1

2

3

4

Showing posts with label karipap. Show all posts
Showing posts with label karipap. Show all posts

RESEPI KARIPAP RANGUP

 

KARIPAP RANGUP
KARIPAP RANGUP

Bahan-bahan:
  • 4 cawan tpg (doh)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan air
  • 1 sk garam
Bahan Utk Inti:
  • 3 biji kentang
  • 2 genggam udg kering
  • 1 ulas bawang besar
  • 3/4 sudu rempah kari dan sedikit daun kari
Cara-cara:
  • masukkan minyak yang betul-betul panas dalam tepung
  • kacau dgn senduk, kacau dengan jari sampai berderai.
  • masukkan air. uli sampai rata sebati
  • bulat kecil-kecil sesuai utk size 1 biji karipap
  • bila dah siap. tutup dgn plastik menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim goreng dengan api perlahan.
Cara Membuat Inti:
  • tumiskan bawang besar di dalam kuali
  • masukkan udang kering diikuti dengan rempah kari
  • masukkan daun kari
  • kacau sehingga sebati dan naik bau
  • masukkan kentang , kacau sehingga sebati letakkan di dalam karipap dan goreng seperti biasa (boleh juga ditambah ayam atau daging sebagai perencah)

Resepi inti serbaguna daging blackpaper

inti sebaguna daging blackpaper
inti serbaguna daging blackpaper

Nanti senang korang nak buat popia ke karipap ke murtabak ka... sedap wehhhhh.... 😍😋

Bahan:
  • 1 pkt daging kisar ramly
  • 3 biji kentang-dadu halus
  • 1 pkt kecik rempah kurma adabi
  • 1 biji bwng besar-dadu
  • 3 ulas bwng putih-hiris
  • 1 sudu mkn lada hitam
  • 1 mangkuk daun sup/daun bwng-siap hiris
  • 5 tangkai cili padi-hiris
  • Garam,perasa n sedikit gula
Cara:
  • Tumis bawang putih n bawang besar dadu
  • Masukkan rempah kurma..tumis hingga naik bau..masukkan 2 gelas air
  • Masukkan kentang n daging kisar
  • Masukkan garam,perasa n gula
  • Bila daging n kentang dh empuk..masukkan daun sup/daun bwng dan cili potong..
  • Siap!!!

Selamat Mencuba!

Cara buat kulit karipap yang ranggup

 

Karipap ranggup
Karipap ranggup 

Kulit karipap
Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar minyak
  • Garam
  • Air secukupnya
Caranya:
  • panaskan marjerin dan minyak smp mendidih
  • masukkan ke dalam besen yang berisi tepung gandum
  • gaul guna senduk..bila minyak dah agak sejuk ramas-ramas menjadi seperti serbuk roti
  • di dalam bekas lain..campurkan garam  ke dalam air,kacau sehingga garam larut
  • masukkan air garam tadi  ke dalam besen yang ada tepung.. masukkan air sedikit demi sedikit
  • uli sehingga tepung tak melekat di tangan
  • perap 30 minit
  • bulat-bulat sebesar bola ping pong..canai masukkan inti kemudian kelim
  • buat sehingga habis

Boleh guna apa-apa inti..inti sardin/kentang /ikan

Tips utk dapat kan kulit karipap yg licin semasa goreng:
  • Masukkan karipap ketika minyak belum panas
  • Api perlahan sahaja
  • Sentiasa balik balikan karipap bg warna dia sekata

Kredit resepi: zaimah zakaria 

RESEPI KARIPAP RANGUP YANG SEDAP

 

Karipap
Karipap

Bahan-bahannya:
  • 6 cawan membukit tepung gandum cap kunci
  • 3 sudu besar membukit tepung beras
  • 5 sdb marjerin
  • 4 sdb minyak masak
  • 1  1/2 cawan air sejuk dari peti sejuk(jika kurang boleh tambah)
  • 1 sudu teh gula
Cara-caranya:
  • Satukan tepung gandum,tepung beras dan gula dalam besen..
  • Satukan marjerin dan minyak masak..panaskan hingga berbuih2 dan tuang ke dalam besen yang berisi tepung..gaul perlahan2 hingga jadi macam serbuk..
  • Masukkan air dan uli tepung hingga lembut..
  • Bila tepung dah lembut..bulat2kan jadi bebola yang agak kecil..kemudian peram dalam bekas bertutup selama 10 minit-15minit .
  • Bolehlah buat karipap seperti biasa..(jika ada mesin mee lagi cepat)
  • Karipap yang dah siap letak inti bolehlah dibakar selama 10 minit suhu 160*-170*jika nak frozenkan..(biarkan sejuk dan frozenkan seperti biasa)
Inti karipap:
  • 8-10 biji kentang(potong dadu)
  • Isi ayam(jangan potong kecil sangat..nanti x berasa ayamnya)
  • 1 biji bawang besar(hiris)
  • 3 ulas bawang putih(hiris)
  • Daun sup(hiris)
  • 1-2 sudu besar gula
  • 1 sdt garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 2 peket kecil serbuk kari daging(bancuh dengan sedikit air
  • 3 cawan air
  • 2 senduk minyak untuk menumis
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak..tumis bahan hiris hingga layu..
  • Masukkan serbuk kari,gula,garam dan bahan perasa..masak hingga betul2 naik minyak dan garing..masukkan kentang dan air..
  • Apabila kentang dah mula lembut..masukkan isi ayam..kacau hingga kentang lembut dan kering(guna api sederhana dan kacau selalu)
  • Sesuaikan rasa..tabur daun sup..tutup api dan biarkan sejuk..siap..

kredit resepi: Mariana Zainal

Resepi Karipap Roti

karipap roti
karipap roti
Bahan-bahannya:

  • Roti gardiner sebungkus
Inti:
  • Telur 3 biji
  • Lada sulah
  • Garam Secukup rasa
  • Sebiji bawang merah
  • bawang
Cara-cara buat:
Inti Karipap Roti
  •  Hiris halus bawang merah
  • Pecahkan telur, letak garam kemudian campur bawang merah yang telah dihiris. Kocok telur tersebut.
  • Panaskan kuali engan api sederhana
  • Tuangkan minyak dan kacau telur dengan pelahan sehingga hancur.
  • Angkat telur hancur tadi kemudian tabur lada sulah.
Kulit Karipap Roti
  • Ambil sekeping roti
  •  Letakkan diatas acuan karipap (banyak terjual di supermarket)
  • Isikan inti yang telah dimasak tadi
  • Tekapkan dengan acuan
  • Goreng dalam minyak yang panas (1-2 minit shj)
  • Angkat dan toskan. Jangan menggoreng terlalu lama kerana roti cepat menyerap minyak.
kredit : tuan punya resepi

RESEPI KARIPAP PUSING YANG RANGUP

Doh A (Minyak)

karipap pusing
karipap pusing

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
Uli sebati dan perap dlm peti ais 15 minit


Doh B (tepung)

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais
1 sudu kecil garam
dan sedikit gula
Uli sebati dan perap dlm peti ais selama 15 minit

cara-cara

1. Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun blh)
2. Bulat Bulatkan doh seperti dalam gambar
3. Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung (B) yg telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut
4. bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
5. Boleh Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan utk gam. Gulung kembali doh tadi
6. Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dgn sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali
7. Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian
8. Ambil 1 keping adunan dan leperkan masuk inti dan kelim tepi 

KREDIT: abang hijau