SAYUR CAMPUR BERGAJUS

SAYUR CAMPUR BERGAJUS
SAYUR CAMPUR BERGAJUS

Bahan-bahan:
Bahan A

  • 1/4 cawan biji gajus - di goreng dan toskan
  • 10 tangkai cili kering - di goreng dan toskan
  • 1/2 cawan isi ayam - di potong memanjang
  • 1 sudu besar Sos Tiram Maggi
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan minyak sayuran - untuk menggoreng

Bahan B
  • 1/4 cawan lobak merah - di potong seperti mancis
  • 1/4 cawan brokoli
  • 4 tangkai sayur bok choy
  • 4 tangkai putik jagung - di potong menyerong
  • 1/4 cawan hirisan lada benggala (kuning dan merah)
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
  • 2 sudu besar minyak sayuran - untuk menumis

Cara-cara:
  • Panaskan 1 cawan minyak di dalam kuali, goreng isi ayam yang di perap dengan Sos Tiram Maggi serta golekkan dengan tepung jagung terlebih dahulu sehingga garing. Goreng juga biji gajus dan cili kering secara berasingan.Tos dan ketepikan seketika.
  • Di dalam kuali yang lain, panaskan 2 sudu besar minyak sayuran. Masukkan putik jagung dan lobak merah terlebih dahulu. Kacau sebentar dan masukkan pula sayur brokoli dan bok choy sambil di kacau lagi.
  • Seterusnya tuangkan air kedalam sayuran dan kacau lagi.
  • Setelah sayuran separuh masak masukkan lada benggala dan taburkan penambah perasa semua dalam satu, Maggi Cukup Rasa ke dalam sayuran.
  • Seterusnya masukkan cili kering, isi ayam dan biji gajus yang di goreng tadi. Kacau hingga semuanya bercampur dengan sayuran dan matikan api dapur. Jangan terlebih masak ye, kerana zat dan vitamin dalam sayuran akan hilang.

kredit resepi: fizalgk 

No comments:

Post a Comment