Showing posts with label Batu Ferringhi. Show all posts
Showing posts with label Batu Ferringhi. Show all posts

Makan malam di Santai-Santai Cafe, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

 

makan tepi pantai
makan tepi pantai

Santai-Santai Cafe, Batu Ferringhi
Santai-Santai Cafe, Batu Ferringhi
Santai-Santai Cafe ni terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Kalau nak cari Santai-Santai Cafe ni, korang boleh cari dibelakang hotel Park Royal. Aku check in hotel Park Royal ni, nak makan kat hotel mahal sangat. Jadi aku makan kat luar jer la...dari Park Royal tu aku jalan kaki je untuk ke Santai-Santai Cafe ni....Walaupun tempat akan tersorok sikit, tetapi tetap ramai orang datang untuk makan di sini. Yang bestnya, korang boleh makan sambil menikmati deruman ombak dan angin laut...Disebabkan aku datang waktu malam, jadi tak nampak sangat la laut tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
pemandangan pantai waktu malam
pemandangan pantai waktu malam

meja-meja makan memang atas pasir pantai
meja-meja makan memang atas pasir pantai
Makanan di sini pun sedap-sedap... aku order siakan 3 rasa, tomyam ayam dengan sayur kangkung belacan...3 ni pun dah buat aku kekenyanganπŸ˜…πŸ˜…
sayur kangkung belacan
sayur kangkung belacan

tomyam ayam
tomyam ayam

siakap 3 rasa
siakap 3 rasa
Kepada yang nak try makan di Santai-Santai Cafe ni, boleh cari di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Boleh rujuk GPS koordiant dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat:5°28'17.2"N 100°14'38.6"E atau 5.471449, 100.244059

https://maps.app.goo.gl/aZTDrEML741A68D28


Restoran Abah Batu Feringghi, makan malam tumpuan oleh penginap hotel berdekatan

Restoran Abah Batu Feringghi
Restoran Abah Batu Feringghi

Restoran Abah Batu Feringghi
Restoran Abah Batu Feringghi
Restoran Abah ni terletak betul-betul di depan hotel Bay View, Batu Feringghi. Malam-malam memang menjadi tumpuan la dari penginap hotel. Nak makan kat hotel mahal sangat, jadi cari la restoran yang dekat depan-depan tu...murah la sikit kan....πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
antara menu-menu restoran abah
antara menu-menu restoran abah
Korang nak makan ikan bakar pun ada di sini...aku dengan famili aku makan masakan goreng-goreng saja...sekadar makan malam simple-simple....
bihun goreng
bihun goreng

paprik campur
paprik campur

nasi goreng paprik daging
nasi goreng paprik daging

tomyam campur
tomyam campur
GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

https://maps.app.goo.gl/2iS5eHGci6czzmEG9

GPS koordinat: 5.466277060821418, 100.24204985958862

Makan Tengahari di gerai Nasi Campur Umi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

 

gerai Nasi Campur Umi
gerai Nasi Campur Umi

gerai Nasi Campur Umi
gerai Nasi Campur Umi
Gerai Nasi Campur Umi ni adalah port untuk korang nak makan tengahari di Batu Ferringhi ni...Waktu pagi diorang ada buat jugak menu sarapan..tapi kali ni aku datang tengahari untuk makan tengahari..Ini pun aku jumpa dari hasil googlelan aku...Dah ada orang review berkenaan Nasi Campur Umi ni sama ada dalam blog, youtube, ataupun media sosial yang lain...

