Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Restoran Selera Nogori, Seremban, Negeri Sembilan

 

Restoran Selera Nogori,  Seremban
Restoran Selera Nogori,  Seremban

Restoran Selera Nogori,  Seremban
Restoran Selera Nogori,  Seremban
Kalau korang ada kat Seremban, Negeri Sembilan, nak makan nasi campur berlaukkan masakan orang negeri sembilan, boleh la singgah di Restoran Selera Nogori. Di restoran ni banyak pilihan makanan yang korang makan. Restoran pun luas dan selesa..kalau dah penuh di bahagian bawah, korang boleh naik ke tingkat atas.
ada kuih-kuih
ada kuih-kuih

pelbagai jenis masakan yang ada di restoran ni
pelbagai jenis masakan yang ada di restoran ni

ada ikan bakar
ada ikan bakar

Kepada yang nak try makan di restoran ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 2°42'27.1"N 101°55'09.6"E atau 2.7074992309852455, 101.9193211273443

https://maps.app.goo.gl/oqXdEJNPb1DCjQ1K9


Singgah makan lemang di Kedai Makan Kamariah, di kampung kendong lama, Kota, Negeri Sembilan

 

lemang di bakar panas-panas
lemang di bakar panas-panas

Kedai Makan Kamariah
Kedai Makan Kamariah
Aku dari Senawang nak ke Melaka, malas nak naik highway dah hadap jalan jem, aku pilih nak santai-santai ikut jalan lama. Masa aku di Jalan Seremban-Tampin, terpandang la kedai makan kamariah ni...Diorang ada jual lemang...Tetiba rasa macam teringin nak makan lemang, nak tungga hari raya lambat lagi, jadi singgah terus ler๐Ÿ˜๐Ÿ˜
lemang yang sedap, lembut pulut dia
lemang yang sedap, lembut pulut dia

rendang daging
rendang daging

rendang ayam
rendang ayam
Lemang diorang ni padu beb, rendang daging dan ayam pun sedap...ni kalau aku lalu lagi di jalan ni, mau kena singgh lagi๐Ÿ˜…..

Tapi kalau yang tak makan lemang, di Kedai Makan Kamariah ni juga ada nasi campur. Kebanyakkan lauk adalah masak lemak ler...Negori Slemlan kannnn....

harga lemang
harga lemang

lauk campur gerai kamariah
lauk campur gerai kamariah
Ok la geng, perut pun dah kenyang, jom sambung perjalanan ke Melaka...Kepada korang, boleh la singgah di Kedai Makan Kamariah ni. Lokasi boleh rujuk GPS dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 2°29'47.2"N 102°10'55.5"E atau 2.4964386791604145, 102.18207363368477


Senarai Pasar Malam di daerah Seremban, Negeri Sembilan

 Pasar malam memang tempat yang paling best kalau nak cari pelbagai makanan. Aku kalau pergi jer pasar malam, penuh plastik kat tangan bawa balik makanan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...Selain makanan yang selalu orang cari, dipasar malam juga jual barang-barang basah untuk keperluan dapur seperti ayam, ikan, sayur dan sebagainya...Di pasar malam juga ada peniaga yang menjual barangan lain selain makanan...ada pakaian, ada mainan kanak-kanak...

Kalau korang berada di Daerah Seremban, Negeri Sembilan, terdapat banyak pasar malam yang korang boleh pergi....Biasanya pasar malam akan mula beroperasi dari jam 5.30 petang hingga ke jam 10 malam.

Di bawah ni adalah senarai pasar malam yang terdapat di daerah Seremban mengikut hari.

Hari Isnin
Lokasi
  1. Taman Ampangan
  2. Taman Jujur
  3. Taman Kelab Tuanku
  4. Taman Rasa Sayang
  5. Jalan Tuanku Antah (Depan JKR Workshop)
  6. Jalan Tun Dr Ismail (Taman Makmur)
Hari Selasa
Lokasi
  1. Bandar Baru Ampangan
  2. Taman Rasah Jaya Fasa 1
  3. Surau Garden Homes Seremban 2
  4. Lobak
  5. Taman Bukit Chedang
Hari Rabu
Lokasi
  1. Batu 3 Mambau
  2. Kampung Baru Mambau
  3. Taman Duyung
  4. Kampung Sentosa
  5. Taman Satria
  6. Taman Bukit Mutiara
  7. Taman Desa Permai / Sikamat II
  8. Taman Pnchor Jaya Kampung Baru Rahang
Hari Khamis
Lokasi
  1. Taman Sri Mawar
  2. Taman Desa Rhu
  3. Taman Temiang Jaya
  4. Jalan Tok Ungku
  5. Taman Tasik Jaya
  6. Garden Avenue Seremban 2
Hari Jumaat
Lokasi
  1. Bandar Baru Ampangan
  2. Rasah Jaya Fasa II
  3. Kampung Baru Sikamat
Hari Sabtu
Lokasi
  1. Taman Kobena
  2. Kampung Baru Rasah
  3. Kampung Baru Paroi
  4. Taman Bukit Kaya
  5. Seremban 2
Hari Ahad
Lokasi
  1. Taman Senawang Jaya
  2. Taman Dusun Setia
  3. Taman Seremban

