1

2

3

4

Showing posts with label cucur. Show all posts
Showing posts with label cucur. Show all posts

Resepi cucur ubi kentang

 

Cucur ubi kentang
Cucur ubi kentang

Bahan-bahan:
  • Sebiji ubi kentang
  • Sebiji bawang besar
  • 4 sudu tepung gandum (cap apa-apa pun boleh)
  • 1 sudu kecik serbuk kunyit.
  • Sedikit garam
  • gula.
Cara-cara:
Goreng macam biasa. Zappp! Zappp! Siap.

Setiap gigitan akan ada bunyi krupkrapp krupkrapp macam iklan ayam kepci tu! 

kredit resepi: marziah mahidin ii

CARA BETUL BUAT CUCUR UDANG BAGI RANGGUP

Nampak senang tapi sebenarnya nak buat cucur udang pun kena tahu rahsianya.
Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandikan’ minyak.
Jadi ini salah satu resipi yang boleh anda gunakan untuk cucur udang yang rangup. 

BAHAN-BAHAN:
  • Sedikit Udang
  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
  • Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 200gm taugeh
  • 1 pokok kucai
  • 2 biji cili merah | dihiris nipis
  • Minyak untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
  • Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
  • Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
  • Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
  • Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. 
  • Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
  • Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
  • Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.
RAHSIA MASAK CUCUR
  • Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
  • Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
  • Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.

Resepi Kuih Cucur Badak

Kuih Cucur Badak
Kuih Cucur Badak

Bahan-bahan:
Untuk inti:
  • ½ biji kelapa parut
  • 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 7 tangkai lada merah
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak
Untuk doh:
  • 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
  • 3 ½ sudu makan tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • ½ kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara:
Untuk inti:
  • Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
  • Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Untuk kuih :
  • Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
  • Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
  • Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  • Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

RESEPI CUCUR CRABSTICK

CUCUR CRABSTICK
CUCUR CRABSTICK

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum cap sauh
  • 1 1/4 cawan air panas mendidih
  • 12 crabstick, hiris halus
  • daun sup
  • lada putih
  • garam
  • seasoning
Cara-cara:
  • Satukan kesemua bahan diatas kecuali air panas.
  • Tolakkan sedikit tepung ditepi bekas, tuangkan air panas sedikit demi sedikit.
  • Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan.
  • Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
  • Setelah doh agak sejuk sedikit, sapukan  tapak tangan dengan minyak.
  • Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan.
  • Goreng dengan minyak yang panas api sederhana.
  • Hidangkan dengan sos kesukaan.