Showing posts with label masak lemak. Show all posts
Showing posts with label masak lemak. Show all posts

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI

Bahan-bahan:
  • 1 kg siput sedut
  • 2 ikat pucuk ubi
  • 5 ulas bawang merah ~ kisar halus
  • 3 ulas bawang putih ~ kisar halus
  • 2 inc kunyit hidup ~ kisar halus
  • 2 inc halia ~ kisar halus
  • 15 tangkai cipi padi ~ kisar halus
  • 2 batang serai ~ di titik
  • 500 ml santan
Cara-cara:
  • Siput sedut di berus hingga bersih
  • Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur
  • Potong bahagian ekornya
  • Cuci bersih dan toskan
  • Pucuk ubi ambil bahagian pucuk daun yang lembut
  • Rebus hingga empuk, angkat dan toskan
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum
  • Masukkan santan, serai dan siput
  • Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
  • Masukkan pucuk ubi
  • Perasakan dengan garam
  • Masak hingga kuah sedikit pekat. Siap 
Kredit resepi: Pak Engku

Resepi masak lemak pucuk ubi tempoyak

 

masak lemak pucuk ubi tempoyak
masak lemak pucuk ubi tempoyak

BAHAN-BAHAN: 
  • 1 ikat pucuk ubi - ambil daun saja 
  • 2 sudu besar tempoyak
  • boleh tambah 1 keping asam keping-saiz sedang-sedang ya 
  • 3-4 cawan santan pekat
  • boleh tambah ya Segenggam ikan bilis
  • boleh tambah Garam secukup rasa 
BAHAN DITUMBUK LUMAT: 
  • 10 biji cili api 2-3cm kunyit hidup 
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan tumbuk , ikan bilis serta santan pekat dalam periuk kemudian dikacau supaya cukup mesra dan biarkan kuah hampir mendidih . Masukkan asam keping dan garam , kacau kemudian boleh la dimasukkan semua pucuk ubi . Biarkan kuah memdidih dan bila pucuk ubi dah cukup empuk serta masak baru la boleh ditutup api dapur . Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula tetapi sebaik-baiknya guna la tempoyak fresh home made baru la sedap menu ni..

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Petai

Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Petai
Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Petai

Bahan-bahan:
1/2 kg daging
  • serbuk kunyit dan garam halus (lumur pada daging)
  • 5 papan petai (amik isi shj)
  • *santan
  • *kunyit hidup
  • *bawang besar 1 biji (saiz kecil ja)
  • *cili padi 5-6 biji
  • *cili besar 1 biji
  • *sedikit belacan
  • serai (diketuk)
  • asam keping
  • garam
  • buah tomato (belah 6)
  • cili besar hijau (belah 2)
Cara-cara:
  • daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. kemudian disalai/bakar..bila dah siap salai/bakar,hiris nipis-nipis.
  • bland bahan bertanda * dan tuangkan dalam periuk 
  • kemudian masukkan daging dan serai.
  • masak dengan api sederhana.biar mendidih.masukkan petai, asam keping dan garam.biar masak seketika...
  • sebelum padam api masukkan cili hijau dan buah tomato
  • sedia hidang..nak bagi harum tambah hirisan daun kunyit

Resepi Telur Itik Masak Lemak Bersama Belimbing Buluh

 

Telur Itik Masak Lemak Bersama Belimbing Buluh
Telur Itik Masak Lemak Bersama Belimbing Buluh

Bahan-bahan:
  • 6 biji telur itik - dibasuh dan dicuci telur untuk menghilangkan kekotoran pada kulitnya
  • 2 kotak kecil santan pekat
  • 2 kotak kecil air
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 helai daun kunyit - dibuang tulang daun dan dihiris halus
  • 10 biji belimbing buluh - dibelah dua
  • Garam
  • Serbuk perasa
BAHAN TUMBUK LUMAT:
  • Segenggam cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1/2 biji bawang besar
Cara-cara:
  • Masukkan bahan tumbuk, serai dan secawan air ke dalam kuali.
  • Kacau dan masak hingga airnya sedikit kering.
  • Masukkan santan dan air. Masak guna api sederhana dan sentiasa dikacau untuk elak santan pecah.
  • Bila santan sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi hingga kuah mendidih sekali lagi.
  • Pastikan sentiasa dikacau.
  • Perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu di tempat yang berlainan. Biarkan sehingga telur masak. Tak perlu kacau sehinggalah telur keras dan masak.
  • Kemudian, perlahan-lahan dan berhati-hati, masukkan sudip ke dasar kuali supaya telur tidak lekat pada dasar kuali.
  • Bila telur sudah masak sempurna, tutup api dan hidangkan.