Rare sikit la gerai ni...tengah-tengah tu ada longkang besarπŸ˜…...Dari segi lauk pauk pulak, ada pelbagai jenis pilihan jugak la...

antara aluk pauk makanan tengahari Nasi Campur Umi
antara aluk pauk makanan tengahari Nasi Campur Umi

makanan tengahari aku...
makanan tengahari aku...
Landmark korang nak cari gerai Nasi Campur Umi ni senang jer..first korang cari stesen minyak petronas, then korang belok masuk simpang tu...cari 7 Eleven, gerai Nasi Campur Umi ni bertentangan dengan 7 Eleven ni...
bertentangan dengan 7Eleven
bertentangan dengan 7Eleven
GPS koordinat dan google map gerai Nasi Campur Umi adalah seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5°28'31.0"N 100°15'09.4"E atau 5.475267, 100.252600


Starbucks Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Starbucks Batu Ferringhi
Starbucks Batu Ferringhi

Starbucks Batu Ferringhi
Starbucks Batu Ferringhi
Peminat coffee Starbuck di Batu Ferringhi sekarang dah tak payah pergi jauh-jauh...sebabnya di Batu Ferringhi ni dah ada Cafe Starbuck. Kalau sebelum ni belum pernah ada..semenjak lepas PKP, dah ada satu di Batu Ferringhi...Boleh lepak santai-santai, dalam cafe ni pun agak luas dan selesa dan jugak berhawa dingin (ada aircond ler tu)πŸ˜…....
pintu belakang Starbuck
pintu belakang Starbuck
Kalau keluar ikut pintu belakang ni, korang akau terus ke kawasan pantai...boleh OOTD kat situ sambil tanyang coffee starbuckπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...
tudiaaa...air starbuck yang aku borang
tudiaaa...air starbuck yang aku borang

donut dan jumbo croissant
donut dan jumbo croissantπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Standard la coffee mahal dan premium ni...mesti la sedapkan...kena la dengan harga dia pun..kira level T20 punya hargaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...
produk-produk starbuck
produk-produk starbuck

ruang untuk layan coffee yang luas dan selesa
ruang untuk layan coffee yang luas dan selesa
Kepada korang yang ada di area Batu Ferringhi ni, senang jer nak cari Starbuck ni, di tepi jalan utama jer...mesti korang akan perasan starbuck ni....tapi seperti biasa dalam blog aku ni, aku sertakan juga GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5.473436280123182, 100.24709375573563

Kedai makan di Jalan Teluk Bahang, tepi pandai....boleh mandi laut

 

di tepi pantai yang indahhh...
di tepi pantai yang indahhh...

kedai makan...lebih kurang macam food court la
kedai makan...lebih kurang macam food court la
Port ni memang port orang datang untuk mandi laut...Pantai di sini pun bersih jer....disamping ada disediakan bilik mandi untuk korang nak mandi lepas mandi laut...rasa melekit badan dgn air garam kalau tak mandi dengan air paipπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...tapi kena bayar ek..bukan free....Biasa akan ramai orang mandi waktu pagi dan petang la....masa aku datang ni tengahari, matahari pacak atas kepala...tu pun ada jugak yang tengah mandi laut😱😱😱
gerai yang menjual makanan di sini
gerai yang menjual makanan di sini

makan sambil mengadap laut
makan sambil mengadap laut 
Banyak juga menu di kedai makan ni...ada makanan yang santai-santai, macam laksa, cucur udang hingga ke makanan yang berat...makanan al tom yam pun ada...ikan bakar pun ada...

Di sebabkan aku sesaja je nak santai-santai lepak depan laut ni, so aku just order makanan yang santai-santai jer...aku try laksa, cucur udang, cendol dan coconut shake.

cucur udang
cucur udang

coconut shake
coconut shake

cendol
cendol

laksa
laksa
Landmark tempat ni, korang boleh cari Tropical spice garden....Kedai makan di betul-betul di depan Tropical Spice garden ni yang bertentangan antara satu sama lain...
Tropical spice garden
Tropical spice garden
Sempoi la tempat ni untuk korang lepak-lepak santai sambil makan dan juga mandi laut....Kat mana ni???... Kedai makan ni berada diantara Batu Ferringhi dan teluk bahang...dan jalan ni pun adalah Jalan Teluk Bahang....GPS koordinat dan google map lokasi ni boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°27'48.5"N 100°13'37.0"E atau 5.463460, 100.226947

Gerai makan Yok D' Corner Stall, depan Stesen minyak petronas, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Yok D' Corner Stall - depan stesen minyak petronas Batu Ferringhi
Yok D' Corner Stall - depan stesen minyak petronas Batu Ferringhi

