Iman Koey Teow Kerang Taman Pandan, Alor Setar

Iman Koey Teow Kerang, Taman Pandan, Alor Setar
Tengahari tu aku berpusing-pusing di Alor Setar Kedah mencari restoran makanan tengahari. Last-last ternampak restoran Iman Koey Teow Kerang ni dan tetiba plak rasa macam nak makan koey teow kerang. So aku pun memarking kereta betul-betul depan restoran tu.
Dah sampai dan dah duduk di meja, dengan konfiden aku mengoder koay teow kerang....dan you know what? I was terkejut giler bila diorang cakap koay teow kerang takde lagi....pukul 6 petang baru start berniaga koay teow kerang tu.... wawawawawawawww.... dah duduk kan dalam restoran ni, so aku layan je la menu yang ada untuk makan tengahari aku...Kat sini yang aku nampak ada laksa, ada sup2 (mee sup, mihun sup, koay teow sup), roti arab, nasi ayam......
Maka dengan tidak semena-mena aku makan nasi ayam, mee sup dan roti arab di Iman Koey Teow Kerang.......asalnya nak makan koey teow kerang...... hatiku luka hampa dan kecewaaaaaaa
nasi ayam

mee sup

roti arab
Kalau korang nak datang untuk makan koey teow kerang, kena datang pukul 6 petang ke atas. Kalau sebelum pukul 6, koey teow kerang tak ON lagi. Tapi menu makanan lagi ada la kalau nak makan. Di sini aku sertakan lokasi gps koordinat dan google map.
gps koordinat : 6°08'36.7"N 100°21'52.9"E atau 6.143523, 100.364705

Makan capati dan roti nan santai-santai waktu malam di Alor Setar

Warung capati dan roti nan

Warung capati dan roti nan
capati dan roti nan the making....
Jalan-jalan Alor setar, kalau nak makan santai-santai capati dan roti nan waktu malam, korang boleh cuba di warung tepi jalan, Jalan Anak Bukit, Pantai Johor betul-betul di simpang 3 susur jalan masuk ke taman perumahan kot. Bertentangan dengan warung ni, ada masjid Syed Muhammad Al-Bukhary Pantai Johor yang agak besar gak la. Kalau korang tengok dalam gambar tu, ramai geng-geng masjid dok mengopi di warung tu....maklum la, warung depan masjid.....dan kebetulan pulak masa aku sampai tu, masjid baru selesai solat Isyak...
Warung ni nampak cam biasa-biasa je kan... tapi diorang ni memang specialist buat capati dengan roti nan jer...nak makan benda lain takde le kat sini.... Tapi aku perasan ada gak corner yg buat makanan goreng-goreng....namum begitu, biasanya orang datang nak makan roti nan atau capati...
capati

roti nan ayam tandori

roti nan biasa
Gambar tu menu yang aku order masa dok dalam warung ni. Antara menu yang ada di sini, capati, ayam tandori, roti nan, roti nan cheeese, double cheese nan, garlic nan dan cheese garlic nan.
masjid yang bertentangan dengan warung capati dan roti nan
Bagi yang ingin mencari warung ni, landmark yang korang boleh cari adalah Masjid Syed Muhammad Al-Bukhary  Pantai Johor. Selain tu korang boleh guna je gps koordinat dan google map seperti dibawah sebagai guideline korang.
gps koordinat : 6°10'02.9"N 100°22'07.9"E atau 6.167481, 100.368861

Makan malam di Restoran D Dapur Ibuku, depan masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

restoran D Dapur Ibuku

restoran D Dapur Ibuku
Pusing punya pusing nak makan malam di Alor Setar, last-last terjumpa dengan Restoran D Dapur Ibuku. Restoran ni terletak betul-betul bertentangan dengan masjid zahir Alor Setar. Sampai makan, sambil cuci mata permandangan masjid zahir yang damai dan cantik.
Restoran D Dapur Ibuku ni menyediakan masakan bertema kan masakan ala thai. Kalau nak makan seafood, boleh pilih sendiri yang segar-segar. 
Malam tu aku pilih untuk makan nasi goreng paprik, sotong masak halia, sotong goreng tepung, telur dadar.....takde la mewah-mewah...makan sekadar untuk hilangkan lapar je....korang bajet lebih, order la yang sempoi-sempo sikit....
Masjid Zahir Alor Setar

nasi goreng paprik
sotong masak halia
sotong goreng tepung



telur dadar
 Kepada yang nak singgah makan di restoran D Dapur Ibuku ni, korang cari je masjid zahir. Restoran ni depan masjid zahir. Ataupun susah-susah sangat nak cari, korang boleh guna je gps koordinat dan google map sebagai rujukan.
gps koordinat : 6°07'15.9"N 100°21'56.6"E atau 6.121075, 100.365722

Kalau nak makan masakan ala thai waktu tengahari di Seberang Jaya, mai makan di fourt court AEON BIG


Selera Tomyam Ala Thai, di food court AEON big Seberang Jaya
Kalau nak makan masakan ala thai waktu tengahari di Seberang Jaya, mai makan di fourt court AEON BIG. Salah satu gerai di food court ni iaitu Selera Tomyam Ala Thai, menyediakan aneka makanan/masakan ala thai. Yang bestnya di sini, korang boleh makan waktu tengahari. Biasanya la kan, kedai makan ala thai di kebanyakan tempat petang baru buka. Tak banyak yang buka dari awal pagi.
Makanan di sini sedap-sedap jugak. Korang boleh tengok senarai menu seperti dalam gambar di bawah ni.
Senarai menu makanan
Menu piliha aku kalau pergi mana-mana restoran masakan ala thai, biasanya aku pilih untuk makan nasi goreng paprik. So di Selera Tomyam Ala Thai ni pun aku nak makan nasi goreng paprik. Tapi aku tambah sikit telur mata.
nasi goreng dengan telur mata

paprik
Kalau nak datang sini, korang cari je pasaraya AEON BIG Seberang Jaya, pastu terus ke food court AEON BIG. Tak tahu AEON BIG kat mana? Nah aku kasi gps koordinat dan google map sebagai panduan korang.
gps koordinat : 5°23'19.5"N 100°24'32.5"E atau 5.388748, 100.409028
(nasi campur mami world ni salah satu kedai makan di food court tu)