1

2

3

4

Showing posts with label aeon big seberang jaya. Show all posts
Showing posts with label aeon big seberang jaya. Show all posts

Nasi Kandar Hussain, AEON BIG Seberang Jaya


Restoran Hussain Nasi Kandar di AEON BIG Seberang Jaya
Satu alternatif untuk peminat nasi kandar yang berada di Area Permatang Pauh, Restoran Hussain Nasi Kandar ada di medan selera/food court AEON BIG Seberang Jaya. Banyak juga pilihan lauk nasi kandar di sini. Nasi briyani pun ada.
nasi briyani, hussain nasi kandar
Nak datang ke sini, senang je.... cari AEON BIG Seberang Jaya. Aku sertakan juga gps koordinat dan google map sebagai rujukan.
gps koordinat : 5°23'20.3"N 100°24'32.6"E atau 5.388963, 100.409068

Kak Gee Pasta, Asam Pedas Johor, Aeon Big, Seberang Jaya

Kak Gee Pasta, Asam Pedas Johor
Kak Gee Pasta - Asam Pedas Johor ni terletak di food court AEON BIG Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dekat Sini ada asam pedas yang di masak panas-panas. Jenis ikan boleh pilih sendiri. Selain tu, ada juga pasta. Gambar di bawah ni adalah menu di Kak Gee Pasta-Asam Pedas Johor.
menu
Lokasi AEON BIG Seberang Jaya ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni. Semoga bermanafat.
gps koordinat : 5°23'20.3"N 100°24'32.6"E atau 5.388963, 100.409068

Kalau nak makan masakan ala thai waktu tengahari di Seberang Jaya, mai makan di fourt court AEON BIG


Selera Tomyam Ala Thai, di food court AEON big Seberang Jaya
Kalau nak makan masakan ala thai waktu tengahari di Seberang Jaya, mai makan di fourt court AEON BIG. Salah satu gerai di food court ni iaitu Selera Tomyam Ala Thai, menyediakan aneka makanan/masakan ala thai. Yang bestnya di sini, korang boleh makan waktu tengahari. Biasanya la kan, kedai makan ala thai di kebanyakan tempat petang baru buka. Tak banyak yang buka dari awal pagi.
Makanan di sini sedap-sedap jugak. Korang boleh tengok senarai menu seperti dalam gambar di bawah ni.
Senarai menu makanan
Menu piliha aku kalau pergi mana-mana restoran masakan ala thai, biasanya aku pilih untuk makan nasi goreng paprik. So di Selera Tomyam Ala Thai ni pun aku nak makan nasi goreng paprik. Tapi aku tambah sikit telur mata.
nasi goreng dengan telur mata

paprik
Kalau nak datang sini, korang cari je pasaraya AEON BIG Seberang Jaya, pastu terus ke food court AEON BIG. Tak tahu AEON BIG kat mana? Nah aku kasi gps koordinat dan google map sebagai panduan korang.
gps koordinat : 5°23'19.5"N 100°24'32.5"E atau 5.388748, 100.409028
(nasi campur mami world ni salah satu kedai makan di food court tu)

Makan tengahari nasi campur mami world, AEON Big Seberang Jaya

Nasi Campur mami world
Kalau nak makan tengahari nasi campur dekat tempat yang sejuk ada aircond, boleh la datang ke gerai Nasi Campur Mami World di food court (medan selera) AEON Big, Seberang Jaya. Satu-satunya nasi campur melayu di situ. Satu lagi adalah nasi kandar Hussain. Nasi Campur Mami World ni pun sedap jugak la. Yang unik sikit, korang boleh makan guna pinggan besar. Tapi kalau tak suka pinggan besar, boleh je ambil pinggan yang saiz biasa.
pelbagai lauk dan senarai harga Nasi Campur Mami World

sepinggan besar nasi campur 
Golongan wanita syok makan sini, sebab lepas makan boleh terus shopping dalam AEON Big hihihii...food court ni kalau tengok waktu tengahari memang ramai la orang datang makan terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta. Waktu lunch la katakan. Tambah-tambah kalau waktu hujan, susah nak parking or nak kena meredah hujan di tempat makan kat luar tu, lebih baik datang food Aeon Big jer, tak kena hujan langsung..
gps AEON Big Seberang Jaya : 5°23'20.2"N 100°24'32.8"E

Mee Rebus Pak Ngah di food court AEON BIG Seberang Jaya Pulau Pinang

Saja nak bagitau je Mee Rebus Pak Ngah Sungai Dua pun ada kat Aeon big ni...Yang Mee Rebus Pak Ngah yang kat Sungai Dua tu pun aku dah review...klik SINI kalau nak tengok yang kat Sungai Dua tu....
Mee Rebus Pak Ngah Sungai Dua di Food Court AEON BIG Seberang Jaya

Senarai menu dan harga
Aku order mee goreng dengan mee rebus...resepi dan rasa sama je aku rasa cam makan kat Sungai Dua tu...Bahan-bahan mentah yang digunakan diambil dari pengedar bumiputra yang halal..so boleh makan tanpa was-was..hihihihi...
Mee Goreng

Mee Rebus
Yang tak bestnya, aku order 2 gelas air suam kat kiosk yang jual air (bukan kat mee pak ngah ni), harga 2 gelas air suam tu RM1, maknanya segelas air suam 50sen.....perghhhhh
Air suam mahal (2 gelas seringgit)
5°23'20.2"N 100°24'32.7"E