1

2

3

4

Showing posts with label keli bakar. Show all posts
Showing posts with label keli bakar. Show all posts

Makan tengahari di Restoran Gulai 7 Kawah, Alor Setar, Kedah.

Recommended!....Jika anda kini berada di Alor Setar, tengah mencari-cari tempat untuk makan tengahari yang sedap dan unik, boleh la cari Restoran Gulai 7 Kawah ni. Memang kena dengan nama restoran tu sebab sajian gulai 7 kawah ni pun menang ada kat sini...siap tersusun 7 kawah dengan pelbagai jenis masakan gulai...memang terbaik la kalau korang makan gulai utara ni..cukup rasa....
Restoran Gulai 7 Kawah Alor Setar

7 kawah gulai tersedia untuk dimakan
Selain 7 kawah gulai ni, terdapat juga banyak lauk pauk yang lain yang boleh dijadikan pilihan...ada ikan bakar, ayam bakar, ulam-ulaman dan banyak lagi la ada kat sini....macam-macam adooo...kawasan makan pun agak selesa, tak lah panas sangat, cuma makan kat situ je panas-panas..hihihihi...masakan exotic macam daging rusa pun ada.....Aku nak share la sikit apa yang aku makan kat sini...aku ambil semangkuk gulai daging batang pisang, ikan keli bakar, ayam bakar, ulam-ulaman, sambal belacan.....memang sedap, menang terbaik...hagtag (#) 'aku suka'......dah macam jalan-jalan cari makan TV3 la plak aku ni..kihkihkih.....tp aku rasa JJCM TV3 ni pernah datang review kat sini....

Restoran Ikan Bakar Din Kepala Batas

Tempat makan tengahari famous kat Kepala Batas, Pulau Pinang, aku boleh suggest kat korang restoran din ikan bakar. Tempat ni tepi jalan je. Senang nak cari. Kalau ikut jalan dalam lagi senang, sebab kalau on da way dari Butterwoth nak ke Sungai Petani, sampai kat Kepala Batas, tapi tak masuk pekan kepala batas la...restoran ikan bakar din ada di sebelah kanan..Bila korang jumpa Pasar Kepala Batas belah kiri, pastu stesen minyak petronas belah kanan, korang kena alert la dalam 200m tu akan jumpa la restoran tu. Lagi senang aku kasi GPS koordinat = 5°30'58.0"N 100°25'21.2".

restoran din ikan bakar kepala batas - tepi jalan butterworth-sungai petani
alamat restoran din ikan bakar kepala batas 
Dah nama pun restoran ikan bakar, menu utama semestinya makanan berasaskan bakar-bakar. Antara yang ada di sini, udang bakar, ikan bakar banyak jenis kat sini, ada keli, cencaru dan banyak lagi la ikan..bukan aku taknak tulis, aku tak kenal nama ikan apa yang diorang bakar..hihihihi..Ada gak ayam bakar kat sini. Tapi yang aku paling best harimau menangis. Bukan ada harimau kat sini yang menangis..ada satu menu daging bakar yang ada lemak-lemak sikit, bila bakar daging tu jadi cam juicy sikit...yang tu la daging 'harimau menangis'. Daging ni memang terlaris, asal letak mesti habis, orang mesti cari...

Amzar ikan bakar

Amzar ikan bakar ni terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Dekat je dengan Warong Pokok Asam, nasi daging. Kedai ni beroperasi dari pagi hingga petang. Menyediakan juadah makan tengahari. Kedai makan ni, walaupun baru beberapa tahun buka, tapi kehadiran customer punya la ramai terutama waktu peak hour..masa geng-geng kerja opis, kerajaan, kerja swasta kuar nak cari makan.
kedai makan amzar - ikan bakar, permatang pauh 
kedai makan amzar - ikan bakar, permatang pauh (pic 2)
Walaupun nama kedai ni spesifik pasal ikan bakar, tapi bagi aku, tarikan utama orang datang sini sebab masakan dia punya la banyak..banyak pilihan sampai pening kepala aku nak pilih yang mana satu nak makan..Ikan/daging bakar dia pun not bad gak, tak banyak sangat, tak kurang sangat..cuma tarikan yang aku cakap tadi tu overshadow part yang bakar-bakar nih....tu pendapat aku la, korang jangan kecam aku plak...kah kah kah kah....