1

2

3

4

Showing posts with label Jalan-jalan cari makan TV3. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan TV3. Show all posts

Makan nasi beriani di restoran Nasi Beriani Haji Tamby, Taman Pertam Jaya, Melaka

Restoran Nasi Beriani Haji Tamby
Restoran Nasi Beriani haji Tamby ni terletak di Taman Pertam Jaya, Melaka. Nampak macam biasa-biasa kan? Tapi restoran ni pernah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Jadi tak hairanlah kalau restoran ni akan dikunjungi oleh orang terutamanya orang luar Melaka. Masa aku datang ni pun aku perasan kebanyakan pengunjungnya dari orang luar dari Melaka.
ramai juga orang makan di restoran Nasi Beriani Haji Tamby
Aku order nasi beriani daging dan nasi beriani ayam ros. Ternyata memang sedap nasi beriani diorang. Patutlah JJCMTV3 sanggup terjah restoran nasi beriani haji tamby. Kesedapan nasi beriani tu telah menyebabkan aku order satu lagi nasi beriani tu...adussss....
Lagi satu, kalau korang datang ke mana-mana restoran yang spesifik kepada nasi beriani, korang kena order bandung soda. Bandung soda ni memang secara asasnya kena makan bersama nasi beriani. Jangan restoran lain ada bandung soda.
nasi beriani ayam ros

nasi beriani daging

acar makan sekali dengan nasi beriani

bandung soda dan bandung soda cincau
Kat mana nak cari Restoran Nasi Beriani haji Tamby ni? Secara teknikalnya susah aku nak explain..hahaha. Jadi untuk memudahkan korang nak cari restoran ni, boleh guna jer gps koordinat dan google map.
gps koordinat : 2°11'21.4"N 102°16'43.0"E atau 2.189290, 102.278611

Makan burger di Restoran 21 Grilled, Taman Cempaka, Ipoh

Restoran 21 Grilled, Taman Cempaka, Ipoh

nak order ala-ala restoran makanan fast food yang lain
Restoran 21 grilled yang terletak di Taman Cempaka, Ipoh, Perak adalah salah satu restoran fast food yang ada di Ipoh. Restoran 21 Grilled ni menyediakan makanan burger sebagai menu utama di sini. Cara nak order makanan pun macam restoran fast food yang lain. Antara menu-menu yang ada di Restoran 21 Grilled ni, boleh rujuk dalam gambar-gambar di bawah:
menu 1, 21 grilled

menu 2, 21 grilled

menu 3, 21 grilled
Restoran ni jugak pernah diterjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCMTV3). Sebagai bukti JJCMTV3 pernah hadir dan reviewed restoran 21 grilled, ada tergantung plate JJCMTV3 disebelah dengan kaunter restoran 21 grilled.
Plate Jalan-Jalan Cari Makan TV3
Di Restoran 21 Grilled ni, aku try makan beef burger dan fries cheezy. Tinggi dan sedap pulak burger yang aku order tu. Sedap pun sedap.
beef burger

fries cheezy
Air di restoran ni adalah air bergas seperti pepsi, coca-cola yang sebagainya. Tapi kalau korang nak minum cuppacino ke, mocha ke, betul-betul kat depan restoran ni ada kiosk yang jual kopi tersebut dan boleh minum dalam restoran 21 grilled.
kiosk coffee & cocoa Original Taste (21 CO)

mocha
Kepada yang nak datang ke Restoran 21 Grilled, boleh lah cari di Taman Cempaka, Ipoh, Perak. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°35'41.1"N 101°07'37.9"E atau 4.594752, 101.127195

Makan malam di warung Buluh Kuning, Bagan Serai, Perak

Buluh Kuning, Bagan Serai, Perak

Menu di warung Buluh Kuning
Port makan yang sempoi di Bagan Serai yang korang kena terjah kalau korang berada di Bagan Serai ni adalah warung Buluh Kuning. Korang jangan main-main dengan Buluh Kuning ni ek.... Buluh Kuning ni pernah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tau!
Ada banyak menu-menu yang menarik di sini. Yang paling laku keras, char koay teow.... Tapi malam tu aku tak order pun char koay teow... sja nak try benda lain plak.
nasi goreng udang (udang banyak disebalik timbunan nasi tu)

mee goreng basah 
Sedap la bagi aku....Aku sebenarnya dah 2-3 kali dah makan di sini...cuma kali ni berkesempatan untuk masukkan dalam posting blog aku ni. Kepada yang nak datang sini, warung Buluh Kuning ni bertentangan dengan stesen bas Bagan Serai. Aku sertakan sekali gps koordinat dan google map sebagai panduan korang.
gps koordinat : 5°00'41.7"N 100°32'08.8"E atau 5.011572, 100.535772

Makan mee udang galah di Citarasa Dinterus, Kampung Terus, Kubang Semang, Pulau Pinang

