Showing posts with label george town. Show all posts
Showing posts with label george town. Show all posts

Jom santai-santai makan di The Table Cafe (specialty coffee), Jalan Green Hall, George Town, Pulau Pinang

 

The Table Cafe (specialty coffee)
The Table Cafe (specialty coffee)

Deco Dalaman di The Table Cafe
Deco Dalaman di The Table Cafe 
Jalan-jalan di George Town, tetiba perut rasa lapar. Dah la lapar, demand plak nak makan western food. Syarat kena wajid halal la...Google punya google, akhirnya jumpa The Table Cafe, muslim owner dia... Nak datang ke sini, korang kena guna google map/waze, sebab cafe ni ada tersorok sikit... tapi dekat je dengan padang kota. Kalau korang berjalan kaki dari Padang Kota pun, boleh sampai jugak.

Cafe ni macam hipster cafe la jugak. Makanan agak pricy, tapi sedap. Untuk orang-orang kaih pagi makan pagi, kaih petang makan petang macam aku ni, terasa jugak bila na bayar. Tapi aku yakin korang semua poket tebal, jadi no problem bab ni😁

menu 1 The Table
menu 1 The Table

menu 2 The Table
menu 2 The Table

menu 3 The Table
menu 3 The Table

menu 4 The Table
menu 4 The Table

menu 5 The Table
menu 5 The Table
Kat atas tu adalah menu-menu yang ada di The Table Cafe ni. Banyak makanan yang best dan sedap. harga pun sedap jugak la😂😂😂.

So, di The Table Cafe ni, aku pilih nak makan fried rice with chicken chop, creamy carbonara, aglio olio classic, chicken chop dan juga mocha preddo.

pelbagai jenis desert ada
pelbagai jenis desert ada

creamy carbonara
creamy carbonara

aglio olio classic
aglio olio classic

chicken chop

mocha preddo
mocha preddo

fried rice with chicken chop
fried rice with chicken chop
Dari segi ksedapan, sangat sedap, recommended untuk korang try. Kalau korang nak datang ke The Table ni, aku sediakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5.422313790249654, 100.33951677365094

https://maps.app.goo.gl/mVx2FKpjAQDSr1aa8

Bubur padu di Kedai Ali Bubur, George Town Pulau Pinang

 

Ali Bubur, George Town
Ali Bubur, George Town

Ali Bubur, George Town
Ali Bubur, George Town
Ali bubur ni dah lama dah berniaga di Penang. Tapi yang kedai ni kira baru diorang buka...sebelum ni diorang berniaga dengan kiosk roda tiga jer di tepi supermarket Gama dan digelar dengan Ali bubur Gama Corner..boleh tengok di posting aku yang lepas berkenanan Ali Bubur Gama Corner nih ...dekat-dekat sini jugak...Kedai yang ni takda la besar sangat...kecil comel-comel jer...kedai yang berkongsi dengak kedai gunting rambut.
Kaunter Ali Bubur
Kaunter Ali Bubur

menu Ali Bubur
menu Ali Bubur
Bubur yang ada di sini adalah bubur kacang hijau, bubur gandum dan bubur pulut hitam. Korang boleh request bubur sekali dengan pulut..selain pulut korang juga boleh makan bubur ni dengan roti....
semangkuk bubur Ali Bubur
semangkuk bubur Ali Bubur
korang boleh makan di kedai or bungkus...tapi kalau nak makan dekat kedai, tempat terhad la sikit..maklum la kedai pun kecil jer😁..

Jadi kesimpulannya Ali Bubur ni jarang tak padu...makan sekali, mesti u-turn balik nak beli lagi😅...Ali Bubur ni sebaris dengan Nasi Kandar Line Clear....dah pekena nasi kandar line clear, boleh try pulak Ali Bubur...surrrrrrrrr😋

Kepada yang nak cuba makan bubur ni, boleh la cari di George Town...Kalau jumpa nasi kandar Line Clear, dekat dah la tu dengan Ali Bubur. Sebagai panduan, aku serakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat:  5°25'10.3"N 100°19'56.4"E atau 5.419525, 100.332340

https://maps.app.goo.gl/4bUwTeHmVLW1n55s8

Makan Western food di Restoran PINWHEEL RESTO CAFE, George Town, Pulau Pinang

Restoran Pinwheel Resto Cafe
Restoran Pinwheel Resto Cafe

Restoran Pinwheel Resto Cafe
Restoran Pinwheel Resto Cafe

Restoran Pinwheel resto ni terletak di Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang. Menu di sini menu berkonsepkan western food....dan boleh tahan juga la harga dia😁😁😁...
Parking ada mencabar jugak la di sini, tapi disebelah Pinwheel Resto Cafe ni, ada disediakan parking berbayar. Walau bersebelahan, tapi pintu masuk disebelah jalan yang satu lagi....
Banyak menu menu menarik yang ada di Restoran Pinwheel Resto Cafe ni. Antaranya, korang boleh tengok dalam gambar-gambar menu kat bawah ni...
menu Pinwheel Resto Cafe
menu Pinwheel Resto Cafe

