Showing posts with label ayam goreng. Show all posts
Showing posts with label ayam goreng. Show all posts

Resepi ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah
Ayam Goreng Berempah

Bahan:
  • 1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil-kecil)
  • 3 inci Halia
  • 3 labu bawang putih
  • 8 batang serai
  • 3 sb jintan manis
  • 3 sb ketumbar
  • 2 sb tepung jagung
  • Telur sebiji
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
  • Daun kari secukupnya
  • Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir
Cara-cara:
  • Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
  • Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
  • Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.
  • Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng ranggup dan tabur bersama-sama ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap

Resepi adunan tepung ayam goreng

adunan tepung ayam goreng
adunan tepung ayam goreng

Bahan-bahan:
  • 700g tepung gandum
  • 1kg tepung beras
  • 300g tepung ubi kayu
  • 3sudu serbuk lada putih(sudu teh)
  • 7sudu stok ayam serbuk(sudu makan)
  • 7sudu Ajinomoto (sudu makan)
  • 7sudu garam(sudu makan)
(Ajinomoto dan garam campur dan blander gunakan blander kering kasi halus)

Campur semua bahan dan kacau sehingga merata... Ok siap tepung ayam buatan sendri..
Saya akan campur tepung segera yang beli dengan buatan sendiri...

Jom kita goreng ayam:
  • Ayam setelah dicuci bersih.. dalam keadaan basah-basah tu pecahkan telor sebiji atau 2 biji..tengok banyak mana ayam...
  • Taburkan sedikit tepung dalam ayam tadi bagi memekatkan keadaan ayam..
  • Dalam bekas yang lain sediakan tepung ayam yang banyak untuk sadur ayam..
  • Ambil ayam tadi dan gaul dalam tepung tadi.. jangan nipis sangat..jangan tebal sangat...
  • Terus masukkan kedalam minyak yang banyak dengan api sederhana. 
  • Siap....
Tips:
Tepung ayam tu memang dia tulis tanpa telor tapi nak sedap dan cantik letaklah telor....

Kredit resepi: yayar b awang noh  

Resepi Ayam Goreng SOS Lemon

Ayam Goreng SOS Lemon
 Ayam Goreng SOS Lemon

Bahan-Bahan:
  • 3 keping daging ayam bahagian sukuan peha - pisahkan tulang dan bersihkan
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam - ambil putih telur saja
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam maggi cukup rasa
  • minyak yang banyak untuk menggoreng ayam hingga tenggelam
Cara Memasak Ayam:
  • gaul daging ayam bersama serbuk pati ayam secukup rasa kemudian celupkan dengan putih telur
  • selepas tu campurkan tepung jagung, tepung beras, serbuk lada putih, tepung gandum dan gaul sebati, kemudian salutkan ayam dengan campuran tepung tadi.
  • panaskan minyak dalma kuali dan goreng tenggelam daging ayam sehingga warna keemasan dan masak.
  • angkat dan toskan kemudian potong sesuai cita sara dan tuangkan sos lemon diatasnya.
Bahan-Bahan Sos Lemon:
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu makan pekatan pati oren sunquick
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 biji limau sunkist - ambil jusnya lebih kurang 1 cawan
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 3/4 cawan air
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1 sudu makan stok ayam pekat maggi
Cara Membuat SOS:
  • panaskan mentega kemudian goreng bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. masukan jus limau sunkist, sos plum, stok ayam pekatm maggi, jus lemon, dan pekatan pati oren sunquick.
  • masak sehingga mendidih dan kecilkan api. kemudian masukan bancuhan tepung jagung dam kacau seketika sehingga sos pekat
  • akhir sekali, padamkan api dan tuang sos di atas ayam goreng tadi.

resepi ayam goreng cili kering

ayam goreng cili kering
ayam goreng cili kering

Bahan:
  • 7@8 ketul ayam-bersihkan dan potong kecik
  • 1/2 sudu kecik serbuk kunyit
  • Garam n perasa
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 2 sudu mkn cili sos
  • 10 tangkai cili kering-gunting pendek
  • 2 biji bwng besar-belah 2 & hiris
  • 4 ulas bwng putih-hiris
  • 5@6 tangkai daun kari
Cara:
  • Gaul ayam dengan garam,perasa,serbuk kunyit,sos tiram dan cili sos dan kemudian goreng ayam tersebut..
  • Bila siap semua ayam di goreng...tinggalkn sedikit minyak dalam kuali yang sama..tumis semua bhn hiris..cili kering dan daun kari hingga naik bau..
  • Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.. 
Kredit resepi: mazliza ahmad via mahn  

Resepi ayam goreng cili kering

ayam goreng cili kering
ayam goreng cili kering

Bahan:
  • 7@8 ketul ayam-bersihkan dan potong kecik
  • 1/2 sudu kecik serbuk kunyit
  • Garam n perasa
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 2 sudu mkn cili sos
  • 10 tangkai cili kering-gunting pendek
  • 2 biji bwng besar-belah 2 & hiris
  • 4 ulas bwng putih-hiris
  • 5@6 tangkai daun kari
Cara:
  • Gaul ayam dengan garam,perasa,serbuk kunyit,sos tiram dan cili sos dan kemudian goreng ayam tersebut..
  • Bila siap semua ayam di goreng...tinggalkan sedikit minyak dalam kuali yang sama..tumis semua bahan hiris..cili kering dan daun kari hingga naik bau..
  • Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.. 
kredit resepi: mazliza ahmad via mahn  

Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih

ayam goreng mamak
ayam goreng mamak

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
  • Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
  • Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.
Kredit :Pakar diari hati

Ayam goreng cheese ala korea

Ayam goreng cheese ala korea
Ayam goreng cheese ala korea 

Bahan-bahan:
  • 1-1 1/2 keping dada ayam
  • 6-7 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu kecil lada hitam
  • 1-2 sudu serbuk kari
  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk roti
  • Garam secukup rasa
  • Mozarella cheese secukupnya
Cara-cara:
  • Potong ayam menjadi kecil dan bentuk dadu. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
  • Perap ayam dengan bawang putih , lada hitam , serbuk kari dan garam.
  • Perap 1 jam atau lebih.
  • Pecahkan telur sebiji dalam perapan ayam tadi.
  • Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung. Gaul rata.
  • Golekkan ayam ke dalam serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.
  • Cairkan mozarella cheese guna api sederhana di dalam non-stick pan.
  • Kacau sehingga keju betul-betul cair.
  • Setelah keju cair, boleh tuangkan keju dalam pinggan yang ada ayam goreng tadi atau letak ke dalam bekas lain.
  • Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
Kredit resepi: mazirah Majid

AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

AYAAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS
AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Bahan-bahan:
  • 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
  • 3 biji bawang merah (sederhana besar)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cilipadi
  • 1 atau 2 keping Asam keping
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 btg serai diketuk
  • Hirisan bawang besar
  • Minyak utk meggoreng
  • Garam gula/gula merah (jika suka)
Cara:
  • Kupas & blend bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
  • Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.. goreng sampai naik bau kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.

Kredit resepi: angelic.argan 

Resepi Ayam Goreng Ala Mamak

 

Ayam Goreng Ala Mamak

Resepi untuk anggaran 1 ekor ayam:
  • Bawang putih dan halia 
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 3/4 cawan air sejuk
  • sedikit pewarna merah/oren 
  • garam secukup rasa
Cara:
Blend semua bahan-bahan...adunan tidak terlalu pekat/cair...kalau cair tambah je tepung jagung...perapkan ayam bersama dedaunan kari...sedia untuk digoreng.

Kredit resepi: Nor Hairiyah Hassim

RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

 

AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS
AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Bahan-bahan :
  • 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
  • 3 biji bawang merah (sederhana besar)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cilipadi
  • 1 atau 2 keping Asam keping
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 batang serai diketuk
  • Hirisan bawang besar
  • Minyak untuk meggoreng
  • Garam gula / gula merah (jika suka)
Cara-cara :
Kupas & blend (tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yang diketuk tadi.. goreng sampai naik bau kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.

kredit : @angelic. argan

Restoran Fazila Cafe & Fried Chicken, belakang Hospital Besar Pulau Pinang

 Restoran Fazila Cafe & Fried Chicken ni memang betul-betul belakang hospital Besar Pulau Pinang. Ada satu lorong kalau korang masuk, ada banyak gerai makan disebelah kiri korang. Tapi Fazila Cafe & Fried Chicken ni korang akan nampak di sebelah kanan. Sebaris dengan kedai serbaneka 7E.

Restoran Fazila Cafe & Fried Chicken
Restoran Fazila Cafe & Fried Chicken

Restoran Fazila Cafe & Fried Chicken
Restoran Fazila Cafe & Fried Chicken
Memangkan dekat dengan Hospital Pulau Pinang, maka pelanggan pun kebanyakkan staf hospital. Di sini korang boleh datang untuk sarapan dan juga makan tengahari. Yang special di sini adalah ayam goreng diorang. Boleh le korang cuba nanti.
ayam goreng crispy
ayam goreng crispy

ada juga ikan bakar dan ayam bakar
ada juga ikan bakar dan ayam bakar
Kepada yang tercari-cari restoran untuk sarapan dan makan tengahari sekitar hospital Pulau Pinang terutamannya pelawat-pelawat sedara mara di hospital, nak cari nasi kandar jauh sangat.... boleh la cuba makan di Fazila & Fried Chicken ni. 

