Showing posts with label donut. Show all posts
Showing posts with label donut. Show all posts

Resepi donut gemuk gebus

 

Donut gemuk gebus
Donut gemuk gebus

Bahan-bahan:
  • 2 sudu majerin 
  • 1 biji telur 
  • 1 paket yis
  • 5 sudu gula
  • 3 sudu susu pekat
  • 3/4 cawan air suam
  • 3 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
Cara-cara:
  • Cair kan majerin..biar sejuk..pukulkan telur dan campur dalam majerin yang dah cair tadi
  • Larutkan gula dan susu dalam air suam. Bila dah larut letak yis tunggu yis aktif.
  • Letak secubit garam dalam tepung..masukkan campuran telur dengan majerin dalam tepung dahulu kemudian uli tepung guna campuran yis tadi..
  • Biarkan doh sejam. Pastikan mangkuk doh ditutup ye..
  • Selepas sejam tumbuk-tumbuk manja doh..kemudian boleh bentuk kan..
  • Tunggu lagi 20 minit atau sehingga gebu seperti gambar..
  • Kemudian goreng... siap!
👍 Selamat mencuba...!

Kredit resepi: Fadhila Akma

Donut Bersalut Coklat

Donut Bersalut Coklat
Donut Bersalut Coklat

Bahan-Bahan:
  • 200gm tepung roti
  • 20gm gula
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh yis kering
  • 140ml susu segar
  • 20gm mentega
  • Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
  • 5 sudu besar Nutella
  • 3 sudu besar air panas
  • Kacang panggang secukupnya | hiasan
Cara Membuat:
1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2. Selepas itu, buat lubang di tengah. Masukkan susu dan yis kering. Kacaukan sedikit.
3. Masukkan pula mentega dan kacau sehingga sekata
4. Selepas itu keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai.
5. Uli sehingga tidak melekat ditangan
6. Buatkan bentuk bulat. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik atau kain lembab. Biar naik dua kali ganda
7. Bila sudah naik, canaikan doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Rehatkan 5 minit. Tekap dengan acuan bulat dan lubangkan di tengahnya.
8. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
9. Untuk coklat, masukkan nutella ke dalam mangkuk bersama dengan air panas. Kacau hingga sebati.
10. Celupkan donat ke dalam mangkuk berisi nutella. Taburkan sedikit kacang sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

DONAT LEMBUT GEBU SAMPAI KE MALAM

 

donut
donut

Bahan-bahan :
Bahan A

1 1/2 cawan air suam
1 paket yis kering
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula 
*campurkan bahan-bahan A kat atas ni, kacau sikit dan biarkan kembang.

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam - Gula castor untuk salut donat nanti. 
*gaulkan bahan-bahan B jadi macam serbuk roti. 

Cara:
  • Kemudian campurkan bancuhan yis sikit demi sedikit ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Kalau rasa doh macam lembik jangan risau ye. Nanti dia okey lepas dah mengembang.
  • Biarkan selama 1jam atau sampai mengembang. Bekas adunan tu jangan lupa tutup ye.
  • Bila tengok dah elok naik kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  • Amik sikit adunan, canai dan terap. Lubang tu tekap dengan penutup botol air mineral je. Hahaha. Kalau korang ada acuan donat lagi senang keje.
  • Standby tepung gandum ye, untuk elakkan melekat kat jari masa nak bentuk dan terap donat tu. Taburkan juga tepung kat tempat susun donat tu.
  • Donat akan kembang sekali lagi lepas dibentuk, so biarkan dalam masa lebih kurang setengah jam macam tu.
  • Lepastu bolehlah digoreng. Make sure jaga api, jangan besar sangat.

Siapppp..boleh tabur gula castor ye😋 *kalau nak buat frozen, goreng sekejap je. Dah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.

Selamat berdonat

RESEPI DONUT BOLA

DONUT BOLA
DONUT BOLA

Bahan:
  • 1 peket yis mauripan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam
  • 3sb gula ( nak manis boleh tmbah gula ikut suka manis tahap mana)
  • 3sb susu pekat
  • 2sb marjerin
  • 1biji telur
  • Gula halus @ gula aising ( untuk gaul donut nanti)
Cara-cara:
1. Cairkan marjerin bila dah sejuk tambah telur pukul sikit ketepikan.
2. Gula dan susu pekat disatukan dalam air suam kacau hingga larut masukkan yis kacau lagi biarkan dalam 10 minit.
3. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur kacau.
4. Selepas tu boleh masuk kan bahan-bahan semua ke tepung gandum uli sampai jadi doh.
5. Dah jadi doh rehatkan doh tu dalam 30 minit.
6. Dah rehatkan doh uli tumbuk-tumbuk bagi buang angin selepas tu boleh buat bentuk bulat macam bola susun dalam dulang jarang-jarang(tabur tepung sikit).
7. Dah siap bentukkan bulat-bulat biar dalam 10-15 minit bagi kembang elok baru goreng.
8. Goreng dalam api yang serdahana.
9. Dah siap goreng gaulkan dengan gula halus @ gula aising, siap.

Kredit resepi foto : Nur Aien

Resepi donat chezzy leleh

donat chezzy leleh
donat chezzy leleh

Bahan:
  • 1kg tepung gandum
  • 1 sudu tea baking powder
  • 1 peket mauripan
  • 500 ml air suam
  • 2 sudu tea susu pekat
  • 1 senduk majerin
  • 1 sudu tea garam
  • 24 keping cheese dibelah dua
Cara:
  • air, mauripan, garam dan susu disatukan dalam jug biarkan sehingga berbuih
  • ayak tepung bersama baking powder masukkan bhn A diatas, uli dlm 10minit masukn margerin uli lagi 10 minit
  • biarkan adunan 1/2 jam ditempat panas sehingga kembang naik
  • selepas setengah jam tumbuk adunan untuk keluarkan angin, kepal-kepal doh agak-agak size setengah genggam kemudian masukkan cheese...boleh la terus digoreng sehingga keperangan.
  • selepas itu tabur gula icing  

kredit resepi:dapur zulin

Makan donuts roti di Nash Donuts & Bakery, Bandar Perda, Pulau Pinang

Kalau nak makan donut or roti boleh la try di Nash Donuts & Bakery, Bandar Perda Pulau Pinang. Ada perlbagai jenis donut dan roti yang boleh korang pilih. Tempat pun cantik dan selesa nak makan. Yang penting ada ekon..hihihihi...
Nash Donuts & Bakery, Bandar Perda Pulau Pinang
Selain dari aneka donut dan roti yang ada di sini, korang juga boleh makanan masakan goreng-goreng macam nasi goreng dan sebagainya. Makanan barat juga ada disediakan. Pukul 10 pagi hingga 12 tengahari, ada menu khas untuk sarapan (breakfast). Masa ada datang sini aku just order puding roti, piza (tuna kot) dan air aku pilih ice cappuccino dan juga coffee latte.

puding roti, piza (tuna kot)

 ice cappuccino, coffee latte
Begitu la kisah aku di Nash Donuts & Bakery ni. Sesuai untuk korang datang minum petang. Nash Donuts & Bakery ni buka dari 8am hingga 12am. Sebagai panduan untuk korang datang ke sini disertakan gps koordiant Nash Donuts & bakery ni sebagai panduan dan rujukan.
gps koordinat NashDonuts & Bakery : 5°22'02.4"N 100°26'09.1"E