![]() |
| KUIH LAPIS LABU KUNING |
Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
RESEPI KUIH LAPIS LABU KUNING
Kuih simpul kasih Inti Serunding Ikan Bilis
![]() |
| Kuih simpul kasih Inti Serunding Ikan Bilis |
- 1 mangkuk ikan bilis
- 12 tangkai cili kering(rebus dulu)
- 1 biji bawang besar(potong kecil)
- 5 ulas bawang putih(potong kecil)
- 5 batang serai(potong kecil)
- Sedikit halia(agak-agak jela)potong kecil
- 1/2 cwn air
- 1/2 cwn santan pekat)
- 2 sudu mkn gula
- 2 sudu mkn minyak masak
- 1 sudu teh garam
- cuci ikan bilis..& rebus hingga mendidih..toskan & kisar guna blender kering..
- masukkan bahan-bahan lain dalam blender..bwg besar,bwg putih,serai,halia,cili kering,santan &air..kisar hingga sebati
- panaskan minyak dlm kuali..masukkan bhn2 yg telah dikisar td..kacau selama 5 minit..masukkan gula & garam
- masukkan ikan bilis yg telah diblender tadi..kacau sehingga kering..agak lama jgk nak tggu kering..lebih kurang 40-45minit
- sukatan kat atas tu utk kuantiti yg sikit je..cukup utk sepaket kulit popia
- step seterusnya,sediakan kulit popia..gunting kecil2..sy potong 8 bahagian utk sekeping kulit popia tu
- letakkan serunding sikit atas kulit popia td..simpul kemas2..buat hingga habis..
- goreng hingga masak..
Resepi Talam Ubi Kayu
![]() |
| Talam Ubi Kayu |
- 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya (anggaran 2kg ubi kayu)
- 1 1/2 cawan air gula merah (1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air)
- 1 cawan gula pasir
- 3 cawan santan cair
- 4 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
- 2 sudu kecil garam (sudu kfc)
- 1 1/2 cawan tepong gandum
- Panaskan kukusan.
- Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dgn menggunakan tuala bersih.
- Masukan kedalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan gula pasir. Gaul sebati.
- Kukus sehingga masak.
- Setelah masak, tekan2 seperti membuat pulut seri muka.
- Satukan santan pekat, garam dan tepong gandum, kacau sehingga sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kepala dia akan pecah-pecah. Guna pemukul telor tangan aje..
- Tapiskan adunan dan tuangkan keatas adunan ubi tadi. kukus selama 30 minit.
- Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan tisu..biarkan sebentar dan tutup api..
- Sejukan..sedia untuk di makan..
RESEPI RED AND WHITE CHEESE TART
![]() |
| RED AND WHITE CHEESE TART |
resepi kuih masalodeh
![]() |
| masalodeh |
- Kacang dal - kisar sampai hancur
- Bawang besar - Cik Ila suka potong mayang
- Daun kari - dua tangkai
- Cili kering - potong halus
- Jintan manis - satu sudu
- Garam dan serbuk perasa
- Bila dah hancur semuanya, letak tepi sekejap dan prepare bahan-bahan lain.
- Masukkan saja bahan-bahan yang dah dipotong tadi.
- Gaul bagi sebati semuanya. Cik Ila ketepikan sekejap dalam setengah jam bagi semua rasa sebati.
- Saiz ikut suka korang. Sedang-sedang je. Bentukkan bulat-bulat dan balik-balik di tapak tangan untuk bentukkan jadi leper.
- Guna api kecil je. Kita tak mau kuih ni masak mengejut.
- Hasilnya. Garing di luar dan gebu di dalam. Cukup rasa dan sedap. Puas makan.
RESEPI KARIPAP RANGUP
![]() |
| KARIPAP RANGUP |
- 4 cawan tpg (doh)
- 1/2 cawan minyak masak
- 3/4 cawan air
- 1 sk garam
- 3 biji kentang
- 2 genggam udg kering
- 1 ulas bawang besar
- 3/4 sudu rempah kari dan sedikit daun kari
- masukkan minyak yang betul-betul panas dalam tepung
- kacau dgn senduk, kacau dengan jari sampai berderai.
- masukkan air. uli sampai rata sebati
- bulat kecil-kecil sesuai utk size 1 biji karipap
- bila dah siap. tutup dgn plastik menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim goreng dengan api perlahan.
- tumiskan bawang besar di dalam kuali
- masukkan udang kering diikuti dengan rempah kari
- masukkan daun kari
- kacau sehingga sebati dan naik bau
- masukkan kentang , kacau sehingga sebati letakkan di dalam karipap dan goreng seperti biasa (boleh juga ditambah ayam atau daging sebagai perencah)
RESEPI CAKOI MUDAH
![]() |
| kuih cakoi |
- 400g tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 sudu besar majerin
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat/susu tepung
- 1 biji kuning telur – tak letak pon boleh
- 2 sudu kecil yis
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- minyak untuk menggoreng
- Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
- Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.
- Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.
- Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat.
- Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
- Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
- Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
- Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. Takut dalam tak masak pulak. Buat sehingga habis.
- Boleh dicicah dengan sos kegemaran.
RESEPI KUIH TALAM UBI KAYU
![]() |
| KUIH TALAM UBI KAYU |
- 250gm ubi kayu
- 150gm gula
- 50gm sagu biji
- 50gm mentega
- 150ml santan
- 3 biji telur
- ½ sudu teh garam
- Pewarna kuning secukupnya
- 200gm tepung beras
- 400ml air
- 250ml santan
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1½ sudu teh garam
- Untuk membuat lapisan bawah, sagu biji direndam selama 30 minit. Asingkan.
- Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan digaul sebati.
- Masukkan pewarna kuning secukupnya. Kacau rata dan sebatikan.
- Seterusnya tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. Ketepikan.
- Untuk membuat lapisan atas pula, satukan kesemua bahan dan digaul rata.
- Kemudian tapiskan ke dalam periuk dan didihkan sehingga wap naik.
- Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.
- Akhir sekali, kukus semula selama 30 minit. Sedia untuk dimakan.
RESEPI KUIH TALAM KACANG MERAH
![]() |
| kuih talam kacang merah |
- ½ tin kacang merah
- 250gm tepung beras
- 80gm tepung gandum
- 80gm gula
- 1 sudu teh tepung ubi
- 500ml air
- 350ml santan
- Pewarna warna jambu secukupnya
- 150gm tepung gandum
- 150gm gula kastor
- 450ml air
- 250ml santan
- 1 sudu teh tepung ubi
- 1½ sudu teh garam
- Untuk membuat lapisan bawah, satukan kesemua bahan kecuali kacang merah.
- Kemudian tapiskan ke dalam periuk dan didihkan di atas api sehingga naik wap.
- Seterusnya masukkan kacang merah dan dikacau rata.
- Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
- Untuk membuat lapisan atas pula, satukan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk.
- Kacau di atas api sederhana sehingga naik wap.
- Setelah itu, tuangkan ke atas loyang lapisan bawah tadi.
- Akhir sekali, kukus selama 30 minit.
Resepi kuih lidah buaya/Kuih tiram
![]() |
| kuih lidah buaya/Kuih tiram |
- 1kilo tepung gandum
- 1cawan tepung ubi
- 1biji telur
- Air utk mengguli
- Sedikit garam
- *2sudu mkn butter
- *5sudu mkn minyak masak
- 7sudu mkn tepung jagung
- Gula kastor
- Satukan tepung gandum.. Tepung sagu dan telur uli bersama air garam sehingga menjadi doh.. Bahagikan doh kepada 8 bahagian
- Panaskan bahan yang bertanda*
- Kemudian curah ke dalam tepung jagung
- Kacau rata
- Ambil seketul doh canai nipis
- Kemudian sapukan bahan sapuan rata-rata
- Gulung doh yang telah disapu tadi
- Setelah gulung potong lebih kurang 1/2 inci secara menyerong.. Canai sekali lagi
- Buat sampai habis kemudian goreng
- Setelah sejuk salut kuih dengan gula kastor
- Siap! Simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Kuih Cucur Badak
![]() |
| Kuih Cucur Badak |
- ½ biji kelapa parut
- 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 7 tangkai lada merah
- 1 cm halia
- 1 batang serai
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan gula
- ½ sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
- 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
- 3 ½ sudu makan tepung gandum
- ½ sudu teh garam
- ½ kg minyak masak (untuk menggoreng)
- Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
- Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
- Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
- Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
- Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
- Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.
Resepi Tepung Gomak
![]() |
| Tepung Gomak |
- 2 cawan tepung pulut
- sedikit garam
- 2/3 cawan air
- 1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas untuk lembabkannya)
- 1 biji gula melaka
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sahaja
- daun pandan disimpul
RESEPI KUIH AKOK
![]() |
| KUIH AKOK |
- 1 cawan telur @ 5 biji telur
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan air gula melaka yg telah di masak
- Ikut tahap kemaninsan masing-masing
- 1/2 cawan tepung gandun
- Secubit garam
- Bancuh bahan sampai sebati..siap bancuh tapis dulu ye
- Panaskan oven dengan suhu 200°c selama 15 minit
- Dan sapu sedikit minyak pada acaun muffin dan masukan kedalam oven, panaskan sekejap
- Dah siap panaskan, bolehlah tuang bancuhan tadi ke dalam acuan muffin yang telah dipanaskan
- Bakar dengan suhu 180°c menggunakan api atas dan bawah
- Bakar selama 20 ke 30 minit sehingga masak
RESEPI KUIH BUAH MELAKA
![]() |
| buah melaka |
- tepung pulut
- air pandan
- sedikit garam
- sedikit air kapur
- 1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
- gula kabung/melaka dipotong kecil
- kelapa parut (putih)
- Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
- Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
- Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
- Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
- Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
- Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
- Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
- Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya
Kueh Cafe di Seksyen 13, Shah Alam
![]() |
| Kueh Cafe |
![]() |
| Kueh Cafe |
Terdapat pelbagai jenis kuih yang ada di Kueh Cafe ni...Korang boleh makan di kedai ataupun bawa balik saja. Kebanyakkan kih-kuih adalah kuih tradisional..
