Showing posts with label pajeri terung. Show all posts
Showing posts with label pajeri terung. Show all posts

Resepi Pajeri Terung

Pajeri Terung
Pajeri Terung

Bahan-Bahan:
  • 3 biji terung panjang
  • 5 ulas bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inci halia – dikisar
  • 7 cili kering – dikisar
  • rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 sudu besar udang kering – ditumbuk
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar kerisik
  • Santan secukupnya
  • Asam jawa
  • Garam, Gula serta Gula Melaka
Cara Membuat:
  • Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.
  • Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Resepi Pajeri Nenas Bersama Terung

 

Pajeri Nenas Bersama Terung
Pajeri Nenas Bersama Terung

Bahan:
2 biji terung panjang potong ikut suka
1 biji nenas potong ikut suka
1 biji kelapa @ ambil santan 1liter ikut sukalah nak pekat macamana kita nak
2 sudu makan kerisik sangai ambik daripada sedikit kelapa tadi.

Bahan untuk tumis:
10 biji bawang merah kecil mayang atau hiris
3 ulas bawang putih hiris
Sedikit halia mayang
3 sudu rempah kari bancuh dengan sedikit air
Kulit kayu manis bunga lawang buah pelaga bunga cengkih

Cara membuat:
Panaskan minyak tumis rempah 4 sekawan masuk bawang merah putih halia mayang tadi hingga kuning dan wangi masuk rempah kari kacau rata hingga pecah minyak masuk santan biar mengelegak masuk garam gula air asam jawa untuk seimbangkan rasa biar mendidih masuk kerisik kacau rata kemudian masuk nenas dan terung biar seketika bagi merenih naik minyak bila masak tutup api. Siap selamat mencuba. 

* ada yang suka masuk udang kering pun boleh.

Kredit resepi: Azizah Daud