Singgah Jalan-Jalan Di Pantai Klebang, Melaka

Pantai Klebang, Melaka
Pantai Klebang, Melaka
Mungkin ramai yang tak tahu Pantai Klebang ni antara tempat menarik untuk dilawati atau pun tempat untuk nak santai-santai dengan family. Kawasan pasir pantai yang luas sesuai untuk beraktiviti sama ada aktiviti sendiri atau pun aktiviti yang disediakan di sini. Tapi kena bayar la sikit😅..

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah naik kereta kuda, main layang-layang, menunggang kuda, sewa kereta elektrik kanak-kanak, menunggang ATV, berkelah, menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit, menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di gerai/food truck dan pelbagai lagi aktiviti.

banyak food truck dengan pelbagai makanan
banyak food truck dengan pelbagai makanan

boleh naik kereta kuda
boleh naik kereta kuda

boleh menunggang kuda
boleh menunggang kuda
Memang sesuai tempat ni untuk bersantai bersama family. Selain tu ada gak tempat untuk shopping dalam khemah disepanjang jalan diseberang jalan. Jadi aktiviti shopping pun boleh masuk sekali dalam agenda korang😂..
sebelah kiri food truck, sebelah kanan tu khemah-khemah untuk korang shopping
sebelah kiri food truck, sebelah kanan tu khemah-khemah untuk korang shopping

gerai-gerai jualan untuk aktiviti anak-anak pun banyak
gerai-gerai jualan untuk aktiviti anak-anak pun banyak

playground kanak-kanak
playground kanak-kanak
Kalau korang nak datang ke Pantai Klebang, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat : 2°12'59.0"N 102°11'33.0"E atau 2.216380, 102.192499

No comments:

Post a Comment