1

2

3

4

Showing posts with label sungai petani. Show all posts
Showing posts with label sungai petani. Show all posts

Restoran DUASWARP, Bandar Amanjaya, Sungai Petani - Nasi Arab padu!

Restoran DUASWARP
Restoran DUASWARP

Restoran DUASWARP
Restoran DUASWARP
Kalau korang nak makan nasi arab yang padu, sini la tempat dia...boleh makan dalam talam. Portion nasi memang banyak...style pak arab makan...hampa tau la kan kalau tengok pak arab makan, nasi berbukit boleh habis sorang makan ja!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Restoran Duaswarp ni terletak di Sungai Petani...Ustaz Firdaus punya ni...hampa google la sapa dia niπŸ˜…

Banyak menu-menu menarik yang ada di restoran Duaswarp ni....semuanya berkonsep makanan arab la..Aku dah snap dah menu-menu tu. Boleh tengok kat bawah ni.

menu duaswarp
menu duaswarp

menu duaswarp
menu duaswarp

menu duaswarp
menu duaswarp

menu duaswarp
menu duaswarp

menu duaswarp
menu duaswarp

menu duaswarp
menu duaswarp
Aku amik set talam yang mix ayam dan kambing. Makan untuk 1 famili 5 orang....kenyang beb. Then aku tambah dengan sharwama daging. Sharwana pun padu, daging yang diorang pakai mantap...bukan main tibai daging burger jer....
shawarma daging
shawarma daging

mango cream, strawberry cream, al busyra latte
mango cream, strawberry cream, al busyra latte

nasi arab talam, jenuh nak habiskan
nasi arab talam, jenuh nak habiskan

mix ayam dengan kambing
mix ayam dengan kambing
Sangat sedap...boleh habiskan memang boleh kenyang seharianπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚....Kepada yang nak try makan nasi arab DUASWARP ni, boleh la datang ke sini. GPS koordinat dan google map lokasi adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°40'10.3"N 100°30'31.0"E atau 5.669497563841482, 100.50861489814675

https://maps.app.goo.gl/emvAFzsprH5LGYA99

Restoran Nurul Ikan Bakar Sungai Petani

 

Nurul Ikan Bakar
Nurul Ikan Bakar

Nurul Ikan Bakar
Nurul Ikan Bakar
Restoran Nurul Ikan Bakar yang aku datang ni terletak di Kampung Telok, Jalan Lencongan Barat, Kampung Sungai Layar, 08000 Sungai Petani, Kedah. Nurul Ikan Bakar ni ada juga ditempat lain. Walaupun aku dan pernah post dalam blog aku, tapi kali ni aku datang, masih nak post jugak posting baru Nurul Ikan Bakar ni😁😁😁😁
ikan-ikan, udang, ketam dan lain-lain
ikan-ikan, udang, ketam dan lain-lain
Semua ikan fresh-fresh. Korang tinggal nak pilih jer, cakap nak masak apa then terus akan dimasak panas-panas. Banyak juga menu yang menarik yang korang boleh try.
menu set, siakap tiga rasa, tomyam, sayaur, sotong goreng tepung, telur dadar
menu set, siakap tiga rasa, tomyam, sayaur, sotong goreng tepung, telur dadar

air tembikai
air tembikai

siakap tiga rasa
siakap tiga rasa
Ok aku dah kenyang! Makanan pun sedap...tempat parking pun yang disediakan pun cun, jadi tiada alasan untuk korang tak datang sini..hahahahaha...

