral, rasa lapar nak makan nasi kandar, boleh la cari di Restoran Nasi Kandar Kayu Original yang terletak area KL Sentral ni. Kalau dekat Penang ni, Nasi Kandar Kayu antara nasi kandar yang top la.....famous di Penang.

Di KL Sentral pun korang boleh makan nasi kandar ni..tak payah pergi jauh-jauh ke PenangπŸ˜…....Disebabkan aku datang awal pagi, jadi aku singgah di Nasi Kandar Kayu ni untuk nak sarapan je la.... Aku tak makan la nasi kandar, walau lauk nasi kandar dah ada masa aku sampai sini.

lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr

lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
makanan sarapan yang aku makan di sini, boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni....
roti canai kosong
roti canai kosong

roti canai bawang
roti canai bawang

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata

roti canai telur
roti canai telur

minuman
minuman
Begitu lah kisah aku di nasi kandar kayu KL Sentral...😁😁😁😁....meh le singgah gaisssss...

Lepak makan-makan di Restoran Nasi Kandar Haleesya, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Restoran Nasi Kandar Haleesya
Restoran Nasi Kandar Haleesya
Nasi Kandar Haleesya ni terletak di Pusat Bandar Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Ni kira port baru la untuk lepak. Restoran ni standard macam restoran mamak yang lain la dari segi menu-menu yang ada kat sini. Ada nasi kandar, ada roti canai, mee goreng dan goreng-goreng yang lain. Kalau nak makan nasi kandar pagi-pagi takda lagi la...kena tunggu tengahari sikit. Pagi korang boleh layan roti canai..
roti canai kuah dal
roti canai kuah dal

mee goreng
mee goreng
Mee gorang memang padu..setiap kali datang aku wajib order mee goreng...aku ambil mee goreng kosong je...pernah try mee goreng daging, tapi yang kosong lagi padu... Roti canai pun sedap, kuah dal..jarang kedai mamak jual roti canai kuah dal..biasa kuah kari...
pelbagai lauk pauk untuk nasi kandar
pelbagai lauk pauk untuk nasi kandar

ni sepinggan nasi kandar aku
ni sepinggan nasi kandar aku
Kalau nak makan nasi kandar pun sedap jugak..memang boleh layan la...tak hairan la restoran nasi kandar haleesya ni sentiasa ada je orang datang.

Kepada yang datang ke Bertam, Kepala Batas ni boleh la singgah di Nasi Kandar Haleesya. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°31'03.0"N 100°26'51.8"E atau 5.517497780044039, 100.44770664829872

https://maps.app.goo.gl/g5fQRCMYqK6QMBv28

Nasi kandar Line Clear, legend nasi kandar di George Town, Pulau Pinang

Nasi Kandar Line Clear, George Town, Penang
Nasi Kandar Line Clear, George Town, Penang
Nasi kandar line clear ni antara nasi kandar famous la di Pulau Pinang yang terletak di Penang Road, George Town, Pulau Pinang. Kedai sempoi jer..bukan dalam kedai, tapi dilorong-lorong ja...Aku banyak kali dah datang sini masa dulu-dulu..tapi lately aku jarang dah datang line clear ni. Semenjak ada parking yang selesa dibelakang line clear ni, so aku start nak datang balik ke line clear ni...dulu parking cabaran oooo....Pasal line clear ni aku pernah post dalam blog aku ni..masa tu tahun 2017...lama dah kanπŸ˜…..Boleh tengok posting aku tu DISINI.....
lauk-lauk nasi kandar line clear
lauk-lauk nasi kandar line clear

kali ni aku beli bungkus jer
kali ni aku beli bungkus jer
Misi kali ni di nasi kandar, aku beli bungkus jer...nak makan kat hotel...petang tu aku check-in Parkroyal hotel di Batu Ferringhi....Walaupun aku bungkus jer, tapi masih tetap padu beb...lincin aku bedal nasi kandar tu..nasib kertas pembalut tu tak boleh makan, aku ditakdirkan boleh makan, sekali dengan pembalut tu pun aku bedalπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..

Kepada yang nak try makan nasi kandar line clear ni, boleh cari di George Town...parking dah mantap dah sekarang..tapi kena bayar la sikit😁😁..

Sebagai panduan untuk ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5.419696778319223, 100.33250302451792

https://maps.app.goo.gl/gpsRCAcLPBZwksHo6

Nasi Kandar Kapitan Maju, Medan Perniagaan Pauh Jaya, Jalan Baru, Perai, Pulau Pinang

 

