Makan di Fais Station di sebelah petronas Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh depan Politeknik.

Salah satu kedai makan di area Permatang Pauh, Pulau Pinang yang berkonsepkan makanan ala-thai, iaitu Fais Station. Lokasi yang senang untuk di cari kerana Fais Station ni betul-betul di sebelah petronas Taman Pauh jaya yang bertentangan dengan Politeknik. Kalau malam-malam, jadi tumpuan budak-budak Politeknik le Pais Station ni sebab dekat dengan diorang. Menu kat Fais Station ni, macam makanan ala-thai di kedai-kedai lain jugak, takde beza apa sangat pun. Cuma untuk posting aku kali ni, takde la aku nak order yang mahal-mahal sebab tak cukup bajet. Aku order yang biasa-biasa sekadar untuk lepaskan rasa lapar perut aku je. Korang kalau datang sini, boleh cuba menu yang lain-lain. Ikut citarasa tekak korang la....

menu bajet yang aku 'bedal'
Selain aku dah bagitau landmark Fais Station ni untuk korang senang nak cari, kat posting aku ni jugak, aku selitkan sekali gps koordinat dan google map sebagai panduan tambahan untuk korang. Selamat mencari dan menjamu selera aku ucapkan untuk korang....
gps koordinat : 5°22'26.4"N 100°25'15.1"E

No comments:

Post a Comment