Restoran Selera Nogori, Seremban, Negeri Sembilan

 

Restoran Selera Nogori,  Seremban
Restoran Selera Nogori,  Seremban

Restoran Selera Nogori,  Seremban
Restoran Selera Nogori,  Seremban
Kalau korang ada kat Seremban, Negeri Sembilan, nak makan nasi campur berlaukkan masakan orang negeri sembilan, boleh la singgah di Restoran Selera Nogori. Di restoran ni banyak pilihan makanan yang korang makan. Restoran pun luas dan selesa..kalau dah penuh di bahagian bawah, korang boleh naik ke tingkat atas.
ada kuih-kuih
ada kuih-kuih

pelbagai jenis masakan yang ada di restoran ni
pelbagai jenis masakan yang ada di restoran ni

ada ikan bakar
ada ikan bakar

Kepada yang nak try makan di restoran ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 2°42'27.1"N 101°55'09.6"E atau 2.7074992309852455, 101.9193211273443

https://maps.app.goo.gl/oqXdEJNPb1DCjQ1K9


Resepi ayam masak lemak cili padi

ayam masak lemak cili padi
ayam masak lemak cili padi

Bahan-bahan:
Ayam 1 ekor 
Kunyi hidup agak-agak setengah inci
Garam 
Santan pekat setengah cawan 
Santan cair 1 cawan (guna santan fresh baru sedap tapi kalau tak ada,santan kotak pun ok)

Bahan diblend kasar/ditumbuk: 
Bawang merah 5 ulas
Cili hidup merah 8 tangkai
Cili padi hijau 15 tangkai(kalau tak tahan pedas 7 tangkai pun okey) 

Cara masak:
Tumis minyak dengan bahan yang ditumbuk. Masukkan ayam potato dan santan cair .kacau dengan api perlahan sampai mendidih.
selepas mendidih masukkan santan pekat.Tunggu sampai mendidih lagi sekali. Masukkan tomato dan tabur daun kunyit. Kalau pekat sangat, tambah air ikut selera masing masing. 

Kredit resepi: mastura mukhtar

RESEPI SAWI MASAK LEMAK PUTIH

SAWI MASAK LEMAK PUTIH
SAWI MASAK LEMAK PUTIH

  • 1 mangkuk besar sayur sawi (potong siap siap)
Bahan hiris: 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah besar
Bahan lain: 
  • 2-3 ekor isi ikan selayang tumbuk kasar (rebus ikan ambil isi sahaja, tulang buang)
  • 200ml  santan kelapa
  • Sedikit air
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  • Masukkan bahan hiris, sawi, isi ikan, santan dengan sedikit air (ikut kepekatan kuah yang diingini) dalam periuk. 
  • Masak guna api yang perlahan, sambil kacau² hingga kuah mendidih. 
  • Perasa kan dengan garam. 
  • Siap! 
Selamat mencuba

Kredit: DapurCikNa

Makan tengahari di Restoran Citarasa Kampung Port Dickson, Negeri Sembilan

Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung Port Dickson

Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung ni terletak di No 1, jalan bypass, Taman Bukit Orkid, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Standard la kalau Negeri Sembilan, menu utama mesti masak lemak punya lah....💋 Begitu juga dengan di Restoran Citarasa Kampung, kebanyakannya adalah menu masak lomak..