Nasi Kandar Kapitan Maju, Jalan Baru
Nasi Kandar Kapitan Maju, Jalan Baru
Nasi Kandar Kapitan Maju ni antara nasi kandar famous la di Penang ni...Original Kapitan Maju ni terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. Dekat-dekat dengan nasi kandar beratur masjid kapitan keling.. Tapi yang aku datang makan ni bukan dekat dengan Masjid Kapitan Keling tu...yang ni cawangan diorang di Medan Perniagaan Pauh Jaya, Jalan Baru yang bertentangan dengan Pasaraya besar Mydin...Jadi kalau geng-geng di permatang pauh ni, kalau ketagih nasi kandar kapitan maju ni, boleh datang ke cawangan diorang ni....
lauk-lauk nasi kandar yang surrrr
lauk-lauk nasi kandar yang surrrr
Diorang berniaga nasi kandar sahaja di sini...kalau roti canai ke, makanan goreng-goreng ke...memang takda la kat sini..Gambar kata bawah ni menunjukkan nasi kandar yang aku order dan makan bersama famili aku....
nasi kandar ayam goreng
nasi kandar ayam goreng

nasi kandar ayam goreng dengan bendir rebus
                              nasi kandar ayam goreng dengan bendi rebus                                     

nasi kandar ayam goreng dengan
nasi kandar ayam goreng dengan
Semoga maju jaya kepada Nasi Kandar Kapitan Maju. Peminat dan hantu nasi kandar, boleh munculkan diri di restoran ni.

GPS koordinat: 5°22'17.8"N 100°24'45.5"E 5.371614, 100.412630

https://maps.app.goo.gl/iRuc5eUC452fJjpt5

Restoran nasi kandar mamak, Nasi Kandar Pak Jameel, Mydin Bertam Kepala Batas

Restoran Nasi Kandar Pak Jameel
Restoran Nasi Kandar Pak Jameel
Sebelum ni nasi kandar di Mydin Bertam Putra ni restoran nasi kandar lain...Nasi Kandar Padang Kota...Selepas PKP yang masa covid Malaysia kena lockdown 1 Malaysia dulu, Restoran Nasi Kandar Padang Kota tak beroperasi...Lepas PKP, terus tutup tak beroperasi terus sampai satu tempoh yang sangat lama..... Jadi Mydin Bertam Putra ni, medan selera terus tak hidup...tak ramai yang datang nak makan disini....

Tapi sekarang ni medan selera Mydin Bertam sudah meriah dengan kehadiran kedai mamak yang baru iaitu restoran Nasi Kandar Pak Jameel... Modus operandi dan menu lebih kurang sama ja dengan mamak yang lama...

lauk-lauk nasi kandar
lauk-lauk nasi kandar

lauk-lauk nasi kandar
lauk-lauk nasi kandar

ayam goreng crispy
ayam goreng crispy
Selain nasi kandar, korang boleh juga order roti canai, roti naan, tandoori, makanan yang goreng-goreng.. Semua ada..mamak la katakan....
nasi kandar
nasi kandar

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata

roti canai
roti canai

roti naan kosong
roti naan kosong
Sambil shopping di dalam mydin mall, penat-penat boleh la mengopi dulu di mamak Pak Jameel ni....

GPS Koordinat: 5°31'08.7"N 100°28'41.1"E atau 5.51906462405502, 100.47805851231678

https://maps.app.goo.gl/3jg8yicidSyXMkWJ7

Nasi Kandar Deen Maju, Pulau Pinang...memang lejen wei!

 

Restoran Nasi Kandar Deen Maju, Penang
Restoran Nasi Kandar Deen Maju, Penang

Restoran Nasi Kandar Deen Maju, Penang
Restoran Nasi Kandar Deen Maju, Penang
Ni la nak habaq kat hampa semua, Nasi Kandar Deen Maju ni antara yang paling famous la di Penang ni...Rata-rata orang luar dari Penang, pasti akan meniti dihujung bibir diorang nasi kandar Deen Maju ni, dah macam takda dah restoran nasi kandar lain di Penang yang permai ni....Kira macam Deen Maju ni Identiti Penang laa nak habaq kat hampaπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
pelanggan tengah pilih lauk
pelanggan tengah pilih lauk
Sejak aku berblog dari tahun 2017, ni la kali pertama aku sampai dan dapat up posting berkenaan Deen Maju ni dalam blog aku yang tercinta ni...ni sekarang masa aku post pasai Deen Maju ni, Nov 2023...Nampak tak kelamaannya...Bukan taknak datang....tapi sudah acap kali percubaan untuk datang nak cari parking free, namum hampa dan kecewa...tapi kali ni aku nekad, kena singgah jugak walau apa cara sekali pun...dan terpaksa juga parking yang berbayar di atas bukit di seberang jalan restoran Deen Maju ni...Mahal gak parking tuπŸ˜…
lauk-lauk nasi kandar deen maju
lauk-lauk nasi kandar deen maju

lauk-lauk nasi kandar deen maju
lauk-lauk nasi kandar deen maju
Lauk pauk Deen maju memang sedap....joki pun pandai cedukkan kuah...surrrr ooooo... Mata boleh kuyu oooo lepas makan nasi kandar Deen Maju ni....

