Makan malam di Mix Legacy Cafe, Jitra, Kedah

Mix Legacy Cafe, Jitra Kedah

bertentangan dengan Masjid Al-Fateh
Mencari tempat makan malam yang sempoi dan best di Jitra, Kedah? Aku rekomen kat korang di Mix Legacy Cafe yang terletak betul-betul di Simpang Tiga dan bertentangan dengan Masjid Al-Fateh berwarna putih yang cantik.
Kawasan Mix Legacy Cafe ni sangat luas dan kawasan parking pun disediakan dan selesa. Mix Legacy ni berkonsepkan makan secara 'open air' ataupun tanpa bumbung. 
Pelbagai menu yang ada di Sini. Sebabnya macam-macam gerai ada. Gerai pun diorang buat pakai kontena jer. Rasa nak makan apa saja, just order, western ke, roti bakar ke, sup-sup, nasi goreng, dan macam-macam lagi.
Kunjungan aku ke Mix Lagecy cafe ni, makan malam aku macam yang ada dalam gambar-gambar seperti di bawah ni.
set burger

koay teow kerang

mee sup

lempeng cicah kari ikan

roti nutella

Korang kalau nak cari Mix Legacy Cafe ni, aku sediakan untuk korang gps koordiant dan juga google map sebagai panduan untuk korang mencari dan terus mencari...kikikikiki

gps koordinat: 6°15'02.1"N 100°25'14.5"E atau
6.250590, 100.420692

No comments:

Post a Comment