GPS koordinat Nurul Ikan Bakar SP: 5°39'21.6"N 100°27'56.0"E atau 5.65600865842209, 100.4655656984726

https://maps.app.goo.gl/q8oyuMhrJkzHJHSy5

Makan tengahari nasi campur di restoran Padii Cafe, Sungai Petani, kedah

 

restoran Padii Cafe
restoran Padii Cafe

restoran Padii Cafe
restoran Padii Cafe
Restoran Padii Cafe ni terletak di Jalan Kampung Gon, Jalan Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Tepi jalan je Padii Cafe ni...Mungkin nama Padii Cafe ni bersempena kedai makan ni memang bersebelahan dengan sawah padi...kira pelanggan diorang di dapat menikmati view sawah padi la sambil makan tengahari.....kalau kalau orang kedah yang mai makan, diorang tak heran la dengan sawah padi niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚... Yang batak, nak ootd kalau ada pun mesti orang luar kedah..hahaha..
pelbagai lauk pauk masakan tengahari
pelbagai lauk pauk masakan tengahari

yang dah letak dalam pinggan siap-siap pun ada
yang dah letak dalam pinggan siap-siap pun ada
Makanan pun sedap-sedap gak di sini...parking pun agak luas dan selesa...so takda alasan untuk korang tak datang...hahaha...
masak lemak lala
masak lemak lala

ni la sepinggan nasi makan tengahari aku
ni la sepinggan nasi makan tengahari aku
Kepada yang nak try makan tengahari di sini, boleh la cari di Sungai Petani. GPS koordinat dan google map Padii Cafe adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 5.64819446881787, 100.47611109545679
https://maps.app.goo.gl/rrhQWQUmF8pVbcfv7

"Cafe Takdak Nama" tu nama cafe tu ler...di Sungai Petani

 

Cafe Takdak Nama
Cafe Takdak Nama
Pak Abu sedang mengajak anaknya untuk makan di salah sebuah cafe di Sungai Petani...tapi Pak Abu tak ingat nama cafe tu...maka situasi perbualan Pak Abu dengan anaknya adalah seperti berikut,

Pak Abu: Angah, jom teman ayah makan di cafe apa nama...apa nama...apa nama...apa nama...

Angah: Ayah! dok apa nama..apa nama...teringat kat tokdet ka????

Pak Abu:Ayah nak ajak hang pi makan kat cafe tu....tapi ayah tak ingat cafe tu nama apa.....

Angah: Cafe yang macam rare sikit kat Sungai Petani tu ka?

Pak Abu: Haaa laaa....cafe yang tu la....yang kita dok selalu makan tu...

Angah: Oooooo....tu cafe takdak nama......

Ayah: Hang jangan dok buat pasai Angah...kenapa plak cafe tu takdak nama??????

Angah: Ayaaahhh...cafe tu memang Cafe Takdak Nama....

Ayah: Hang jangan main-main la Angah %$&*#@@@@@😑😑😑😑😑...

Haaa...camtu la perbualan Ayah dengan anak...Akhirnya ayah bengang sebab ingat anak dia tengah nak main-mainkan diaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Sebenarnya Cafe Takdak Nama ni memang wujud dan terletak di alamat no 3, Jalan Perdana Heights 1/2, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah...

ini side sebelah kiri Cafe Takdak Nama
ini side sebelah kiri Cafe Takdak Nama

side sebelah kanan, ada meja makan double layer
side sebelah kanan, ada meja makan double layer
Cafe Taknak Nama ni memang rare la deco dalaman diorang...apa taknya...boleh pulak ada double layer meja macam dalam gambar di atas niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜…...Tapi meja atas tu boleh duduk 2 orang saja la daripada pemerhatian aku ni....

Menu makanan di sini adalah berkonsepkan western style....ada banyak menu menarik yang patut korang cuba...Senarai menu-menu adalah seperti di bawah ni....

menu Cafe Takdak Nama
menu Cafe Takdak Nama

menu Cafe Takdak Nama
menu Cafe Takdak Nama

menu Cafe Takdak Nama
menu Cafe Takdak Nama

menu Cafe Takdak Nama
menu Cafe Takdak Nama

menu Cafe Takdak Nama
menu Cafe Takdak Nama
Dari pada menu-menu tu, aku pilih untuk makan Mix Grill dan juga chicken chop... Dalam mix grill tu, ada lamb grill, chicken chop, fries, spaghetti cabonara, garlic bread, mushroom soup....Padu gak laπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
air limau asam boi dan air limau ais
air limau asam boi dan air limau ais

mix grill
mix grill

chicken chop
chicken chop

garlic bread
garlic bread
Sedap gak la menu yang aku makan ni...kipidap!!!...Korang boleh la nak cuba makan di Cafe Takdak Nama ni...

