Makan tengahari di Restoran Sejati Gemilang, Bandar Perda Pulau Pinang

Restoran Sejati Gemilang ni pun menjadi tumpuan orang ramai waktu makan tengahari. Biasanya pick time antara pukul 12 hingga 2 petang, waktu di mana kebanyakan orang yang kerja kerajaan dan swasta keluar mencari makanan. Aku kalau datang kat sini, mesti cari ayam bakar. Ayam bakar kat sini sedap bagi aku. Selain ayam bakar, ada juga daging bakar, ikan kembung bakar dan ikan pari bakar. Lauk pauk lain pun banyak juga. Kalau korang datang dalam pukul 1 lebih, ikut nasib la, kalau nasib tak baik mungkin ada lauk yang dah habis.
Restoran Sejati Gemilang Bandar perda Pulau Pinang
Restoran Sejati Gemilang Bandar perda Pulau Pinang

Ayam bakar
Ayam bakar
Parking nak cakap susah sangat pun tak juga. Oklah la kalau nak compare nak cari parking kat area George Town yang penuh sesak tu. Bagi yang nak ke sini boleh rujuk google map dan juga gps koordinat. Restoran ni antara altenatif untuk makan tengah hari di area Permatang Pauh ni. Ingat je restoran ni dekat Bandar Perda, Pulau Pinang.
Nasi, ayam bakar, kuah kari udang, kacang botol
Nasi, ayam bakar, kuah kari udang, kacang botol

Nasi, Ayam bakar, kuah sup, ulam raja
Nasi, Ayam bakar, kuah sup, ulam raja
5°22'02.2"N 100°25'29.1"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...