Selain masak lemak, diorang juga ada sediakan masakan ikan bakar. Daging kambing bakar memang padu.

deretan makanan, kebanyakannya masak lemak
deretan makanan, kebanyakannya masak lemak

pelbagai jenis ikan bakar
pelbagai jenis ikan bakar

daging kambing bakar
daging kambing bakar
dari segi makanan, boleh la nak rekomen diorang ni punya masakan. Bagi aku yang tak berapa gemar sangat masakan lemak, aku layan daging kambing bakar jer.. Untuk korang terjah ke sini makan tengahari, aku prepare untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

Gps koordinat: 2°31'50.6"N 101°48'10.9"E atau2.530712, 101.803028

Kodai (kedai) makan Ain, Perkampungan Budaya Terachi, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan


Pintu masuk ke Kodai Makan Ain
Pintu masuk ke Kodai Makan Ain 

Banner Kodai Makan Ain (Banner ni dalam kedai)
Banner Kodai Makan Ain (Banner ni dalam kedai)
Restoran Kodai Makan Ain ni terletak di Perkampungan Budaya Terachi, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. "Kodai" tu maksudnya kedai la...bahasa orang nogeri simlan... Masakan di sini adalah masakan ala kampung yang kebanyakannya berkonsepkan masakan orang Negeri Sembilan. Jadi korang boleh agak la kan masakan jenis apa, tentunya lah masakan jenis masak lemak.

Terdapat pelbagai jenis pilihan lauk pauk yang korang boleh pilih... berderet jenis-jenis masakan dari hujung ke hujung.

pelbagai jenis masakan
pelbagai jenis masakan

berderet jenis-jenis masakan termasuklah ulam-ulaman
berderet jenis-jenis masakan termasuklah ulam-ulaman

masak lemak
masak lemak

masak lemak lagi
masak lemak lagi
Dari segi keluasan restoran pulak, untuk yang first time mesti korang akan terkejut beruk sikit. Apa taknya, besar gila Kodai Makan Ain ni. Kawasan parking pun luas. Tapi walaupun tempat parking luas, tetap juga tak cukup parking. Maknanya ramai orang datang nak makan di sini. Tambah-tambah kalau korang datang waktu peak hour.
kawasan parking Kodai Makan Ain
kawasan parking Kodai Makan Ain

parking sentiasa penuh
parking sentiasa penuh
Lepas aku dah settle parking, dah dapat meja kosong, apa lagi terus cari la lauk apa nak makan. Sebabkan Nogeri Simlan, jadi aku nak rasa la masakan masak lomak. Kebetulan ada band nyanyi-nyanyi plak, layan kan je lah... nasib baik sedap gak diorang nyanyi, kalau tak putus selera...hahahaha..

Jadi, apa yang aku makan di Kodai Makan Ain ni, korang boleh tengok gambar-gambar di bawah ni.

masak lomak daging salai
masak lomak daging salai

masak lomak ???? (rebung kot..hihih)
masak lomak ???? (rebung kot..hihih)

asam pedas ikan kembong
asam pedas ikan kembong
Selain masakan masak lomak dan masakan yang lain-lain, di Kodai Makan Ain ni jugak ada jenis yang bakar-bakar. Aku try makan sotong bakar dengan ikan talapia bakar. Sedop gak la...torbaik!
sotong bakar
sotong bakar

talapia bakar (dah tinggal tulang baru teringgat nak tangkap gambar..hihihi)
talapia bakar (dah tinggal tulang baru teringgat nak tangkap gambar..hihihi)
Bagi aku, makanan yang ada di Kodai Makan Ain ni sedap-sedap belaka. Puas hati la makan. Rekomen untuk orang luar dari Negeri Sembilan yang cuma masakan kampung ala Negeri Sembilan di sini.
orang ramai tengah pilih lauk
orang ramai tengah pilih lauk
Kepada yang nak ke Kodai Makan Ain ni, korang boleh cari di alamat berikut:

BLOK A,PERKAMPUNGAN BUDAYA, 
Terachi, 71500 Tanjung Ipoh, 
Negeri Sembilan

Atau korang boleh rujuk gps koordinat dan google map yang aku sertakan di bawah ni.

GPS Koordinat: 2°44'44.1"N 102°08'57.3"E atau 2.745575, 102.149262

masak lemak cili api pucuk ubi

masak lemak cili api pucuk ubi
masak lemak cili api pucuk ubi 

BAHAN-BAHANNYA:
  • pucuk ubi kayu
  • santan 
  • 50g ikan bilis 
  • 5 biji cili api 
  • seinci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • seulas bawang putih
  • garam 
CARA-CARANYA:
  • pucuk ubi dipotong @ disimpul..kemudian dicelur sebentar 
  • cili api,kunyit dan bawang ditumbuk kasar
  • kemudian tumbuk ikan bilis pula.
  • satukan pucuk ubi dan bhn yang dikisar.
  • masukkan santan,garam dan kacau sehingga mendidih
  • boleh la ditutup api dapur.