Disertakan GPS koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 5°40'23.9"N 100°30'25.7"E atau 5.673292, 100.507124

Restoran Che Puan, Taman Pekan Baru, Sungai Petani

 

Restoran Che Puan
Restoran Che Puan

Restoran Che Puan
Restoran Che Puan
Restoran Che Puan terletak di Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. Menu di restoran Che Puan ni lebih kepada menu western dan juga menu masakan ala thai. Beroperasi dari jam 2.30 petang hingga ke 10.30 malam, setia[ sabtu hingga khamis.

Restoran ni nampak cantik la bagi aku...makanan pun sedap-sedap gak. Menu-menu restoran Che Puan ni korang boleh tengok macam dalam gambar kat bawah ni.

menu western ( makanan barat)
menu western ( makanan barat)

menu minuman
menu minuman

menu masakan ala thai (ala carte)
menu masakan ala thai (ala carte)
Daripada senarai menu tu, aku pilih untuk makan lamb grill signature, tomyam campur, nasi goreng chicken chop, spaghetti meatball, french fries cheezy, sirap laici, sirap bandung dan air milo....
french fries cheezy
french fries cheezy

sirap laici, sirap bandung dan air milo
sirap laici, sirap bandung dan air milo

spaghetti meatball
spaghetti meatball

nasi goreng chicken chop
nasi goreng chicken chop

tomyam campur
tomyam campur

lamb grill signature
lamb grill signature
Bagi aku sesuai la nak makan santai-santai dengan famili or lepak dengan kawan-kawan... Kepada yang nak mencuba makanan di restoran Che Puan ni, boleh la cari di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah...GPS koordinat dan google map lokasi Che Puan ni seperti dibawah.

GPS koordinat: 5°38'24.2"N 100°28'50.3"E atau 5.640055, 100.480637

Jom sarapan pagi di RUMAH SARAPAN, Sungai Petani

Rumah Sarapan, Sungai Petani, Kedah
Rumah Sarapan, Sungai Petani, Kedah

Rumah Sarapan, Sungai Petani, Kedah
Rumah Sarapan, Sungai Petani, Kedah
Rumah Sarapan ni berlalamt di C182, Lorong 12, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah. Dari pengamatan aku, sebenarnya Rumah Sarapan ni memang betul-betul rumah dan kemudiannya di jadikan gerai sarapan pagi. Deretan bangunan di situ sebenarnya adalah rumah teres setingkat. Tempat tu sangat strategik untuk di upgrade sebagai kedai ataupun kedai makan.
ramai orang, sampai tak cukup meja
ramai orang, sampai tak cukup meja
Dari segi sambutan pula, Rumah Sarapan ni memang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Ada je orang yang datang ke sini, sampai satu tahap terpaksa menunggu meja kosong. Menu-menu yang terdapat di Rumah Sarapan pula, korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni.
Menu yang terdapat di Rumah Sarapan
Menu yang terdapat di Rumah Sarapan

Menu yang terdapat di Rumah Sarapan
Menu yang terdapat di Rumah Sarapan
Daripada menu-menu kat atas ni, aku order mee kari, roti bakar choc, french toast, king breakfast plate, indomie telur mata dan mommy plate.
air neslo ais dan kopi o panas
air neslo ais dan kopi o panas

indomie telur mata
indomie telur mata

mee kari
mee kari

king breakfast plate
king breakfast plate

roti bakar choc
roti bakar choc

french toast
french toast

mommy plate
mommy plate
Jadi begitu lah kisah aku bersarapan di Rumah Sarapan Sungai Petani ni....Kepada korang yang nak datang bersarapan di sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map dibawah ni untuk cari lokasi Rumah Sarapan.

GPS koordinat: 5°36'45.5"N 100°29'07.4"E atau 5.612634, 100.485399