Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Makan tengahari di Restoran Citarasa Kampung Port Dickson, Negeri Sembilan

Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung Port Dickson

Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung ni terletak di No 1, jalan bypass, Taman Bukit Orkid, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Standard la kalau Negeri Sembilan, menu utama mesti masak lemak punya lah....💋 Begitu juga dengan di Restoran Citarasa Kampung, kebanyakannya adalah menu masak lomak..

Selain masak lemak, diorang juga ada sediakan masakan ikan bakar. Daging kambing bakar memang padu.

deretan makanan, kebanyakannya masak lemak
deretan makanan, kebanyakannya masak lemak

pelbagai jenis ikan bakar
pelbagai jenis ikan bakar

daging kambing bakar
daging kambing bakar
dari segi makanan, boleh la nak rekomen diorang ni punya masakan. Bagi aku yang tak berapa gemar sangat masakan lemak, aku layan daging kambing bakar jer.. Untuk korang terjah ke sini makan tengahari, aku prepare untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

Gps koordinat: 2°31'50.6"N 101°48'10.9"E atau2.530712, 101.803028

Makan masakan Negeri Sembilan di Warung Salai, Port Dickson

Warung Salai, Port Dickson
Warung Salai, Port Dickson
Jalan-jalan di Port Dickson, Negeri Sembilan, tetiba teringin nak makan masakan orang Nogori Simlan.. Den cari la port makan yang nampak macam sempoi-sempoi sikit. Den bukan orang Nogori Simlan😅... Lepas tu ternampak la Warung Salai ni.... Terus la aku singgah.. Rupanya Warung Salai ni banyak cawangan. Kiranya aku datang ni dekat cawangan diorang la di Port Dickson.
ramai gak geng selebriti datang ke Warung Salai
ramai gak geng selebriti datang ke Warung Salai
Tengok menu pun cam sedap. Mula-mula tu cam blur plak nak makan apa disini😂😂... maklum la kan, bukan makanan kebiasaan aku....
menu 1 Warung Salai
menu 1 Warung Salai

menu 2 Warung Salai
menu 2 Warung Salai
Jadinya aku pilih nak makan masak lemak cili api keli salai, masak lemak cili api daging salai. Sebabkan masak lemak ni pedas, aku order la lauk tambahan ayam goreng dengan keli goreng. Nasi putih aku ambil nasi set yang ada ulam dan telur masin.
masak lemak cili api daging salai
masak lemak cili api daging salai

masak lemak cili api keli salai
masak lemak cili api keli salai

set nasi putih ada ulam, sambal dan telur masin
set nasi putih ada ulam, sambal dan telur masin

hidangan lengkap aku...
hidangan lengkap aku😋😋...
Kuah lemak yang pekat dan padu, memang terbaik. Aku jarang makan masak lemak ni, sebab tak minat sangat, tapi yang ni memang power💪💪... Selain keli dan daging salai, di sini ada juga itik salai, puyuh salai, ayam kampung salai, talapia salai.....

Rekomen untuk korang try, kalau datang ke Negeri Sembilan terutamanya di Port Dickson ni.

GPS koordinat dah google map Warung Salai Port Dickson ni, adalah seperti di bawah.

GPS koordinat:2°31'32.3"N 101°48'42.8"E atau 2.525639, 101.811901

Apa ada di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
Apa yang menarik di Pantai Teluk Kemang? Pantai teluk Kemang ni terletak di Port Dickson Negeri Sembilan. Memang sejak turun temurun lagi, Port Dickson terkenal dengan pantainya yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Rasanya semua rakyat Malaysia tahu tempat ni. Cumanya ada yang pernah sampai dan ada yang masih belum pernah sampai ke sini.
Pantai teluk Kemang ni akan menjadi sesak dengan manusia apabila tiba musim cuti sekolah ataupun cuti peristiwa tertentu. Kena bersedia la dengan keadaan yang kurang selesa terutamanya untuk ke bilik mandi. Bilik mandi pun sesak. Kadang-kadang sampai air tangki habis.
Pantai teluk Kemang ni sesuai untuk budak-budak nak mandi sebab ombak pantai tidak begitu ganas disamping pantainya yang landai dan tidak dalam. Cuma kena hati-hati sikit takut terpijak cengkerang digigi pantai.
Selain tu, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti-aktiviti yang lain seperti banana bot dan sebagainya. Pelampong tayar juga boleh disewa di sini.

Jalan seksa dengan parking terhad
Jika lapar, jangan takut. Ada banyak kedai-kedai makan yang boleh disinggah di sepanjang Pantai Teluk Kemang. Jika datang dengan family yang besar, untuk keselesaan, dicadangkan untuk sewa Khemah (macam khemah pasar malam tu). Jadi takde la panas sangat kalau tengahari kan. Boleh juga buat BBQ atau aktiviti memasak. 
Kepada yang plan nak ke Pantai Teluk Kemang ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map sebagai panduan.
gps koordinat : 2°27'15.2"N 101°51'20.2"E atau 2.454228, 101.855600