Showing posts with label Butterworth. Show all posts
Showing posts with label Butterworth. Show all posts

Nasi Kandar Jalil, Bagan Dalam, Butterworth Pulau Pinang

Nasi Kandar Jalil
Nasi Kandar Jalil

Nasi Kandar Jalil
Nasi Kandar Jalil
Nasi Kandar Jalil ni terletakn di Bagan Dalam, Butterworth, Pulau Pinang. Rare sikit nasi kandar ni sebab duduk dalam kawasan rumah flat. Macam nasi kandar kampung melayu, restoran dalam kawasan rumah flat jugak. Aku pun tak tahu menahu pasai nasi kandar jalil ni..Aku terjah ni pun sebab tertengok salah satu youtuber popular pernah datang review sini😎😎😎
masakan lauk nasi kandar
masakan lauk nasi kandar

masakan lauk nasi kandar
masakan lauk nasi kandar
Bagi aku lauk nasi kandar takde la banyak sangat di Nasi Kandar Jalil ni...Tapi ayam goreng ni memang padu la...rare sikit dari ayam nasi goreng tempat lain. Walaubagaimanapun, lauk yang ada ni pun ok gak la nak layan nasi kandar terutamanya disebelah tanah besar ni...
nasi kandar ayam goreng, bendi rebus, cabai hijau, nasi tambah
nasi kandar ayam goreng, bendi rebus, cabai hijau, nasi tambah

nasi kandar ayam goreng, bendi rebus, telur masin
nasi kandar ayam goreng, bendi rebus, telur masin
ok lah, kalau korang pun nak layan juga nasi kandar jalil ni, boleh cari di flat Bagan Dalam, Butterworth yang beralamat B-G-07, Pangsa Sri Bagan, Kampung Bagan Dalam, 12100 Butterworth, Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS Koordinat : 5.392489901772163, 100.37092286433335

Kari kepala ikan padu!πŸ˜‹ di Restoran Pen Mutiara, Taman Selat, Butterworth

Restoran Pen Mutiara, Taman Selat, Butterworth
Restoran Pen Mutiara, Taman Selat, Butterworth
Restoran Pen Mutiara ni terletak di Jalan Selat, Taman Selat, 12000 Butterworth, Penang. Menu padu diorang semestinyalah kari kepala ikan. Jadi korang wajib untuk order kari kepala ikan kalau datang ke sini. Aku pernah review Pen mutiara Taman Selat ni dulu dalam blog aku ni. Boleh rujuk posting tu DISINI. Posting tu tahun 2018.
Ada satu lagi Restoran Pen Mutiara di Batu Maung. Yang di Batu Maung ni menang agak besar gak la..dah macam makan dalam hotel. yang ni pun aku dah pernah review. Boleh tengok posting tu DISINI. Posting ni tahun 2020.
menu set kari kepala ikan
menu set kari kepala ikan
Aku pilih menu set kari kepala ikan yang bersekali dengan telur dadar, sayur campur dan sotong goreng tepung. Kari kepala ikan tu diorang masak panas-panas dalam mangkuk yang besar. Memang sedap bang!.
kari kepala ikan
kari kepala ikan

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

telur dadar
telur dadar

sayur campur
sayur campur
Kalau nak datang ke restoran Pen Mutiara yang di Butterworth ni, korang boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat: 5°24'06.4"N 100°22'03.5"E atau 5.401783, 100.367639

Gerai Simpang Maklom, Butterworth

 

Gerai Simpang Maklom
Gerai Simpang Maklom

Gerai Simpang Maklom
Gerai Simpang Maklom

Gerai Simpang Maklom ni terletak betul-betul di simpang traffic light Kampung Sungai Puyu, Butterworth Pulau Pinang. Sebenarnya ada banyak stall di bawah satu bumbung ni. Semuanya sedap-sedap belaka. Yang paling power dari review blog yang aku baca adalah cendol maklom. Tapi sayang masa aku datang stall cendol tak buka plak.
Selain cendol, ada banyak lagi yang viral sedap di sini. Antaranya cucur udang, bihun sup dan apam balik pun sedap.
cucur udang
cucur udang

bihun sup perut
bihun sup perut
Parking susah sikit la di sini. Sukar nak dapatkan parking kat tepi-tepi jalan. Tambahan pulak gerai maklom ni betul-beul disimpang jalan. Alternatif korang boleh parking dekat lot parking kedai di seberang jalan. Tapi kena lintas jalan sikit la. Hati-hati bagi yang bawa anak kecil masa nak lintas jalan.
gerai cucur udang
gerai cucur udang

gerai apam balik
gerai apam balik
Kepada yang nak mencari Gerai Simpang Maklom, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

