Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

RESEPI APAM MEKAR TEPUNG BERAS

 

APAM MEKAR TEPUNG BERAS
APAM MEKAR TEPUNG BERAS

Bahan-Bahan:
  • 200 g tepung beras (2 cawan)
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna atau emulco
Cara Penyediaan:
  • Panaskan kukusan. Ikat tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak menitik ke dalam kuih.Satukan tepung beras, baking powder dan gula. Gaul sebati.
  • Masukkan susu dan esen vanilla ke dalam adunan kering kemudian kacau sebati. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan sekata.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Che Nom bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan pertama tiada campuran, adunan kedua ditambah pati sirap dan aduna ketiga ditambah pandan emulco.
  • Sudukan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10-15 minit. Jika muffin cup size kecil, cuma kukus 6-7 minit sahaja.

Resepi apam inti kacang merah

 

apam inti kacang merah
apam inti kacang merah

Bahan-bahan:
  • 2 sudu teh yis
  • Setengah cwn air suam @ 100ml
  • 1 sudu teh gula 
Bancuh gula hingga larut kemudian tambah yis.. kacau-kacau sehingga sebati..biar sekejap hingga berbuih,
  • 1½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras cap teratai
  • 1 cawan gula nak kurang manis guna ¼ sahaja gula, sbb inti Kacang merah dah manis, 
  • 1 cawan air bersamaan 200ml, 
  • Nak buh esen boleh je ye.. dan pewarna yang di sukai, 
Cara-cara:
Tepung gandum tepung beras gula dan air sekalikan dalam bekas, kacau-kacau guna senduk bagi tak berketul-ketul, kemudian tuangkan adunan yis.. kacau lagi sehingga adunan betul-betul sebati. Perap lebih kurang 40 minit bagi adunan naik ye..dah naik kacau-kacau, lepastu ikut suka nak letak pewarna apa.. acuan sapu minyak terlebih dahulu.. sudukan adunan kemudian letak inti kacang merah.. 
Kukus 20-25 minit.

Kredit Resepi: lydia na

RESEPI APAM MEKAR AIS KRIM SODA

APAM MEKAR AIS KRIM SODA
APAM MEKAR AIS KRIM SODA

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir dikisar halus
  • 3/4 cawan aiskrim soda
  • 1 s/d besar ovellate
  • 2-3 titik esen pisang/ 1 s/t esen vanila
  • pewarna kegemaran
  • mangkuk kertas secukupnya
Cara-cara:
  • Panaskan periuk kukusan. Tutup tudung periuk dengan kain bersih.
  • Putar gula dan telur hingga kembang gebu.
  • Masukkan ovellate putar lagi hingga adunan menjadi kembang,kental dan kaku.
  • Tambahkan esen pisang. 2-3 titik saja tau. Kalau terlebih kuat pula baunya nanti.Jika menggunakan esen vanila, bau hanyir telur masih tidak hilang.
  • Putar sebati. Masukkan tepung berselang seli dengan air soda hingga habis.
  • Setelah habis,putar sebentar kurang lebih selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
  • Bahagikan mengikut warna. Ambil 2 senduk dan letakkan 2 pewarna pada setiap satu bahagian. Masukkan ke dalam plastik yang digunting bucunya agar mudah dipaipkan saja nanti. Yang selebihnya dibiarkan warna asal.
  • Sudukan sedikit kurang lebih 3/4 adunan warna asal dan masukkan ke dalam mangkuk kertas.
  • Paipkan sedikit adunan berwarna tadi. Kukus 10-12 minit menggunakan api besar.
Kredit resepi: dapur kecilku sayang  

Resepi apam kampung pandan

Apam kampung pandan
Apam kampung pandan 

Bahan-bahan:
  • 1 cawan air daun pandan
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan gula (tambah jika suka manis)
  • 1/4 cawan santan
  • 1 sudu kecil pewarna makanan hijau
  • 3 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar yis kering
  • Satu sudu kecil garam
Cara-cara:
  • kisar satu cawan air dengan 5-6 helai daun pandan.
  • Masukkan air pandan,air suam ke dalam sebuah mangkuk dan whisk sehingga gula larut.
  • Masukkan santan, pewarna makanan, tepung, garam dan yis kering.
  • Whisk semua bahan sehingga sebati
  • Kemudian rehatkan adunan selama 30-40 minit dan ia akan naik 3 kali ganda.
  • sediakan loyang atau bekas yang sudah di oles sedikit minyak.
  • Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan kemudian kukus apabila pengukus sudah panas.
  • Kukus dengan api sederhana kuat selama 30-40 minit.
  • Biarkan betul-betul sejuk dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut.
Kredit resepi: Nur Ayuni Syazira  

