1

2

3

4

Showing posts with label masak lemak cili api. Show all posts
Showing posts with label masak lemak cili api. Show all posts

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Sardin Dalam Tin

Masak Lemak Cili Padi Ikan Sardin Dalam Tin
Masak lemak cili padi ikan sardin dalam tin

Bahan bahan:
  • 1 tin ikan sardin (ikut kita nak goreng dulu atau tidak isinya)
  • 1 kotak Santan
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air limau
  • Belimbing buluh
Bahan tumbuk:
  • 8-10 biji cili api (boleh tambah atau kurangkan ikut kepedasan masing-masing).
  • Kunyit hidup
Cara -cara:
Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih. Gunakan api dapur yang sederhana dan kacau sentiasa supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak. Masukkan sardin dan kuahnya sekali. Kacau sebati. Masukkan air limau dan perasakan dengan garam secukupnya. Seimbangkan rasa. Akhir sekali masukkan belimbing buluh. Kacau sebentar sehingga belimbing buluh lembut.
OK siap untuk dihidangkan.

Kredit resepi: Ammar Affendy

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

Bahan A:
  • 1 kilogram siput sedut
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat kira-kira 1 biji kelapa
  • 1 biji ubi keledek
  • 1 helai daun kunyit

Bahan B (Dikisar):
  • 10 bji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji bawang kecil (guna bawang India lebih sedap)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Garam secukup rasa.

Cara Membuatnya:
1- Potong belakang siput dan cuci bersih (Nota : Potong jangan panjang sangat, nanti banyak isi hilang jangan sikit sangat nanti tak dapat disedut)
2- Masukkan daun kunyit, keledek, santan cair dan Bahan B ke dalam periuk.
3- Masakkan bahan-bahan itu sehingga mendidih dan keledek empuk atau lembut.
4- Masukkan siput sedut dan santan pekat (Nota : Selalulah kacau bahan-bahan itu untuk mengelakkan santantu pecah, nanti cepat basi)
5- Masakkan sehingga mendidih.

Sedia dihidangkan mengikut kesukaan anda

Ayam Masak lemak Cili Api

Ayam Masak lemak Cili Api
Ayam Masak lemak Cili Api

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 10 biji cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 cawan santan
  • garam dan sedikit gula
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 biji tomato
  • 2 keping asam gelugor

Cara Menyediakan :
  • Ayam dipotong 8 dicuci bersih dan ditoskan airnya.
  • Kisar bawang merah, halia, cili api dan kunyit hidup bersama sedikit air
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 diblend tadi sehingga naik bau
  • Masukkan asam gelugur dan juga serai yang telah dititik dan perasakan dengan sedikit gula
  • Apabila bahan2 tumis sudah naik bau, masukkan ayam dan dikacau rata.Masak sehingga ayam empuk.
  • Apabila ayam separuh masak,masukkan santan dan biarkan sehingga pecah minyak
  • Akhir sekali, masukkan daun kunyit, buah tomato dan perasakan dengan garam.

Makan tengahari di Restoran Citarasa Kampung Port Dickson, Negeri Sembilan

Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung Port Dickson

Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung ni terletak di No 1, jalan bypass, Taman Bukit Orkid, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Standard la kalau Negeri Sembilan, menu utama mesti masak lemak punya lah....💋 Begitu juga dengan di Restoran Citarasa Kampung, kebanyakannya adalah menu masak lomak..

Selain masak lemak, diorang juga ada sediakan masakan ikan bakar. Daging kambing bakar memang padu.

deretan makanan, kebanyakannya masak lemak
deretan makanan, kebanyakannya masak lemak

pelbagai jenis ikan bakar
pelbagai jenis ikan bakar

daging kambing bakar
daging kambing bakar
dari segi makanan, boleh la nak rekomen diorang ni punya masakan. Bagi aku yang tak berapa gemar sangat masakan lemak, aku layan daging kambing bakar jer.. Untuk korang terjah ke sini makan tengahari, aku prepare untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

Gps koordinat: 2°31'50.6"N 101°48'10.9"E atau2.530712, 101.803028

masak lemak cili api pucuk ubi

masak lemak cili api pucuk ubi
masak lemak cili api pucuk ubi 

BAHAN-BAHANNYA:
  • pucuk ubi kayu
  • santan 
  • 50g ikan bilis 
  • 5 biji cili api 
  • seinci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • seulas bawang putih
  • garam 
CARA-CARANYA:
  • pucuk ubi dipotong @ disimpul..kemudian dicelur sebentar 
  • cili api,kunyit dan bawang ditumbuk kasar
  • kemudian tumbuk ikan bilis pula.
  • satukan pucuk ubi dan bhn yang dikisar.
  • masukkan santan,garam dan kacau sehingga mendidih
  • boleh la ditutup api dapur.

Kredit resepi: Kamsiah Yusoff