menu Pinwheel Resto Cafe
menu Pinwheel Resto Cafe

menu Pinwheel Resto Cafe
menu Pinwheel Resto Cafe

menu Pinwheel Resto Cafe
menu Pinwheel Resto Cafe

menu Pinwheel Resto Cafe
menu Pinwheel Resto Cafe
Daripada list menu-menu diatas tu, aku mengorder la beberapa jenis makanan. Jangan salah faham ek, aku datang dengan famili aku, jadi bukan aku makan sorang😂😂😂😂... Nak tahu menu yang aku order tu, boleh tengok dalam gambar-gambar di bawah ni...
kopi lattte
kopi lattte

set burger daging
set burger daging

aglio olio
aglio olio

hawaiian chicken pizza
hawaiian chicken pizza

butter chicken wrap
butter chicken wrap
Kepada yang nak try makan di sini, boleh la cari di George Town, Penang. Sebagai rujukan dan panduan, boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS koordinat : 5°25'09.8"N 100°20'01.6"E atau 5.4194090639540695, 100.3338059325427

Nasi kandar Line Clear, legend nasi kandar di George Town, Pulau Pinang

Nasi Kandar Line Clear, George Town, Penang
Nasi Kandar Line Clear, George Town, Penang
Nasi kandar line clear ni antara nasi kandar famous la di Pulau Pinang yang terletak di Penang Road, George Town, Pulau Pinang. Kedai sempoi jer..bukan dalam kedai, tapi dilorong-lorong ja...Aku banyak kali dah datang sini masa dulu-dulu..tapi lately aku jarang dah datang line clear ni. Semenjak ada parking yang selesa dibelakang line clear ni, so aku start nak datang balik ke line clear ni...dulu parking cabaran oooo....Pasal line clear ni aku pernah post dalam blog aku ni..masa tu tahun 2017...lama dah kan😅..Boleh tengok posting aku tu DISINI.....
lauk-lauk nasi kandar line clear
lauk-lauk nasi kandar line clear

kali ni aku beli bungkus jer
kali ni aku beli bungkus jer
Misi kali ni di nasi kandar, aku beli bungkus jer...nak makan kat hotel...petang tu aku check-in Parkroyal hotel di Batu Ferringhi....Walaupun aku bungkus jer, tapi masih tetap padu beb...lincin aku bedal nasi kandar tu..nasib kertas pembalut tu tak boleh makan, aku ditakdirkan boleh makan, sekali dengan pembalut tu pun aku bedal😂😂😂😂😂..

Kepada yang nak try makan nasi kandar line clear ni, boleh cari di George Town...parking dah mantap dah sekarang..tapi kena bayar la sikit😁😁..

Sebagai panduan untuk ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5.419696778319223, 100.33250302451792

https://maps.app.goo.gl/gpsRCAcLPBZwksHo6

Union Street Famous Kareem Pasembor Rojak, cucur udang diorang ni memang betul penuh udang!

Union Street Famous Kareem Pasembor Rojak
Union Street Famous Kareem Pasembor Rojak

Union Street Famous Kareem Pasembor Rojak
Union Street Famous Kareem Pasembor Rojak
Kareem Pasembor ni terletak di Jalan Lebuh Union, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang. Lokasi dekat satu lorang yang agak ke dalam sikit...bukan di jalan utama... Kareem Pasembor ni kira famous jugak la....walaupun gerai tepi jalan jer, tetap orang cari untuk nak try makan pasembor ni. Dah ramai youtuber/reviewer makanan dah review pasal kareem pasembor ni yang menjadi asbab kefamousan diorang ni😅....
beratur beb orang nak beli pasembor
beratur beb orang nak beli pasembor
Korang boleh nak makan di situ atau bungkus jer...cuma meja makan agak terhad sikit di situ...Aku pilih nak bungkus jer senang...makan di tempat lain yang korang rasa selesa...disebabkan aku nak check in hotel, so aku makan kat hotel je lah...
cucur udang yang penuh dengan udang!
cucur udang yang penuh dengan udang!

boleh pilih sendiri item pasembor korang
boleh pilih sendiri item pasembor korang

tak banyak macam di pasembor padang kota, tapi masih ok
tak banyak macam di pasembor padang kota, tapi masih ok
Yang menarik di Kareem Pasembor ni adalah cucur udang diorang ni memang rare... apa taknya, sesuai dengan nama cucur udang, memang penuh udang la dalam cucur udang tu.. tak macam sesetangah penjual yang jual cucur udang lain, walaupun nama cucur udang, tapi kadang-kadang tu sekor udang pun tak jumpa!😆😆😆...