![]() |
| bertimbun kuih-kuih tradisional |
![]() |
| kuih muih yang sedap |
![]() |
| inilah hasil shopping kuih di Kueh Cafe |
Sebagai panduan untuk ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk ke sini.
Koordinat: 3°05'16.4"N 101°32'41.2"E atau 3.087893, 101.544786
RESEPI SERI MUKA DURIAN
| SERI MUKA DURIAN |
- 2 cwn beras pulut (basuh dan rendam selama 1 jam)
- 2 cwn santan
- 2 sdb minyak masak
- Garam secukupnya
- 1 cwn durian
- 1/2 cwn tepung kastard
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1 sdb tepung beras
- 2 cwn santan sederhana pekat
- 1 cwn gula
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Pewarna kuning
- Blend semua bahan
- Masukkan ke dalam periuk
- Masak atas api kecil, kacau agak-agak periuk panas.. angkat
- Tekan-tekankan pulut dan padatkan
- Tuang bahan yang di masak tadi ke atas pulut tadi
- Kukus 40 minit
- Sejukkan dulu baru dipotong
Saya guna acuan lompang saiz besar
- Acuan di sapu minyak
- Pulut dilenyek ..
- Masukkan dalam acuan.. tekan-tekankan.. ratakan.. isi pulut separuh acuan
- Air kukus dah didih
- Pulut dikukus dulu sekejap
- Tuang adunan lapisan atas
- Kukus 10 minit pertama api besar.. 5 minit last api sederhana..
- Kuih dah sejuk baru keluarkan daripada acuan
kredit resepi : Noraslinda Md Radzi
KUIH GETAS
| KUIH GETAS |
- 1/2 biji kelapa parut
- 2-1/2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1cawan air (atau secukupnya)
- 1sudu teh garam
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
- Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul.
- Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.
- Bentukkan doh sebesar nugget dan Goreng dengan api sederhana.
- Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
- Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.
- Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.
KUIH LAPIS PANDAN
![]() |
| KUIH LAPIS PANDAN |
- 1 cawan tepung beras*
- 1 sudu besar tepung gandum*
- 1 sudu besar tepung jagung*
- 1 cawan santan pekat*
- 1 cawan air*
- 1/2 cawan gula*
- Secubit garam*
- 2/3 helai daun pandan dikisar dengan 1/2 cawan air
- 1/2 cawan air***
- Campurkan yg bertanda * kacau sebati dan tapis @ kisar.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian masukkan air daun pandan kacau sebati. 1 bahagian ditambah dengan 1/2 cawan air yg bertanda *kacau sebati. Maknanya jumlah bancuhan adalah 250ml adunan pandan dan 250ml adunan asal.
- Panaskan air kukusan. Tutup tudung pengukus dengan kain bersih. Oleskan acuan saiz kecil (sebaiknya 5 inci) dengan sedikit minyak dan panaskan sebentar.
- Masukkan 1/2 cawan @ 1 senduk adunan pandan, kukus 5 minit.
- Ulang proses yg sama hingga selesai. Untuk lapisan terakhir yg pandan tu tokmi tambahkan sedikit pewarna hijau supaya warna nampak menarik. Kukus selama 10-15 minit kemudian buka penutup dan kukus lagi 5 minit supaya jika ada wap air yang jatuh akan jadi kering.
Tokmi guna pengukus letrik jadi tokmi kurangkan jadi 3 minit setiap 1 dan yg terakhir 8 minit. Tokmi pusing suhu kepada yang paling tinggi kalau ikut betul-betul bancuhan ni kuih ni memang gedik, lembut dan rasa lemak-lemak.
Kredit resepi foto : daridapurtokmi Sarimah Ismail
Respi Kuih Cara
![]() |
| Kuih Cara |
Ditulis oleh: Che' Nom
Resepi kuih cara, antara kuih tradisional melayu yang paling digemari terutama di bulan ramadan. Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sangat harum dan menyelerakan.
45 minutes
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran
- 1/3 biji kelapa
- 4-5 helai daun pandan
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu minyak masak
- pewarna hijau, beberapa titik
- gula pasir, secukupnya
- Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.
- Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.
- Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.
- Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung.
- Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh.
- Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan
Credit to iResipi.com
RESEPI KUIH TEPUNG BUNGKUS
![]() |
| KUIH TEPUNG BUNGKUS |
- 500gm tepung beras cap gajah 3
- 3 cwn santan pekat
- 3 1/2 cawan air
- Sedikit garam
- 1 biji kelapa parut
- 400 gm gula merah
- 100 gm gula putih
- 1-2 helai daun pandan simpulkan
- 250gm tepung pulut
- Air..
Kredit resepi: umie saffiya





