GPS koordinat : 5°24'53.6"N 100°18'39.4"E atau 5.414874, 100.310940




Restoran makanan segera Harumi, Manjung Perak

Restoran makanan segera Harumi


Restoran Harumi ni adalah restoran makanan segera yang seakan-akan restoran KFC. Menu-menu utama di restoran Harumi ni ada ayam goreng. Ada pelbagai set menu yang boleh korang cuba. Ayam digoreng panas-panas. Mungkin tak se'famous' KFC tetapi cara kerjanya lebih kurang KFC la jugak. Senarai menu boleh tengok seperti di bawah ni.
senarai menu restoran Harumi
Tengok menu pun korang dah boleh imagine kan macam mana restoran Harumi ni.... Aku cuba ayam goreng diorang dan juga burger. Ayam goreng boleh pilih sama ada spicy atau non spicy. Rasa lain la sikit dari KFC, cuma burger yang aku try ni rasa macam seakan-akan burger Mac Donalds. Tu yang aku rasa la.... nak tau macam mana rasanya, korang kena cuba la sendiri.
set ayam goreng, coleslaw, mash potato

set ayam goreng, french fries

cheesy dip
Kepada yang nak cuba makan di Restoran Harumi ni, nak tahu sama ke tak dengan KFC, korang boleh datang ke kawasan perniagaan di Manjung, Perak. Dekat-dekat je dengan Hospital Pantai Manjung. Nak lagi memudahkan pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°13'02.8"N 100°40'10.1"E atau 4.217454, 100.669471

Apa yang best makan di Cargas Cafe, Bayan Lepas Pulau Pinang?


orang ramai nak makan di Cargas Cafe
           
cargas cafe
cargas cafe
Cargas Cafe yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang juga menjadi tarikan orang ramai untuk mencuba dan menikmati makanan di sini. Pulau Pinang memang terkenal dengan kepelbagaian makanan yang unik dan juga famous. Kebanyakan orang sekarang berjalan nak makan je selain melawat tempat-tempat yang menarik.
Biasanya orang akan cari nasi kandar jika datang ke Pulau Pinang kan..... Tapi Cargas Cafe ni bukan la restoran nasi kandar. Namun Cargas Cafe ni juga adalah salah satu tempat menarik untuk pencari makanan di Pulau Pinang ni. 
Apa yang menarik di Cargas Cafe ni? Jika korang datang ke sini, cuba la rasa gulai ikan pari. Ikan pari yang lembut dan sedap. Rasa gulainya lain sikit dari gulai yang kita biasa makan. Rasa gulai tu nak macam asam pedas pun ada...tapi bukan asam pedas ek, itu adalah gulai ikan pari!
gulai ikan pari cargas cafe
Lagi satu yang menjadi tarikan pengunjung adalah ayam goreng diorang. Digoreng panas-panas, kemudian letak je, berebut orang nak ambil ayam goreng. Tak sampai 5 minit dah habis semua ayam goreng tu. Kalau tak sempat ambil ayam goreng tu, kena tunggu next trip ayam goreng. Korang kena bersedia untuk berebut. Ada yang lagi licik, diorang tunggu siap-siap kat dapur...hahahahaha.
ayam goreng cargas cafe
Selain tu, ada banyak lagi makanan yang sedap-sedap di sini. Orang sentiasa ramai terutamanya waktu tengahari. Rasa macam sesak je nak ambil lauk.
sayur dan sambal
ramai orang tengah pilihan makanan

tempat makan yang terasing
dari tempat nak ambil makanan
antara makanan di Cargas Cafe

 Kepada yang ingin datang ke Cargas Cafe ni, ianya terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bagi yang tak biasa dengan Pulau Pinang, korang boleh guna gps koordiant dan google map yang aku sediakan seperti di bawah ni.

gps koordinat : 5°17'41.1"N 100°15'30.3"E atau 5.294739, 100.258416
                                        

Nasi Sila Lahar Kepar di Kepala Batas, dalam negeri Pulau Pinang

Nasi sila ni asalnya ia berkonsepkan makan bersila...asal usul kejadian wujudnya restoran ni, di mana pelanggan yang datang akan makan secara bersila yang mengamit kembali zaman kita dulu-dulu. Memang kita akan bersila bila datang sini...pernah keluar utusan online kisah nasi bersila ni..Namun itu mungkin dulu...sebab bila aku datang nak try makan kat sini, ramai yang pilih untuk duduk atas kerusi, tetapi nama restoran masih guna nasi sila, bukan nasi duduk atas kerusi...hahahaha....kalau nak bersila pun boleh gak, disediakan juga tempat nak bersila..cuma ramai yang pilih untuk pakai kerusi meja.........Orait, bukan konsep bersila yang aku nak ketengahkan kat sini....sebenarnya kita nak tengok apa menu yang ada kat sini....
Nasi Sila Lahar Kepar

Suasana Nasi Sila Lahar Kepar
Yang special makan kat sini, menu yang disediakan menu ala-ala kampung...dengan ayam goreng yang ranggup, gulai ikan yang sedap...seolah-olah macam mak-mak yang masak...ulam-ulaman, sambal belacan pun ada gak disediakan...jarang restoran yang buat menu berkonsepkan macam ni...kalau nak dibandingkan dengan nasi campur permai tepian, nasi sila di lebih kurang camtu, tapi nasi campur permai tepian ni banyak lagi la lauk pauk dia.....
menu yang aku makan kat sini
Tempat ni kalau korang nak cari, ia gak ke dalam sikit...kalau first time nak datang tu, better pakai gps je...terus akan dibawa ke muka pintu restoran nasi sila ni...aku dah tolong dapatkan gps koordinat kat korang...pakai je....InsyaAllah sampai la tu nanti....
                

5°32'19.8"N 100°25'00.5"E
Labeled as nasi sila