gps koordinat : 5°27'04.2"N 100°24'06.9"E atau 5.451163, 100.401922


Noor Mee Sotong (Restoran Noor Mohamed), Butterworth

Noor Mee Sotong, Buterworth
Mee goreng yang rare sikit di Pulau Pinang, depa panggil mee sotong. Sebenarnya mee mamak yang dimakan dengan sambal sotong. Boleh cari di Penang. Yang aku pergi ni, boleh la aku share sikit dalam blog ni. Noor Mee Sotong atau pun boleh cari Restoran Noor Mohamed yang terletak di Butterworth Pulau Pinang.
Mee sotong kat sini memang terbaik sedap. Selain mee sotong, ada juga menu-menu lain seperti pasembur (orang KL panggil rojak), cendol, ais kacang.
pasembor
Menu-menu lain yang sempat aku snap, boleh tengok kat bawah ni,
menu restoran noor mohamed
Kalau nak cam macam mana rupanya restoran Noor Mohamed ni, boleh tengok gambar kat bawah ni pulak.
Noor Mee Sotong (Restoran Noor Mohamed)

Noor Mee Sotong (Restoran Noor Mohamed)
Boleh cari Noor Mee Sotong ni di Butterworth, Pulau Pinang. Boleh rujuk google map seperti di bawah ni. GPS koordinat pun ada.
gps koordinat : 5°24'46.8"N 100°22'21.4"E atau 5.412997, 100.372603

Nasi Kandar Jamal Mohamed, Butterworth Pulau Pinang

Nasi Kandar Jamal Mohamed

lauk-lauk nasi kandar, kuah mesti mau campur
Nasi Kandar Jamal Mohamed, 4846 Jalan Kampung Benggali, Kampung Benggali, 1200 Butterworth, Pulau Pinang. Tu alamat lengkap aku bagi Nasi Kandar Jamal Mohamed ni. Dekat sebelah tanah besar ni, restoran ni kira mendapat sambutan jugak la. Biasa yang lagi padu nasi kandar yang sebelah pulau tu. Nasi kandar Jamal Mohamed kira nasi kandar turun temurun la. Resepi yang diwarisi.
nasi kandar ayam masak hitam, bendi rebus
Yang menariknya, restoran jamal mohamed ni sebenarnya adalah owner nasi kandar pokok ketapang yang famous tu. Cuma yang nasi kandar pokok ketapang ni buka bermula 11 malam. Lokasi pokok ketapang tu hanya 100m dalam restoran jamal mohamed tu. Lain kali kalau berkesempatan aku datang review yang pokok ketapang ni pulak.
Untuk ke sini, selain alamat yang aku dah bagi tu, korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.
gps koordinat : 5°24'36.7"N 100°22'19.8"E atau 5.410201, 100.372152

Restoran Chicken Chop di Teluk Air Tawar, Butterworth Pulau Pinang


Restoran Chicken Chop, Teluk Air Tawar
Tengok restoran dan macam gempak dah.... Apa ntahnya chicken chop tu umpama menu utama yang ada di sini. Tapi sebenarnya bukan menu chicken chop je yang ada, menu lain pun ada je kat sini..saja je nama konon-konon paling special di sini adalah chicken chop. Dah disebabkan nama restoran pun chicken chop, jadi tak complete la kalau datang sini tak makan chicken chop kan....so aku pun mengoder la jugak chicken chop tu...
ni la rupanya chicken chop yang dihidangkan untuk aku
Aku datang restoran ni bukan semata-mata nak makan chicken chop je, jadi aku order juga menu lain sebagai menu tambahan makan malam aku iaitu nasi goreng paprik dan set nugget.
nasi goreng paprik

set nugget
Kepada yang nak cuba makan di Restoran Chicken Chop Shop ni, boleh datang ke Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Aku kasi kat korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°29'34.1"N 100°23'01.5"E atau 5.492796, 100.383742
                                                                            

Makan Yong Tau Foo famous Bagan Ajam, Pulau Pinang

Yong Tau Foo Bagan Ajam
Yong tau foo ni start beroperasi pukul 4 petang. Sesuai la yong tau foo ni untuk makan petang-petang. Kedai yong tau foo ni sebenarnya terletak dalam medan selera a.k.a food court atau lebih spesifik medan selera ni, diorang panggil Taman Selera EMBA. Sampai sekarang aku masih compius kenapa diorang panggil taman, tempat makan kot..Lokasinya di area Pantai Bersih Bagan Ajam, cxamndsx,xdlrdmButterwoth. Korang kena masuk agak ke dalam sikit. Dekat area tu ada dua food court yang berdekatan. Korang kena cari fourt macam gambar yang aku snap kat bawah ni.