Kredit resepi: Kamsiah Yusoff  

RESEPI GULAI LEMAK TELUR AYAM

GULAI LEMAK TELUR AYAM
GULAI LEMAK TELUR AYAM

BAHAN:
  • Bawang besar, cili padi merah/ hijau,kunyit hidup - tumbuk/ blender
  • Cili merah - tumbuk( kalau suka)
  • Serai - ketuk
  • Daun kunyit - racik halus
  • Telur
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • ajinomoto
CARA:
  • Didihkn air dan masukkan bahan tumbuk juga serai dalam periuk
  • Pecahkn telur satu persatu dalam bekas lain kemudian masukkn dalam periuk yang mendidih tadi, api kecil
  • Selesai masukkan telur ,agak telur dah cantik baru masukkan santan ikut kepekatan, kacau perlahan-lahan
  • Masukkan daun kunyit
  • Kemudian masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
  • Kacau lagi..mendidih tutup api

Siap!

Selamat mencuba 

kredit resepi : Lin

Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Ikan Keli Masak Lemak Cekur
Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Bahan-bahan:

5 ekor ikan keli

(bahan ditumbuk)
  • Sebiji bawang besar
  • 3ulas bawang putih
  • Seinci belacan
  • Ubi cekur dalam sebesar ibu jari tangan
  • (Kalau ubinya kecil agak-agak la 2,3,4 ketul.. lebih pun takpe lagi sedap)
  • Cili api 5-10 biji (ikut kepedasan)
-Asam keping
-Santan kotak kecik
-Sedikit lada hitam
-Garam 
-Gula
-Aji

(bahan dihiris)
  • Daun cekur dihiris
  • Daun limau purut dihiris (tak bubuh pun takpe)
  • Daun kunyit disimpul (tak bubuh pun takpe)
Cara-cara:

5 ekor ikan keli dicuci bersih

gaulkan bersama garam dan kunyit kemudian dibakar 3/4 masak... atau digoreng separuh masak.. ketepikan..

-Dalam kuali masukkan sedikit minyak dan masukkan bahan2 tumbuk...tumis sehingga naik bau..
-Masukkan asam keping dan santan tambahkan sedikit air....
-Perasakan dengan garam,gula,aji dn sedikit lada hitam..
-Masukkan ikan keli yg dibakar tadi.. tambahkan air jika perlu
-kemudian masukkan daun2 hiris.. masak seketika..dah boleh tutup api..siap

Kredit resepi: Nurhasanah Ismail

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya:
  • 1 kg daging salai
  • 15 biji belimbing buluh atau pucuk ubi kayu
  • 4 batang serai dititik
  • Semangkuk santan segar
  • 3 keping asam gelugor

Bahan-bahan kisar:
  • 4 ulas bawang merah
  • Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 serai 2 batang

Cara-cara:
  • Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
  • Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau.
  • Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
  • Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. 
  • Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut.. kalau nak ganti belimbing dengan pucuk ubi pun boleh..

Pisang muda masak lemak cili api campur bilis & tempoyak.


Bahan-bahan:

▪️ Pisang muda (pisang emas/ pisang kapas)  - cuci bersih-bersih potong dan rendam dgn air garam & asam keping 
▪️ Cili api - dtumbuk
▪️Kunyit hidup - dtumbuk
▪️ Tempoyak (ikut suka nak letak banyak mana)
▪️ Asam keping
▪️Ikan bilis
▪️ 1 biji setengah Kelapa parut (perah amik pati)
▪️Garam secukup rasa

Pisang tu ikut nak banyak mana..Jika lebih dari sesisir jangan lupa lebihkan kelapa..biar betul-betul pekat kuah gulai. 

Cara-cara:

  • Masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis & pisang dalam kuali/ periuk
  • Masak sehingga mendidih..agak² pisang hampir lembut masukkan tempoyak.
  • Masukkan garam secukup rasa..siap.