RESEPI JERUK TIMUN

Bahan-bahannya:
  • Timun kecil
  • 4 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula molasses
  • 1/2 cawan garam himalayan
  • 1/2 cawan cuka epal
Caranya:
  1. Cuci timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan bahan 2~4 ke dalam periuk dan masak selama 20 minit di atas api yang sederhana (kalau mengikut maangchi 40 minit di atas api yang besar).
  3. Tuangkan air rebusan ke dalam mangkuk timun.
  4. Bila dah sejuk masukkan ke dalam balang dan tutup. Selepas 24 jam, biarkan timun di dalam balang. Air dalam balang timun dikeluarkan dan dimasak semula selama 10 minit. Bila dah sejuk tuang semula kebalang timun dan simpan kedalam peti sejuk. Dibuat begini supaya jeruk ini tahan lama sebab tak guna bahan pengawet. Selepas seminggu jeruk timun dah boleh dimakan.

No comments:

Post a Comment