Resepi Apam Susu Gebu

Apam Susu Gebu
Apam Susu Gebu

Bahan A:
  • *4 biji telur gred c
  • *1 cawan gula caster
  • *1 penutup esen vanilla 
  • *1 sudu besar ovalet
  • 3/4 cawan susu full cream
Bahan B:
  • *2 cawan tepung gandum
  • *1 sk serbuk penaik
  • Pewarna makanan
  • Bijan hitam untuk hiasan. Tak bubuh pun tak apa
Cara membuatnya:
  • Mixer bahan A* sampai kembang
  • Lepas tu masukkan susu full cream, mixer lagi sekejap sahaja bagi sebati, jangan mixer lama-lama.
  • Ayakkan bahan B*, kemudian masukkan kedalam bahan A sikit demi sikit, kacau sampai tak ada tepung berketul. Lepas tu bahagi kepada berapa warna yang kita nak.
  • Masukkan kedalam acuan yg sudah di olesi minyak. Kukus selama 10 minit.
  • ± dapat 30 biji lebih, ikut pada acuan masing-masing.

Selamat mencuba

Resepi apam pisang kukus moist

 

apam pisang kukus moist
apam pisang kukus moist

Bahan A:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt soda bikarbonat
(ayak semua bahan)

Bahan B:
  • 1 1/2 cawan pisang emas/berangan yg dilenyek
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula 
  • 3 biji telur
Cara-cara:
  • blend telur & gula sampai sebati
  • gaulkan bahan yg diblend dengan pisang lenyek & minyak masak
  • masukkan bahan A yg diayak tadi sedikit2 ke dalam bahan B. Kemudian gaul sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam bekas lompang - separuh bekas
  • kukus 15 minit api sederhana
tips: Tutup penutup kukusan dengan kain..
Nak bagi urat pisang lawa,pisang jangan blend,lenyek shj..
Kalau nak bt banyak, cuma gandakan shj adunan

Selamat Mencuba

Apam cheese gebus mebus

Apam cheese gebus mebus
Apam cheese gebus mebus

Bahan:
  • 2 biji telur gred A atau B
  • 1cawan gula
  • 1sudu kecil ovelete
  • 1cawan susu cair
  • 2 keping cheddar cheese
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 2sudu kecil esen vanilla

*masak susu cair dan cheddar chese dgn api sederhana hingga cheese larut.ketepikan

Cara:
Pukul gula telur ovelete dan esen vanila hingga putih gebu.Masukkan susu cair yang dimasak bersama cheese tadi.Baru masukkan tepung. Ayak tepung dulu yer.Gaul rata.
Boleh masukan dalam cup. kukus api sederhana 8-9 minit.. pastikan air kukusan mendidih dahulu.. selamat mencuba..

RESEPI APAM JEPUN

 

APAM JEPUN
APAM JEPUN

Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk soda bicarbonate
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji telor
  • 1 cawan air
  • 1/2 packet yis kering
  • 3 sb gula
  • 1 sb margarine -cairkan
  • 1 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning
Inti : jam nenas,Atau kcg merah,Atau chocolate paste..Atau sekaya

Cara:
  • Campurkan air bersama yis dan gula untuk aktifkan yis.. Biar berbuih.
  • Campurkan susu cair dengan telor dan margarine cair..ketepikan.
  • Bahan-bahan lain dimasuk ke dalam bekas,dan tuang campuran yis tadi dan juga campuran telur + susu, gaul rata, bila dah sebati,tapis kemudian perap 1 jam dengan menutup bekas.
Cara masak:
  • Panaskan kuali leper ,sapu minyak. Sapu Minyak juga keliling Acuan. Acuan nya yang buat egg banjo.
  • Tuang 1/2 adunan biar 1 min baru sudukan inti, kemudian tutup dengan 2 sb lagi adunan batter, tutup kuali..
  • Biar dalam 2-3 min kikis Acuan dengan pisau supaya kuih lekang dari adunan..bila kuih tanggal dari acuan balik-balik kan supaya masak sekata. Angkat.

Kredit resepi: mahani hussain via masak apa hari ni

resepi apam gula hangus

Apam gula hangus
Apam gula hangus

Bahan-Bahan:
  • 2 1/2 gelas tepung gandum
  • 1 gelas gula pasir
  • 1 gelas gula hangus
  • 1 gelas susu cair
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh vanila
  • 3 sudu teh soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
  • pukul telur bersama gula hingga kembangMasukkan tepung, di gaul soda bikarbonat berselang seli dengan susu cair
  • Tuangkan gula hangus dan vanila dan kacau sehingga rata
  • masukkan kedalam acuan yang telah disapu sedikit minyak,
  • Bakar / kukus sampai masak. 

Resepi Apam Puteri Ayu

Apam Puteri Ayu
Apam Puteri Ayu 

Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecik ovelate
  • 2 cawan tepung gqndum
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1 cawan santan kotak
  • 1 penutup esen pandan
  • 1 penutup pewarna hijau/kuning/merah
  • kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
Cara-Cara Menyediakan: 
  • Ayakkan tepung bersama baking powder
  • Mixer telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih. 
  • Masukkan santan selang seli dengan tepung.
  • Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali.
  • Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan. 
  • Tuang adunan tepung paras acuan. 
  • kukus 10-15 minit api besar