1

2

3

4

Showing posts with label paprik. Show all posts
Showing posts with label paprik. Show all posts

RESEPI PAPRIK DAGING

PAPRIK DAGING
PAPRIK DAGING

Bahan-bahan:
  • Daging 1/2 kg (ikut suka banyak mulut yang nak makan)
  • Bawang putih - 4 ulas
  • Bawang merah besar - 1 biji
  • Lobak merah + baby corn + kobis bunga - potong ikut suka
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 atau 2 sudu kicap lemak manis
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos Tiram
  • daun limau purut
  • Serai dan halia
  • Gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak:
  • Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan
  • Tumis bawang putih, bawang merah, serai dan halia
  • Masukkan sos cili dan sos tomato sos tiram sos ikan dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit)
  • Masukkan lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
  • Masukkan daging
  • Masukkan baby corn dan kobis bunga
  • Gula dan garam secukupnya..biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang merah
  • Kacau sedikit dan angkat
  • Nak rasa cun lagi boh cili api dan daun bawang

RESEPI PAPRIK UDANG

PAPRIK UDANG
PAPRIK UDANG

Bahan-Bahan:
  • 10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan dan digunting bahagian belakang
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1sb lada merah - yang telah dikisar
  • Sedikit cili padi - dibelah tapi jangan putus
  • 2 helai daun limau purut - disiat
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1/2 biji bawang holland - di hiris kasar
  • 2sb sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit kacang panjang, jagung muda, carrot - dipotong
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Cara-Cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bawang putih, lada kisar, cili padi, serai dan daun limau. Tumis hingga wangi. 
  • Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Bila dah mendidih, masukkan udang, bawang holand dan sayur yang telah dipotong tadi. Kacau rata dan rasakan garam.
  • Tak perlu letak garam sebab sos tiram dan sos cili dah cukup rasa masin dan manisnya.
  • Bila udang dah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.

Resepi Nasi Goreng Paprik Ala Thai

Nasi Goreng Paprik Ala Thai
Nasi Goreng Paprik Ala Thai

Bahan-Bahan: Bahan Nasi Goreng–(3 orang makan)
  • 3 mangkuk nasi
  • 2 biji bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 seduk kecil cili kering blender
  • 1 sudu besar paste tomyam
  • isi ayam (ikut selera)
  • sayur kubis (ikut selera)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • garam gula secukup rasa

Bahan Paprik Campur:
  • Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 biji cili padi (diketuk)

Cara Memasak Nasi Goreng:
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
  2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak. 

Resepi ayam paprik kelantan style

Ayam paprik kelantan style
Ayam paprik kelantan style

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan) :
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 inci kunyit
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili padi
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • sedikit belacan
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • sedikit garam, gula dan perisa
  • 1 keping asam keping 

Cara penyediaan:
  • Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
  • Goreng ayam sehingga separuh masakTumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
  • Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.Masak sehingga ayam masak sepenuhnya 

Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan, Plaza Ivory, Bukit Gambir, Gelugor, Pulau Pinang

Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan
Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan ni terletak di tingkat bawah plaza Ivory di Bukit Gambir, Gelugor Pulau Pinang. Lebih kurang macam food court la di sini. Banyak deretan kedai makan yang korang boleh pilih. Aku focus dua kedai makan ni sebab yang ni je aku try makan. Serai Thai Cafe dengan Aris Cheese Nan sebelah menyebelah jer. Mulanya aku makan di Serai Thai Cafe, kemudiannya tengok cheese nan macam sedap jer, so terjebak la nak order cheese nan.
Di Serai Thai Cafe, standard la menu diorang..makanan ala thai. Bole tengok menu Serai Thai Cafe seperti di bawah.
senarai menu Serai Thai Cafe
Dari banyak-banyak makanan dari senarai menu tu, aku just order nasi goreng ayam kunyit dan nasi paprik.
nasi goreng ayam kunyit

paprik ayam
Then order pulak cheese nan ayam tandori di gerai Aris Cheese Nan bersebelahan dengan Serai Thai Cafe. Cheese nan memang terbaik di sini. sedap dan lazat.
cheese nan ayam tandori

cheese nan yang cheese sempoi
Kepada sesiapa yang nak cuba makan di Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan ni bolehlah datang ke Ivory Plaza tingkat bawah sekali food court nih. Bertentangan dengan Plaza Ivory ni, ada bangunan yang pelik sikit macam gambar di bawah ni.
landmark bangunan yang bertentangan dengan Ivory Plaza
gps koordinat : 5°21'31.2"N 100°17'32.0"E atau 5.358657, 100.292232

Restoran Chicken Chop di Teluk Air Tawar, Butterworth Pulau Pinang


Restoran Chicken Chop, Teluk Air Tawar
Tengok restoran dan macam gempak dah.... Apa ntahnya chicken chop tu umpama menu utama yang ada di sini. Tapi sebenarnya bukan menu chicken chop je yang ada, menu lain pun ada je kat sini..saja je nama konon-konon paling special di sini adalah chicken chop. Dah disebabkan nama restoran pun chicken chop, jadi tak complete la kalau datang sini tak makan chicken chop kan....so aku pun mengoder la jugak chicken chop tu...
ni la rupanya chicken chop yang dihidangkan untuk aku
Aku datang restoran ni bukan semata-mata nak makan chicken chop je, jadi aku order juga menu lain sebagai menu tambahan makan malam aku iaitu nasi goreng paprik dan set nugget.
nasi goreng paprik

set nugget
Kepada yang nak cuba makan di Restoran Chicken Chop Shop ni, boleh datang ke Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Aku kasi kat korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°29'34.1"N 100°23'01.5"E atau 5.492796, 100.383742