Restoran ASZ Seafood & Western, Senawang, Negeri sembilan

 

Restoran ASZ Seafood & Western
Restoran ASZ Seafood & Western
Restoran ASZ Seafood & Western beralamat di LOT 1936 , JALAN TJ 1/1, JALAN TUNKU JAAFAR, INDUSTRI TUNKU JAAFAR, 71450 Senawang, Negeri Sembilan. Ni kira port nak makan makanan ala thai la...ada banyak menu masakan ala thai menarik di sini...ada siakap 3 rasa, tomyam dan sebagainya...Boleh juga order keropok sebagai kudap-kudapan...Keropok di import direct dari Kelantan..

Aku makan biasa-biasa je di restoran ni...takde bajet nak makan besar๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.... Tapi not bad la nasi goreng yang aku makan ni..sedap gak...

nasi goreng paprik daging, telur dadar
nasi goreng paprik daging, telur dadar

timun dan sambal belacan
timun dan sambal belacan

nasi goreng daging
nasi goreng daging

tomyam campur
tomyam campur

paprik ayam
paprik ayam
Kepada yang nak try makan di sini, boleh la nak try santai-santai makan masakan ala thai ni...Dekat ASZ Seafood & Western ni juga ada juga masakan western.....

GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 2°40'36.1"N 101°59'26.9"E atau 2.676689, 101.990805

Restoran Mamak Az Almaju, Senawang, Negeri Sembilan

 

restoran Az Almaju
restoran Az Almaju
Restoran AZ Almaju ni terletak di Senawang, Negeri Sembilan. Ni restoran mamak ek...difahamkan diorang buka 24 jam dan yang best tu diorang claim di sini adalah restoran original nasi kandar...Tapi aku tak boleh nak comment la pasal nasi kansar ni sebab aku tak makan nasi kandar tu..aku datang just nak makan roti canai jer...

Tapi nampak macam menarik dan sedap je aku tengok nasi kandar tu๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹....

lauk nasi kandar
lauk nasi kandar
Eeeemmmmm dapnyer....๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...
kuih masalodeh besar betul..makan satu dah kenyang
kuih masalodeh besar betul..makan satu dah kenyang

roti canai banjir
roti canai banjir
Jadi Peminat mamak yang ada area Senawang, Seremban ni boleh la datang dan cuba makan ni restoran Az Almaju.. GPS koordinat dan google map adalah seperti berikut.

GPS koordinat: 2°40'29.8"N 101°59'36.6"E atau 2.674952, 101.993502


Gerai Dapur Walid, Medan Selera Batu 4 1/2 Jalan Tampin, Senawang, Seremban

Gerai Dapur Walid
Gerai Dapur Walid

Gerai Dapur Walid
Gerai Dapur Walid

Medan Selera Batu 4 1/2 Jalan Tampin, Senawang
 Medan Selera Batu 4 1/2 Jalan Tampin, Senawang
Gerai Dapur Walid ni terletak di Medan Selera Batu 4 1/2 Jalan Tampin, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Gerai ni tak sengaja aku jumpa. Memang tengah cari gerai or warung untuk makan malam aku, dah ternampak Dapur Walid ni, terus belok masuk laaaa.. perut pun tengah lapar ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜..

Sambil tengok-tengok buku menu Dapur Walid ni, menarik juga menu-menu diorang. Menu western pun ada...tapi aku nak makan nasi, jadi order yang goreng-goreng je la....Menu Dapur Walid ni korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni..

menu 1 Dapur Walid
menu 1 Dapur Walid

menu 2 Dapur Walid
menu 2 Dapur Walid

menu 3 Dapur Walid
menu 3 Dapur Walid

menu 4 Dapur Walid
menu 4 Dapur Walid

menu 5 Dapur Walid
menu 5 Dapur Walid
Boleh tahan gak menu-menu diorang kan? Korang boleh la try....menu aku just nasi goreng daging dan nasi goreng cili api jer...
nasi goreng daging
nasi goreng daging

nasi goreng cili api
nasi goreng cili api
Kepada korang yang nak try makan di Dapur Walid ni, boleh cari di Medan Selera Batu 4 1/2 Jalan Tampin. Aku sertakan juga di sini GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2°40'45.5"N 101°58'42.4"E atau 2.679316, 101.978450

Restoran Doll Tomyam, Seremban

 

Restoran Doll Tomyam
Restoran Doll Tomyam

Restoran Doll Tomyam
Restoran Doll Tomyam
Restoran Doll Tomyam ni terletak di Taman Bukit Emas, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Masakan di Doll Tomyam ni berkonsepkan ala thai. Aku tengok macam ramai je orang datang makan di Doll Tomyam ni, jadi aku pun nak gak la menyibuk nak makan malam di sini๐Ÿ˜…...