Yok D' Corner Stall
Yok D' Corner Stall
Ni memang port makan untuk orang-orang yang check in hotel di area Batu Ferringhi ni...Al maklum la nak makan di hotel, mahal sangat...orang have-have jer yang boleh makan di hotel....Jadi, kalau nak makan malam, Gerai depan stesen minyak petronas ni yang antara tumpuan orang ramai untuk makan malam...Kalau korang check in hotel The Golden Sand, lagi la senang...jalan kaki jer sebab memang bertentangan dengan hotel ni....
menu makanan di Yok D'Corner Stall
menu makanan di Yok D'Corner Stall
Menu di gerai ni, macam kat dalam gambar kat atas ni..so korang tengok menu tu, order je apa yang tertulis dalam tu...macam aku, aku order nasi goreng special, nasi goreng kampung, char koay teow, megi goreng dan koay teow goreng......
char koay teow
char koay teow

megi goreng
megi goreng

nasi goreng kampung
nasi goreng kampung

koay teow goreng
koay teow goreng

nasi goreng special
nasi goreng special
Begitu la makan malam aku...makan selesai lah makan malam aku untuk hari tu😁😁😁😁...Kepada yang nak tahu kat mana gerai ni...cari jer stesen petronas Batu Ferringhi atau korang boleh guna GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°28'33.4"N 100°15'06.2"E atau 5.475953, 100.251722

Mee Goreng Mohammad Noorullah, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Gerai Mee Goreng Mohammad Noorullah
Gerai Mee Goreng Mohammad Noorullah
Ni antara port mee goreng yang korang kena try kalau ada di area Batu Ferringhi ni.. Gerai ni buka dari jam 12 tengahari hingga 12 malam setiap hari...Lokasi gerai ni betul-betul di simpang Jalan Batu Ferringhi. Landmark simpang tu, korang akan perasan ada Kedai Runcit Keisha.
kedudukan gerai mee goreng Mohammad Noorullah di Simpang Jalan Batu Ferringhi
kedudukan gerai mee goreng Mohammad Noorullah di Simpang Jalan Batu Ferringhi
Selain mee goreng, ada juga koay teow goreng, bihun goreng, megi goreng, mee rebus dan pasembur...Boleh nak bungkus, boleh juga nak makan di situ..ada disediakan beberap kerusi meja untuk yang nak dine in...
nampak kemas dan bersih pakcik ni buat kerja
nampak kemas dan bersih pakcik ni buat kerja
Kepada yang nak ke gerai Mohammad Noorullah ni, boleh cari di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°28'14.8"N 100°14'44.1"E atau 5.470784, 100.245587

Kedai makan depan Hotel Park Royal, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

 

kedai makan depan hotel park royal
kedai makan depan hotel park royal

kedai makan depan hotel park royal
kedai makan depan hotel park royal
Kedai makan ni depan hotel park royal... takde la betul-betul depan sangat, tapi depan la. Aku duduk hotel park royal tu. Makan malam takan nak makan kat hotel, bjet tak cukup😩😩😩.. Nak keluar cari nasi kandar jauh plak, jadi aku cari je kat depan-depan hotel..jalan kaki jer...dan terjumpa la kedai makan ni... tapi aku conpius nama kedai makan ni..macam-macam namaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.. kat scan QR code mysejahtera nama lain, kat dalam buku menu nama lain, jadi aku panggil kedai ni 'kedai makan depan park royal' je lah😁
menu 1
menu 1

menu 2
menu 2

menu 3
menu 3
Selain menu kat atas tu, ada juga pasembor..tapi tokey lain la, menumpang kat kedai yang sama. Aku just makan simple-simple je.
french fries
french fries

pasembor
pasembor

ayam goreng kunyit
ayam goreng kunyit

mee goreng
mee goreng

ayam masak halia
ayam masak halia
Nak cari kedai ni, mudah saja...landmark hotel park royal. GPS koordinat dna google map boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°28'21.5"N 100°14'50.1"E atau 5.472646, 100.247246