1

2

3

4

Showing posts with label mamak. Show all posts
Showing posts with label mamak. Show all posts

Restoran nasi kandar mamak, Nasi Kandar Pak Jameel, Mydin Bertam Kepala Batas

Restoran Nasi Kandar Pak Jameel
Restoran Nasi Kandar Pak Jameel
Sebelum ni nasi kandar di Mydin Bertam Putra ni restoran nasi kandar lain...Nasi Kandar Padang Kota...Selepas PKP yang masa covid Malaysia kena lockdown 1 Malaysia dulu, Restoran Nasi Kandar Padang Kota tak beroperasi...Lepas PKP, terus tutup tak beroperasi terus sampai satu tempoh yang sangat lama..... Jadi Mydin Bertam Putra ni, medan selera terus tak hidup...tak ramai yang datang nak makan disini....

Tapi sekarang ni medan selera Mydin Bertam sudah meriah dengan kehadiran kedai mamak yang baru iaitu restoran Nasi Kandar Pak Jameel... Modus operandi dan menu lebih kurang sama ja dengan mamak yang lama...

lauk-lauk nasi kandar
lauk-lauk nasi kandar

lauk-lauk nasi kandar
lauk-lauk nasi kandar

ayam goreng crispy
ayam goreng crispy
Selain nasi kandar, korang boleh juga order roti canai, roti naan, tandoori, makanan yang goreng-goreng.. Semua ada..mamak la katakan....
nasi kandar
nasi kandar

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata

roti canai
roti canai

roti naan kosong
roti naan kosong
Sambil shopping di dalam mydin mall, penat-penat boleh la mengopi dulu di mamak Pak Jameel ni....

GPS Koordinat: 5°31'08.7"N 100°28'41.1"E atau 5.51906462405502, 100.47805851231678

https://maps.app.goo.gl/3jg8yicidSyXMkWJ7

Minum petang di Restoran O.T Mohamed di Persada Cattleya, Seremban, Negeri Sembilan

 

Restoran O.T Mohamed
Restoran O.T Mohamed

Restoran O.T Mohamed
Restoran O.T Mohamed
Restoran O.T Mohamed ni restoran mamak. Peminat mamak dimana saja anda berapa pasti akan cari restoran mamak gak kalau nak makan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.... Restoran O.T Mohamed yang aku terjah ni terletak di Jalan Cattleya 1, Persada Cattleya, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Nasi kandar, nasi bryiani wajb ada la kat sini. Dengar cerita nasi bryiani kat sini padu....Tapi aku datang sini just nak minum-minum, makan-makan petang jer...taknak makan nasi bryiani...lagi pun nasi bryiani masa ada datang dah habisss๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
mee goreng mamak, telur mata
mee goreng mamak, telur mata

roti canai
roti canai

murtabak
murtabak

roti bom
roti bom

megi goreng, telur mata
megi goreng, telur mata
Gambar-gambar kata atas tu antara menu yang aku order la...sedap-sedap gak la semua tu...roti canai tu standard mesti adalah kalau kedai mamak..kalau takde tu tak lengkap la, kecuali kedai mamak tu dah famous dengan nasi kandar, mungkin takde roti canai...macam kebanyakkan redai mamak yang famous di Penang๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Ok la geng, kalau korang nak datang sini especially yang berada di area seremban ni, boleh la datang ke restoran OT Mohamed ni. GPS koordinat dan google map seperti di bawh.

GPS koordinat: 2°41'36.2"N 101°58'45.2"E atau 2.693384, 101.979218

Makan di Restoran Syed Maju Nasi Kandar, Taman Paroi Jaya, Seremban


Restoran Syed Maju Nasi Kandar
Restoran Syed Maju Nasi Kandar

Restoran Syed Maju Nasi Kandar
Restoran Syed Maju Nasi Kandar
Ingat Negori Simlan takdo Nasi Kandar ko? hihihi... Ni Restoran Syed Maju Nasi Kandar yang terletak di Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Nasi Kandar sekarang ni Penang tak boleh conquer dah la...semua negeri dah ada kedai mamak nasi kandar... Tapi kalau nak original nasi kandar Penang memang champion!

Aku datang sini nak sarapan, standard la kan kedai mamak, menu sama jer... roti canai kompem ada, megi goreng, mee goreng antara menu sarapan yang ada di sini. Menu sarapan aku di Syed Maju ni korang boleh tengok la dalam gambar dibawah ni.... cam biasa la menu mamak kan...

megi goreng
megi goreng

mee goreng
mee goreng

roti canai
roti canai

roti sardin
roti sardin
Tapi kalau korang nak makan nasi kandar pun, korang boleh layan gak...nasi briyani dan lauk-lauk kandar pun sempoi-sempoi gak. Layannnnnnnn....
nasi kandar Syed Maju
nasi kandar Syed Maju
Alamat restoran ni adalah seperti berikut:

Jalan Nuri, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Nak mudah lagi, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti dibawah,

GPS Koordinat: 2°43'48.7"N 101°59'06.8"E atau 2.730192, 101.985211

RESEPI MEE MAGGI GORENG MAMAK

MEE MAGGI GORENG MAMAK
MEE MAGGI GORENG MAMAK

Bahan-bahan:
  • 360 gm Maggi
  • (rendam maggi dengan air panas. kejap je.. then toskan jangan bagi kembang sangat tau..kalau terlalu kembang nanti masa goreng hancur lembik2.
  • *1 biji bawang besar
  • *6 ulas bawang putih
  • *segenggam udang kering (kisar semua bahan2 bertanda *)
  • 10 tangkai cili kering(rendam dgn air panas dan kisar)
  • tauhu
  • sedikit taugeh dan sawi
  • udang,kerang,sotong,dada ayam dan daging yang dipotong nipis
  • kicap manis,sos cili dan sos tiram secukupnya
  • daun sup dan daun bawang
Untuk hiasan:
  • bawang goreng
  • cili merah
  • daun sup dan daun bawang
  • telur mata
  • tomato
  • timun
  • limau kasturi/nipis
Cara-cara:
  1. Tumis bawang dan bahan kisar tadi sehingga naik bau
  2. Bila dah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar.
  3. Bila dah terbit minyak masukkan sos tiram dan kicap..letak agak2..kalau leh jangan letak garam dulu k.. sebab sos tiram dan kicap nanti dah masin...
  4. Masukkan pula daun sup dan daun bawang
  5. Kacau rata
  6. Masukkan sotong,udang,kerang,isi ayam dan daging
  7. Kacau sehingga ayam dan daging nampak kecut..
  8. Masukkan tauhu
  9. Masukkan Maggi
  10. Jangan lupa masukkan taugeh dan sawi..
  11. kacau semua sehingga mesra rakyat.hahaha.
  12. Kalau colour tak cukup cantik... masukkan sos cili dan kicap lagi..then gaul2... rasa garam...
  13. nak sedap masukkan sikit ajinomoto.. tapi kalau nak jaga kesihatan.. takyah letak ek.
  14. ok..siap dah untuk dihidangkan...