Perlawanan separuh akhir kedua piala AFF Suzuki 2018, Malaysia vs Thailand yang mendebarkan

Pasukan bolasepak Malaysia, Harimau Malaya bangkit dari ketinggalan dengan penuh dramatik sebelum menyesahkan tiket ke pertandingan akhir AFF Suzuki 2018 walaupun hanya meraih keputusan seri 2-2, tetapi jaringan di tempat lawan memberi kelebihan buat pasukan harimau malaya yang beraksi dihdadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah.
Thailand memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila dua kali mendahului perlawanan menerusi jaringan Thitipan Puangchan pada minit ke-18 dan Pansa Hemviboon (m-63).
Walaupun ketinggalan, Harimau Malaya bangkit  selepas Muhammad Syahmi Safari melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk kedudukan 1-1 pada minit ke-28, sebelum Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menyamakan jaringan 2-2 pada minit ke-70.
Ketika Malaysia hampir pasti melangkah ke final, Thailand dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan selepas bola terkena tangan Muhammad Syahmi. Detik yang mendebarkan tersebut amat memberi tekanan kepada para pemain dan juga melunturkan rasa kecewa penyokong selepas dianggap berpeluang cerah untuk melangkah ke perlawaan akhir. Namun Adisak Kraisorn gagal menyempurnakannya apabila bola sekadar melewati palang gol yang memadamkan terus impian Thailand untuk melangkah ke perlawanan akhir. Gol-gol perlawanan dramatik Malaysia vs Thailand boleh tengok dalam video di bawah.

Makan malam di Nasi Lemak Royale Hijau Kuning, Alor Setar Kedah

nasi lemak royale hijau kuning Alor Setar Kedah

lauk-lauk nasi lemak royale
Nasi lemak royale ni sangat famous di Alor Setar. Banyak restoran-restoran nasi lemak royale yang ada disekitar Alor Setar. Selain Nasi Lemak Royale Hijau Kuning ni, aku dah pernah terjah Nasi Lemak Royale Jalil dan Nasi Lemak Royale tepi istana. Nasi lemak royale ni sama je dengan nasi kandar punya style. Cuma untuk Nasi lemak royale ni, diorang guna nasi lemak. Rare sikit dan hanya terdapat di Alor Setar je. Di belah-belah KL adalah satu dua restoran yang berniaga nasi lemak royale ni, tapi nak yang tulen semestinya dari Alor setar.
nasi lemak royale ayam goreng, sayur, kuah campur

nasi lemak royale ayam goreng, bendi rebus,telur masin, kuah campur
nasi lemak royale
Terbaik la....memang sedap. Boleh rasa sendiri keunikkan nasi kandar yang guna nasi lemak. Biasa kita makan nasi lemak kuah sambal je kan.... kat sini kuah campur nasi kandar style. Kepada yang nak datang ke Nasi Lemak Royale Hijau Kuning ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawwh.
kawasan makan nasi
 lemak royale
ayam goreng


gps koordinat : 6°06'19.5"N 100°21'52.3"E atau 6.105405, 100.364513

Ahmad Lim Black Pancake, Bandar Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang

Ahmad Lim Black Pancake, Bandar Sunway Seberang Jaya

pancake in action
Masa : 4ptg-11mlm ( BUKA SETIAP HARI)
Lokasi : No.3, Jalan Todak 1, Seberang Jaya, Penang (Area Sunway Carnival. Sebelah Bank Rakyat. Signboard kaler biru AHMAD LIM BLACK PANCAKE)

MENU : BLACK PANCAKE, NOODLES CINCAI & AIR
Ada banyak topping premium seperti Ovomaltine, Nutella, Toblerone, Skippy, Creamilo, Cream Cheese Cookies, Chocolecius dan Cheddar Cheese.

Noodles Cincai pulak korang boleh pilih tahap kepedasan. Beradu sesama kawan. Air rekomended sweet corn. Tapi Kalau tak suka minum manis minum je Drinking water.
Kalau Nak cari kelainan..ya di sini tempatnya. diorang memang di kenali dengan pelopor makanan-makanan unik dan viral di Malaysia bermula dengan fenomena pisang cheese lagi pisang cheese jakarta.
antara menu pilihan untuk korang cuba
black pancake

noodles cincai ikut tahap kepedasan yang
 korang boleh tahan
tudiaaaa....masuk paper

Pertanyaan Call atau WhatsApp 0192039501
Tiada delivery. Tak perlu tempah. Terus je datang kedai.

Zakaria Laksa Teluk Kechai, Jalan Kuala Kedah, Kedah

signboard Zakaria Laksa Teluk Kechai

Zakaria Laksa Teluk Kechai
Jalan-jalan mencari laksa Kuala Kedah, akhirnya terjumpa dengan Zakaria Laksa Teluk Kechai di Jalan Kuala Kedah yang nak pergi ke arah Kuala Kedah. Pada pendapat dan pemerhatian aku di Zakaria Laksa Teluk Kechai ni, tempat ni dalam kategori tempat popular la untuk destinasi para pencari makanan. Sebabnya bersusun kereta yang parking sepanjang jalan depan kedai ni untuk nak makan laksa.
Jadi jika korang di Kedah, mai le singgah makan laksa. Dalam laksa tu diorang letak apa ntah. Rasa macam sambal kelapa....warna kuning....tapi sedap la
laksa sempoi bak hang!
Sebenarnya di Zakaria Laksa Teluk Kechai ni, bukan ada laksa je.... ada juga makanan lain, tapi yang specialnya yang mesti orang akan order adalah laksa la kan. Bagi yang nak datang ke sini, aku sertakan google map dan gps koordiant sebagai panduan untuk korang.

gps koordinat : 6°05'41.7"N 100°19'11.8"E atau 6.094919, 100.319930