Ada satu tempat yang sedap untuk makan mee udang di Kubang Semang, Pulau Pinang. Yang lebih special dan jarang-jarang kita dengar, mee udang ni guna udang galah! Mee udang galah ni famous juga la sebab jalan-jalan cari makan TV3 pernah datang ke Citarasa Dinterus ni.
Citarasa Dinterus

kedai berhadapan dengan sawah berlatar belakangkan Bukit Mertajam

kedai yang simple tetapi menjadi tumpuan ramai
Kefamousan mee udang galah ni juga bukan saja menyebabkan jalan-jalan cari makan TV3 terjah ke ke sini, malahan mee udang galah Citarasa Dinterus ni beberapa kali masuk dalam surat khabar. Keratan surat khabar dan cenderahati jalan-jalan cari makan TV3 ada dipamerkan di dalam kedai Citarasa Dinterus ni.....

Antara keratan akhbar yang dipamerkan

plat jalan-jalan cari makan TV3
Tempat ni agak ke dalam sikit dari kawasan bandar, susah nak cari bagi yang tak biasa dengan tempat ni...nak senang pakai gps je...set koordiant, then jalan....So, bila aku dah sampai, selain makanan utama mee udang galah, aku cuba gak la mee rebus biasa, mee goreng dan juga cucur udang. Menu lain pun ada...boleh rujuk dalam senarai menu yang aku snap tu...
Mee udang galah - menu utama yang korang kena order

mee rebus biasa

mee goreng

cucur udang sebagai pencuci mulut 
Tu menu yang aku makan la...korang boleh tengok menu lain di bawah ni.....
menu makanan

menu minuman
Bagi yang ingin mencuba mee udang galah ni, boleh datang ke Citarasa Dinterus ni yang terletak di Kampung Terus, Kubang Semang, Pulau Pinang. Bagi yang tak biasa dengan tempat ni, boleh guna gps koordinat yang aku dah sertakan kat korang.....korang boleh juga rujuk google map. Waktu perniagaan seperti dalam menu, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, setiap hari kecuali hari Isnin. Isnin tutup..........
gps koordinat mee udang galah : 5°26'41.3"N 100°26'52.6"E

Makan tengahari di Restoran Gulai 7 Kawah, Alor Setar, Kedah.

Recommended!....Jika anda kini berada di Alor Setar, tengah mencari-cari tempat untuk makan tengahari yang sedap dan unik, boleh la cari Restoran Gulai 7 Kawah ni. Memang kena dengan nama restoran tu sebab sajian gulai 7 kawah ni pun menang ada kat sini...siap tersusun 7 kawah dengan pelbagai jenis masakan gulai...memang terbaik la kalau korang makan gulai utara ni..cukup rasa....
Restoran Gulai 7 Kawah Alor Setar

7 kawah gulai tersedia untuk dimakan
Selain 7 kawah gulai ni, terdapat juga banyak lauk pauk yang lain yang boleh dijadikan pilihan...ada ikan bakar, ayam bakar, ulam-ulaman dan banyak lagi la ada kat sini....macam-macam adooo...kawasan makan pun agak selesa, tak lah panas sangat, cuma makan kat situ je panas-panas..hihihihi...masakan exotic macam daging rusa pun ada.....Aku nak share la sikit apa yang aku makan kat sini...aku ambil semangkuk gulai daging batang pisang, ikan keli bakar, ayam bakar, ulam-ulaman, sambal belacan.....memang sedap, menang terbaik...hagtag (#) 'aku suka'......dah macam jalan-jalan cari makan TV3 la plak aku ni..kihkihkih.....tp aku rasa JJCM TV3 ni pernah datang review kat sini....

Restoran Mikamal Alor Setar yang sempoi...mee rebus terbaik!!!

Kat mana? kat Alor Setar, Kedah...aku try mee rebus kat sini...sebab tengok review orang ramai cakap kena try pekena mee rebus mikamal kalau datang ke Alor Setar.
Restoran Mikamal Alor Setar Kedah
Restoran ni juga pernah didatangi dan dikunjungi oleh JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3...maknanya telah disahkan memang sedap...hohohoho...Restoran ni macam restoran mamak je pun dan aku rasa memang restoran mamak....tapi beza dengan restoran mamak yang lain, restoran ni ada special menu yang sedap dan sempoi.....
Pilihan Jalan-jalan cari makan TV3
Mee rebus yang aku order ni, memang cukup rasa..kuah yang pekat likat melekat...ditambah dengan cucur udang yang sedap serta daging yang lembut dan enak di makan begitu saja...ooooooo...(bukan gardenia...hihih)........Aku order gak bungkus pasembur....boleh tahan gak la pasembur ni....
Mee Rebus - gambar 1

Mee Rebus - gambar 2

Untuk yang  nak ke sini, boleh la rujuk google MAP kat bawah ni.......