1

2

3

4

Showing posts with label chicken chop. Show all posts
Showing posts with label chicken chop. Show all posts

Stall Jan's Chicken Chop depan Restoran Bertam Corner, Bertam Perdana 3, Kepala Batas

 

Stall Jan's Chicken Chop, Bertam Perdana 3
Stall Jan's Chicken Chop, Bertam Perdana 3

Menu Jan's Chicken Chop
Menu Jan's Chicken Chop
Jarang kita tengok stall tepi jalan yang jual chicken chop kan...Tapi di Bertam Perdana 3, Kepala Batas ni, ada satu stall yang diorang buka betul-betul depan restoran Bertam Corner menyediakan menu western food. Menu utama diorang chicken chop ler... rare kan stall ni..korang boleh cari di sini jer...mungkin di tempat lain pun ada, cuma tak ramai yang buka stall jual chicken chop.
cheezy meat ball
cheezy meat ball

chicken chop
chicken chop

black pepper sos dan coleslaw
black pepper sos dan coleslaw
Ni aku try chicken chop diorang, padu gak la.....selain tu aku try gak cheezy meat ball.. pun sedap gak. Ramai gak orang yang beli chicken chop diorang ni. Semoga diorang istiqamah jual makanan western food jalanan ni..

GPS koordinat: 5°31'41.7"N 100°28'15.0"E atau 5.528244, 100.470834

Resepi Chicken Chop

Chicken Chop
Chicken Chop

Untuk hidangan 2 Orang :

Bahan-Bahannya :
  • 2 peha ayam (buang tulang @ debone)
  • 1 biji telur
  • Sedikit lada sulah (black pepper)
  • 10 keping biskut tawar (dikisar @ pecah-pecahkan)
  • sedikit Lea & Perrin atau tepung (untuk disapu pada ayam)
Cara memasak ayam :
1. gaul perap ayam yang telah di debone tadi dengan serbuk lada, sedikit garam dan lea & perrin @ tepung.
2. ketuk-ketuk (chop) sikit ayam tadi agar perasanya meresap dan daging menjadi sekata
2. pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit.
3. celupkan ayam tadi ke dalam telur.
4. kemudian salutkan ayam dengan biskut yang telah dipecah-pecahkan tadi hingga sekata.
5. panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana agar ayam tersebut masak dengan sekata. bila dah kekuningan warna Chicken Chop tu angkat dan ketepikan dahulu.

Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)
Bahan-bahannya :
  • 1 botol sos lada hitam
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 tin cendawan butang (tak pakai pun tak apa)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (potong dadu)
  • sedikit minyak masak untuk tumis
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara membuat sos :
1. tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2. masukkan sedikit sos lada hitam ke dalam kuali.
3. masukkan air, lebih kurang 2 gelas.
4. cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya.
5. masukkan cendawan ke dalam kuali dan didihkan.
6. bancuh tepung jagung dgn sedikit air, masukkan ke dalam kuali. Segera, kacaukan semua bahan dalam kuali tadi hingga jadi pekat macam sos.
7. garam dan gula secukup rasa.
8. hidangkan. 

Restoran Chicken Chop di Teluk Air Tawar, Butterworth Pulau Pinang


Restoran Chicken Chop, Teluk Air Tawar
Tengok restoran dan macam gempak dah.... Apa ntahnya chicken chop tu umpama menu utama yang ada di sini. Tapi sebenarnya bukan menu chicken chop je yang ada, menu lain pun ada je kat sini..saja je nama konon-konon paling special di sini adalah chicken chop. Dah disebabkan nama restoran pun chicken chop, jadi tak complete la kalau datang sini tak makan chicken chop kan....so aku pun mengoder la jugak chicken chop tu...
ni la rupanya chicken chop yang dihidangkan untuk aku
Aku datang restoran ni bukan semata-mata nak makan chicken chop je, jadi aku order juga menu lain sebagai menu tambahan makan malam aku iaitu nasi goreng paprik dan set nugget.
nasi goreng paprik

set nugget
Kepada yang nak cuba makan di Restoran Chicken Chop Shop ni, boleh datang ke Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Aku kasi kat korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°29'34.1"N 100°23'01.5"E atau 5.492796, 100.383742
                                                                            

Merasai keenakan masakan barat (western food) di restoran LeBOSS Sungai Petani Kedah

Dah 2-3 kali aku datang sini untuk makan western food. Antara restoran pilihan yang menyediakan hidangan western food ni di sebelah utara yang terletak di Sungai Petani, Kedah..sesuai untuk makan seisi keluarga..couple mengcouple pun sesuai gak dengan keadaan yang tenang je untuk menikmati makanan kat sini..deco dalaman pun agak unik, lain dari yang lain...
LeBOSS restaurant, Sungai Petani Kedah
Suasana/deco dalam restoran LeBOSS
Biasanya kalau aku datang sini, aku akan order beef steak ataupun lamb chop, tapi kali ni aku nak try pulak makan burger...aku oder cheesy beef burger, harga burger ni RM21.90....first time makan burger harga camni..hahahahaha...anak aku feveret dia chicken chop je yang dia tau makan...chicken chop aku order 2 set, sos black pepper dengan sos mushroom...tak lupa jugak garlic bread cicah mushroom sup yang dabooom....
Kat bawah ni, aku sertakan gambar-gambar menu yang aku order untuk kami satu keluarga makan...........

makanan barat (western food) kita pakat pekena di BIGBOB CAFE Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang

Terletak di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Sebelum ni beroperasi di kiosk bertam, gerai hujung sekali sebelum berpindah ke gerai yang lebih besar...di bertam jugak tempat baru ni....cuma ia lebih selesa sikit kalau nak compare dengan tempat lama...
     
Bigbob Cafe Bertam

lebih luas dah selesa

Waktu operasi Bigbob Cafe
Makanan barat aka western food, korang petik je, semua ada kat sini..tapi harga boleh tahan gak la..standard restoran mahal-mahal harga kat bigbob ni...so kalau nak masuk check dulu sen-sen dalam poket kot-kot tak cukup plak nanti...anyway, kalau tengok presentation makanan yang diorang hidangkan, memang diorang berusaha sedaya upaya untuk buat cam kat hotel...hihihi..dari segi rasa plak, aku rasa ok la...nora kasi 4 bintang..sedap gak la..
Ok la..cerita panjang tak guna,..korang boleh tengok sendiri western food yang aku order ni...kos untuk menu yang aku order ni, kalau tak silap dalam RM100++ gak la...aku makan satu famili aku...jemput la tengok yer.....