Untuk pengetahuan korang, Deen Maju beroperasi setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 12 tengahari sehingga jam 10 malam...

nasi kandar untuk aku dah famili
nasi kandar untuk aku dah famili

nasi kandar bendi rebus, ayam goreng....surrrr
nasi kandar bendi rebus, ayam goreng....surrrr
Nasi kandar yang sangat recommended untuk korang try...tapi bertabah la untuk cari parking. Boleh cari di 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°24'35.0"N 100°19'41.3"E atau 5.409728990827501, 100.32812429684041

https://maps.app.goo.gl/K8D11Q2Y9pfFcUJ96

Restoran mamak Selera Ampang, Wisma Central sebelah KLCC

 

Restoran Selera Ampang
Restoran Selera Ampang

Restoran Selera Ampang
Restoran Selera Ampang

Lot 1.03-1.04, Tingkat Bawah, Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur....Berdekatan dengan KLCC...kepada sesiapa yang nak makan diluar sikit dari KLCC, terutamanya food court dalam KLCC (agak mahal sikit), boleh layan kedai mamak ni, 24 jam buka...

Di Selera Ampang ni, selain nasi kandar, ada banyak lagi menu-menu makanan yang boleh korang try...roti canai wajib adala kedai mamak kannn...nak tau menu apa yang ada di Selera Ampang ni, boleh tengok menu kat bawah ni..

menu makanan
menu makanan

menu minuman
menu minuman
Lokasi yang strategik, tempat orang lalu lalang, dekat dgn KLCC pulak tu....memang sentiasa la ramai orang datang ke restoran selera Ampang ni. Kalau nak layang nasi kandar, boleh pilih lauk-lauk nasi kandar seperti gambar di bawah ni....
antara lauk/masakan nasi kandar
antara lauk/masakan nasi kandar

antara lauk/masakan nasi kandar
antara lauk/masakan nasi kandar
Aku layan roti canai ja, roti bakar dan rojak pasembor jer di sini...sebab masih awal lagi nak makan tengahariπŸ˜…πŸ˜…
roti canai
roti canai

roti bakar
roti bakar

rojak pasembor
rojak pasembor
Kalau korang taknak makan nasi kandar di sini, korang boleh pilih untuk makan nasi ayam...kat sini pun ada nasi ayam ooooo😁😁
ayam penyet, nasi ayam, mee kari, laksa
ayam penyet, nasi ayam, mee kari, laksa
Kalau nak makan di sini, boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 3.158882092582373, 101.71447441895677

X

Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur

Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur
Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur

Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur
Restoran Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed (bawah pokok) (KLCC), Kuala Lumpur
Mesti korang pelik kan??πŸ˜…..Sebenarnya ni restoran Sup Haji Abu or restoran Nasi Kandar Jamal Mohamed?....haaaaa...sebenarnya dua-dua tu adalah merujuk kepada restoran yang sama❗❗❗...Restoran ni beralamat di Lot G Floor, De King Boutique KLCC, No 160, Jln Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...Berkembar dengan De King Boutique Hotel KLCC....
De King Boutique Hotel KLCC
De King Boutique Hotel KLCC
Dari restoran ni, tak jauh pun jalan kaki ke menara berkembar KLCC. Di sini menu sup memang padu. Ada pelbagai jenis sup. Antaranya adalah sup ayam, sup ayam kampung, sup kambing, sup kambing, sup daging, sup perut, sup burung puyuh, sup lidah kambing, sup lidah lembu, sup ekor, sup tulang, sup kosong, sup tambah, sup urat, sup international, sup campur special dan sup campur pilihan... Aku cuba la nak makan sup perut...nak review semua sup tak boleh la..bajet tak cukup..kalau tokey bagi free boleh nak nak try semua sekali sup tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Daripada menu sup perut yang aku makan tu, dapat aku buat kesimpulan, sup Abu ni memang padu..kemudian cicah dengan roti bengali menanbahkan kesyahduan sup tuπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

sejarah Sup Haji Abu, korang baca la sendiri kat sini
sejarah Sup Haji Abu, korang baca la sendiri kat sini😁😁😁

stesen Sup Haji Abu
stesen Sup Haji Abu

ni la sup perut yang aku makan bersama roti bengali
ni la sup perut yang aku makan bersama roti bengaliπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜
Selain Sup haji Abu ni, Korang boleh juga nak makan nasi kandar Jamal Mohamed ni..Jenama Nasi Kandar Jamal Mohamed ni memang famous kat Penang terutamanya bila diorang buka gerai bawah pokok ketapang...Aku pernah makan kat sini..boleh tengok dalam posting aku yang lepas...
boleh makan nasi kandar di sini
boleh makan nasi kandar di sini
Korang juga boleh makan roti canai dan juga makanan goreng-goreng. Aku order gak la mee goreng, megi goreng, roti canai dan juga nasi lemak...Menu-menu lain, korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni....
nasi lemak
nasi lemak

menu air
menu air

menu makanan
menu makanan

mee goreng
mee goreng

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata

roti canai (bawang)
roti canai (bawang)

roti bom
roti bom
Kalau ke Kuala Lumpur, tengah jalan-jalan di KLCC, boleh la datang makan di sini, dari KLCC tak jauh pun..jalan kaki jer...aku pun jalan kaki jer ke KLCC...
Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed
Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed
GPS koordinat dan google map Sup Haji Abu & Nasi Kandar Jamal Mohamed ni boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.1596929130874902, 101.71481633031635