Sangat recommeded untuk korang cuba. Boleh cari di Jalan Lebuh Union, George Town. Boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah sebagai rujukan.

GPS koordinat: 5°25'07.4"N 100°20'34.6"E atau 5.4187198364722855, 100.34293819665923

https://maps.app.goo.gl/hJLefNKY7h2UiNjo6

Weekend Market, Hin Bus Depot, Jalan Gurdwara, George Town

Weekend Market, Hin Bus Depot
Weekend Market, Hin Bus Depot
Weekend Market Hin Bus Depot ni buka setiap hari Ahad bermula jam 11am hingga jam 5 petang. Kebanyakan jualan di sini adalah barangan kraftangan atau pun barangan cenderahati. Majoriti peniaga di Weekend Market ni adalah bangsa cina dan pengunjung yang datang pun berbangsa cina. Ni dari observe aku sendiri la...hari lain aku tak pasti la macam mana keadaannya...
ada port santai-santai sambil dengan busking
ada port santai-santai sambil dengan busking
Untuk yang nak datang jalan-jalan sini, aku sertakan kat bawah ni GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5.4122042907993935, 100.32812663505706

Jalan-jalan di Tapak Warisan Dunia, Penang Street Art

ni yang paling famous di Penang Street Art
ni yang paling famous di Penang Street Art

Sentiasa akan ada orang bergambar dengan basikal ni
Sentiasa akan ada orang bergambar dengan basikal ni
Penang Street Art ni yang telah di George Town, Pulau Pinang telah di istiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Banyak street art yang ada di sini. Ada yang telah menjadi sangat famous seperti lukisan 2 budak yang seolah-olah menaiki basikal sebenar.
laluan lorong di Penang Street Art
laluan lorong di Penang Street Art

walaupun lorong ni kecil jer, tapi tetap dimasuki oleh ramai orang
walaupun lorong ni kecil jer, tapi tetap dimasuki oleh ramai orang

bergambar dengan street art
bergambar dengan street art
Sangat enjoy jalan-jalan di Penang Street Art ni....tapi.....cabarannya adalah nak cari parking😅.... Parking sangat terhad.....kena pandai cari....

Kepada yang nak datang ke Penang Street Art ni, boleh la guna gps koordiant dan google map seperti di bawah,

GPS koordinat: 5.4146767791132016, 100.33820509171107

Masjid Melayu Lebuh Acheh - Masjid Tertua di Pulau Pinang!

Masjid Melayu Lebuh Acheh
Masjid Melayu Lebuh Acheh

Masjid Melayu Lebuh Acheh
Masjid Melayu Lebuh Acheh
Masjid Melayu Lebuh Acheh dibina pada tahun 1808 oleh Tunku Sayyid Hussain Ai-aidid, seorang pedagang rempah berketurunan Arab yang juga merupakan seorang kerabat diraja Aceh. Pada tahun 1791, beliau telah berhijrah ke Pulau Pinang dan membuka kawasan penempatan di Lebuh Acheh. Tunku Sayyid Hussain telah membina sebuah massjid pada tahun 1808 untuk kemudahan penduduk di kawasan tersebut. Seni bina masjid ini menggabungkan seni bina Moorish, Cina dan klasik dengan menara berbentuk oktagon yang masih kekal sehingga sekarang.

Masjid Melayu Lebuh Acheh pesat membangun dengan kegiatan perdagangan malah menjadi tumpuan jemaah haji apabila Pulau Pinang menjadi tempat berlepas jemaah haji menggunakan kapal sejak pertengahan abad ke-19. Sewaktu musin haji kawasan ini menjadi begitu sibuk dengan aktiviti ibadat dan pembelajaran agama para jemaah haji sementara menunggu keberangkatan ke Mekah. Peranan sebagai tempat berlepsa jemaah haji ini berakhir apabila kapal laut digantikan dengan kapal terbang sebagai pengangkutan utama ke Mekah pada tahun 1976.

Masjid yang berusia 200 tahun ini diiktiraf sebagai status 'Warisan Negara' oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia pada tahun 2006.

kawasan luar ruang solat masjid
kawasan luar ruang solat masjid

ruang solat utama masjid
ruang solat utama masjid
Selain itu masjid ini juga dikatakan sebagai masjid yang tertua di Pulau Pinang. Bukan sekadar diiktiraf sebagai bangunan warisan yang bersejarah, masjid ini juga masjid digunakan seperti biasa untuk solat 5 waktu dan program-program agama sering di anjurkan di masjid ini.
pandangan dari penjuru masjid
pandangan dari penjuru masjid
Kepada yang nak datang masjid Melayu Lebuh Acheh ini, boleh cari di Aceh Street Mosque, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map lokasi masjid adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°24'52.5"N 100°20'10.4"E atau 5.414586, 100.336216