Taman Selera EMBA Bagan Ajam (food court a.k.a medan selera)
Food ni betul-betul bertentangan dengan rumah flat dan juga berdekatan dengan sekolah Men. Keb. Dato' Onn. Yong tau foo ada dekat kedai hujung kiri. Nak pilih yong tau foo ni kena beratur dulu. Lepas dah pilih semua bahan yang korang suka tadi, seterusnya korang kena pilih nak makan yong tau foo sama ada dengan mee. bihun ataupun koay teow. Lagi satu kuah di sini guna kuah sup. Kuah sos hitam pekat tu takde ek kat sini. Dah settle pilih semua bagai, nanti diorang akan hantar makanan tu ke meja korang. Harga semangkuk yong tau foo tu ada di selit di bawah mangkuk tu. Harga ikut apa yang korang pilih tadi la kan.
semangkuk yong tau foo

dari dalam food court, boleh nampak rumah flat

ada banyak deretan kedai makan dalam Taman Selera EMBA
Selain yong tau foo, korang boleh juga try makan makanan yang lain di Taman Selara EMBA ni. Aku nak cuba makan cucur udang...ada orang cakap cucur udang pun sedap kat sini. Tapi malangnya kedai cucur udang tak buka pulak. So, aku terjah la pulak kedai mee goreng. Mee goreng pun sedap beb...aku suka la...kalau datang sini lagi boleh repeat makan mee goreng ni lagi. 

mee goreng
Jika korang nak datang ke sini, dan tak tahu Bagan Ajam tu kat mana...korang boleh guna gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°26'51.4"N 100°22'48.4"E

Makan malam char koay teow di Teluk Air Tawar, Butterworth Pulau Pinang

Char Koay Teow Teluk Air Tawar
Teringin nak makan char koay teow? Aku rekomen kat korang Kedai char koay teow di Teluk Air Tawar, Butterworth Pulau Pinang. Jangan takut nak makan sebab depa kata teloq kami basuh. Taktau la basuh teloq yang mana satu...kui kui kui...
malam-malam meriah dengan orang ramai
Char koay teow ni sinonim la dengan atmosphere Pulau Pinang. Pendek kata, kalau dah sampai pulau pinang, selain nasi kandar, tak pekena char koay teow, tak lengkap la lawatan muhibah korang ke Pulau Pinang ni. Di char koay teow Teluk Air tawar ni,     gerai ni macam seolah-olah   kawasan medan selera.Tetapi menu utama adalah char koay teow.
Aku tak pasti ada berapa ramai yang berniaga char koat teow, yang aku pasti, aku duduk betul-betul depan kedai yang tulis Mail 07 Char Koay Teow. So char koay teow aku datang dari kedai Mail 07 ni. 
Macam biasa, korang boleh pilih sama ada nak pinggan besar or nak pinggan kecil, dan juga ada menu special char koay teow. Selain tu, kalau taknak makan char koay teow, boleh je korang order menu makanan yang lain, cuma lebih baik makan char koay teow yang dah memang specialist diorang ni.
Menu Mail 07 Char Koay Teow

galeri gambar selebriti yang pernah hadir ke Char Koay Teow Teluk Air Tawar ni
Ada satu sudut yang pamerkan geng-geng selebriti yang pernah datang ke tempat diorang. Ada juga keratan akhbar yang menunjukkan Char Koay Teow Teluk Air Tawar ni pernah mendapat liputan dari wartawan.
sedap bak hang char koay teow niiiii......

sepinggan char koay teow
Lokasi Char Koay Teow ni betul-betul dekat dengan traffic light simpang tiga di Teluk Air Tawar Butterworth Pulau Pinang. Jika korang tak biasa dengan kawasan ni, boleh la guna gps koordiant dan juga google map yang dah aku sediakan untuk korang.
gps koordiant Char Koay Teow Teluk Air Tawar : 5°29'14.4"N 100°23'00.9"E

Kari yang terlajak sedap di Restoran Pen Mutirara di Taman Selat Butterworth Pulau Pinang

Restoran Pen Mutiara ni sebenarnya inisiatif Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Menu yang ada di sini sama saja dengan menu-menu di restoran lain. Tapi di restoran Pen Mutiara ni, satu menu yang menjadi tarikan pengunjung/pelanggan yang datang ke sini adalah karinya. Tak kira la kari apapun, kari kepala ikan ke atau apa saja kari....memang terbaik la kari diorang ni...
Restoran Pen Mutiara, Taman Selat Butterworth, Pulau Pinang

inisiatif dari Lembga Kemajuan Ikan Malaysia
Restoran ni adalah restoran dua tingkat. Di tingkat atas ada aircond. Kadang-kadang ada juga orang buat event kat tingkat atas tu. Segala fasiliti untuk event, macam PA system dan sebagainya disediakan oleh pihak restoran. 
Untuk makan petang aku sekarang ni, aku just order yang simple je....menu aku kari ikan bawal, sotong goreng tepung dan sayur kailan ikan masin.....kari memang meletop la...sotong goreng tepung pun boleh tahan sedap.....
kari ikan bawal

sotong goreng tepung

sayur kailan ikan masin
Antara gambar-gambar lain yang aku sempat snap, aku combine kan seperti di bawah ni.....
pen mutiara
Lokasi seperti yang telah aku bagitau tadi yaitu di Taman Selat, Butterworth Pulau Pinang. Bagi yang tak biasa datang, boleh je guna terus gps koordinat yang aku sertakan, juga boleh rujuk google map sebagai panduan...

gps koordinat restoran Pen Mutiara : 5°24'06.4"N 100°22'03.7"E