Restoran agak luas jugak...tapi kalau dah ramai orang, korang tetap kena tunggu gak la meja kosong๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚..Ada banyak menu yang berkonsepkan ala thai. Antara menu-menu yang ada di sini adalah seperti dalam list menu berikut,

menu Doll Tomyam
menu Doll Tomyam

menu Doll Tomyam set (maaf gambar blur sikit)
menu Doll Tomyam set (maaf gambar blur sikit)
Sebagai menu makan malam aku, aku just order tomyam udang, bihun tomyam dan juga nasi goreng paprik daging beserta sambal belacan.
nasi goreng paprik daging
nasi goreng paprik daging

telur dadar dan sambal belacan
telur dadar dan sambal belacan

bihun tomyam udang
bihun tomyam udang

tomyam udang
tomyam udang

ni minuman yang aku order...
ni minuman yang aku order...
Kepada yang nak datang ke Doll Tomyam ni, boleh la datang ke sini yang beralamat di Taman Bukit Emas, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. GPS koordinat dan google map adalah seperti berikut.

GPS koordinat: 2°41'27.0"N 101°58'13.3"E atau 2.690840, 101.970353


Minum petang di Restoran O.T Mohamed di Persada Cattleya, Seremban, Negeri Sembilan

 

Restoran O.T Mohamed
Restoran O.T Mohamed

Restoran O.T Mohamed
Restoran O.T Mohamed
Restoran O.T Mohamed ni restoran mamak. Peminat mamak dimana saja anda berapa pasti akan cari restoran mamak gak kalau nak makan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.... Restoran O.T Mohamed yang aku terjah ni terletak di Jalan Cattleya 1, Persada Cattleya, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Nasi kandar, nasi bryiani wajb ada la kat sini. Dengar cerita nasi bryiani kat sini padu....Tapi aku datang sini just nak minum-minum, makan-makan petang jer...taknak makan nasi bryiani...lagi pun nasi bryiani masa ada datang dah habisss๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
mee goreng mamak, telur mata
mee goreng mamak, telur mata

roti canai
roti canai

murtabak
murtabak

roti bom
roti bom

megi goreng, telur mata
megi goreng, telur mata
Gambar-gambar kata atas tu antara menu yang aku order la...sedap-sedap gak la semua tu...roti canai tu standard mesti adalah kalau kedai mamak..kalau takde tu tak lengkap la, kecuali kedai mamak tu dah famous dengan nasi kandar, mungkin takde roti canai...macam kebanyakkan redai mamak yang famous di Penang๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Ok la geng, kalau korang nak datang sini especially yang berada di area seremban ni, boleh la datang ke restoran OT Mohamed ni. GPS koordinat dan google map seperti di bawh.

GPS koordinat: 2°41'36.2"N 101°58'45.2"E atau 2.693384, 101.979218

Makan Malam di Restoran D' Pantai, Jalan Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan

 

Restoran D' Pantai
Restoran D' Pantai

Restoran D' Pantai
Restoran D' Pantai
Restoran D' Pantai ni terletak di Batu 6, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan. Aku pun main google je ni. Kira gamble je malam tu nak cari makan di Seremban ni. Tengok review macam sempoi jer. Jadi, apa lagi Onnnnzzz je..terus gerak ke Restoran D'Pantai ni..

Dah sampai, tengok restoran ni luas gak. Ada banyak parking kat sebelah restoran ni. Rupanya restoran ni dekat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 

Dah order makanan, layan la dulu otak-otak dengan fries sementara nak tunggu menu utama yang aku order ni sampai..

otak-otak
otak-otak

fries
fries
Aku pilih menu set la untuk makan malam aku ni. Rasa cam mahal la sikit dari yang biasa aku makan. Tapi ok la, layan jer.. kalau sedap kita datang lagi๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚... Menu aku ikan siakap tiga rasa wajib kena ada, sebab tu jer la feveret anak aku. Kalau takde tu, diorang tak makan sangat๐Ÿ˜…
complete set menu aku dah sampai
complete set menu aku dah sampai๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

siakap tiga rasa
siakap tiga rasa
Nasib sedap la gak..kalau tak penah rasa datang jauh-jauh๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡....Kepada korang yang datang ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2°45'24.2"N 101°59'44.0"E atau 2.756722, 101.995565