Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Restoran The Manhattan Fish Market, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya

Teringin nak makan ikan gaya moden? Jom kita ke restoran The Manhattan Fish Market yang terletak di dalam Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya. Jika korang berada di sekitar Seberang Jaya laaa.. Kalau korang kat KL, cari la restoran The Manhattan ni area KL.. Jangan bendul sangat ek...hahahaha..
Memang betul la cara masakan ikan di sini ala-ala western. Lari sikit dari citarasa kampung or masakan ala-ala thai yang biasanya kita makan.
Restoran The Manhattan Fish Market, Sunway Carnival, Seberang Jaya

Dalam Restoran The Manhattan Fish Market
Ada banyak menu menarik di sini. Kunjungan aku ke The Manhattan Fish ni, aku just makan dua jenis menu sahaja yang terdapat di sini. Itu pun dan cukup menyengangkan. Aku makan The Manhattan Fish N Chip dan juga Grilled and Baked Adventure (ayam).
The Manhattan Fish N Chip 

Grilled and Baked Adventure (ayam)
Minum pulak, paling murah pun di Manhattan Fish berharga RM7. Mahal la jugak air diorang. Untuk minuman di The Manhattan, aku layan cuppuccino.
cuppuccino
Begitulah ceritanya aku di The Manhattan Fish di Sunway Carnival Mall Seberang Jaya. Jika korang nak cari restoran ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti dibawah:
GPS Koordinat : 5°23'55.6"N 100°23'53.5"E atau  5.398763, 100.398186

Makan western food di Raintown Brother Western, Kamunting Perak

Raintown Brother Western, Kamunting
Masa aku lalu depan restoran ni, hati terus rasa macam nak singgah makan. Nama restoran ni yang rare, lain dari yang lain yang hati aku terdetik nak tahu apa yang special dengan restoran Raintown Brother Western ni. So far memang banyak menu disediakan dan rekaan dalaman kedai cantik sangat. Menu hidangan mereka buat kita tak tahu nak pilih yang mana. Tempat ini memang sesuai untuk korang sekeluarga atau datang bersama rakan-rakan. Harganya setiap hidangan yang disajikan berpatutan dengan saiz portion yang memang buat korang kenyang sangat. Kalau korang tak habis boleh lah kongsi. 
deko-deko dalam restoran Raintown Brother Western
Dalam banyak-banyak menu yang ada dalam list, aku pilih nak makan burger malam tu. Burger diorang pun sedap gak la aku rasa. Nanti-nanti kalau datang lagi, aku nak cuba menu lain plak. Dengar-dengar western sini memang sedap. Selain menu utama western food, korang boleh try juga makan koay teow kerang. Aku rekomen untuk korang cuba. Memang sedap dah terbaik. Aku siap order satu lagi sebab rasa macam tak cukup makan satu jer...hihihihi.  Rasa koay teow kerang di Raintown Brother Western ni macam rasa makan koay teow doli. Kat Taiping memang famous la dengan koay teow doli.
burger

koay teow kerang

minuman aku order

Tengok pun dah mengiurkan, kalau korang berhajat nak singgah, aku sertakan lokasi restoran ini : No.15, Lorong PK 7, Jalan Stesyen Kawasan Perusahaan Kamunting, 34600 Taiping, Perak. Boleh hubungi nombor berikut untuk sebarang pertanyaan atau tempahan 017-513 5494, 016-5192305 atau 013-4486184. Waktu operasi bermula dari pukul 4:00 PM – 11:30 PM. Beroperasi setiap hari kecuali hari selasa. Selasa cuti. Aku sertakan juga gps koordinat dan google map sebagai rujukan.

gps koordinat Raintown Brother Western : 4°53'50.5"N 100°42'47.6"E


makanan barat (western food) kita pakat pekena di BIGBOB CAFE Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang

Terletak di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Sebelum ni beroperasi di kiosk bertam, gerai hujung sekali sebelum berpindah ke gerai yang lebih besar...di bertam jugak tempat baru ni....cuma ia lebih selesa sikit kalau nak compare dengan tempat lama...
     
Bigbob Cafe Bertam

lebih luas dah selesa

Waktu operasi Bigbob Cafe
Makanan barat aka western food, korang petik je, semua ada kat sini..tapi harga boleh tahan gak la..standard restoran mahal-mahal harga kat bigbob ni...so kalau nak masuk check dulu sen-sen dalam poket kot-kot tak cukup plak nanti...anyway, kalau tengok presentation makanan yang diorang hidangkan, memang diorang berusaha sedaya upaya untuk buat cam kat hotel...hihihi..dari segi rasa plak, aku rasa ok la...nora kasi 4 bintang..sedap gak la..
Ok la..cerita panjang tak guna,..korang boleh tengok sendiri western food yang aku order ni...kos untuk menu yang aku order ni, kalau tak silap dalam RM100++ gak la...aku makan satu famili aku...jemput la tengok yer.....

D' Madinah Cafee - roti bakar dan makanan barat ( Kulim, Kedah)

Ok jangan salah faham dengan nama restoran ni...bukan kat madinah, tapi dekat Kulim Kedah. Kenapa Madinah? aku taktau...peliknya menu utama semua makanan barat...kot-kot la nama Madinah tapi buat makan timur tengah logik la sikit...aku biarkan persoalan tu menjadi mesteri nusantara.....Apa yang menariknya kat sini. selain korang boleh pilih menu western yang korang suka, ada menu yang rare sikit...makanan barat tapi makan ala-ala dalam talam..hahahahaha...mungkin 'Madinah' tu kat talam tu la kot..hihihihi...
D' Madinah Cafee, Kulim Kedah
Makan talam western ni diorang sediakan ada set tertentu...boleh pilih berdasarkan bajet korang la..ada set keluarga,set kasih sayang dan set bulan madu...Kebetulan masa aku pergi tu, set tu dah sold out..jadi aku boleh snap gambar kat buku menu je la.....
set menu D' Madinah Cafee
Walaubagaimanapun, aku dapat la gak rasa chicken chop dan french fries...sebab anak aku minat sangat makan chicken chop ni....Masa aku datang tu, ramai gak la customer tengah makan..aku pun cari pakai gps tempat ni..maybe lambat sampai, makanan banyak dah habis..Jadi kat sini aku share la gak gps koordinat dan google map kat korang...kalau-kalau korang nak datang cuba....