Showing posts with label kulim. Show all posts
Showing posts with label kulim. Show all posts

Sarapan pagi di Warung Cengkih, Kulim Kedah

 

Warung Cengkih, Kulim Kedah
Warung Cengkih, Kulim Kedah
Landmark Warung Cengkih ni senang je nak cari. Warung Cengkih ni bersebelahan dengan JPJ dan berdekatan dengan LHDN. Warung Cengkih ni korang boleh pilih untuk bersarapan roti canai, nasi lemak berlauk, nasi putih berlauk, koay teow kerang, koay teow udang, koay teow sotong dan juga koay teow tn'ng
pelbagai jenis masakan untuk nasi lemak dan nasi campur
pelbagai jenis masakan untuk nasi lemak dan nasi campur

stesen untuk koay teow goreng
stesen untuk koay teow goreng
Pagi-pagi memang menjadi tumpuan orang ramai yang nak bersarapan di sini. Aku datang ni mulanya nak makan roti canai, tapi bila dah sampai tengok nasi lemak berlauk cam sedap jer.... jadi terus ambil nasi lemak.
nasi lemak berlauk
nasi lemak berlauk
GPS Koordinat Warung Cengkih : 5°22'49.2"N 100°34'33.8"E atau 5.380338, 100.576063


Sarapan pagi roti canai dan nasi campur di Kedai Makan Abang Mat, Sungai Ular, Kulim

Kedai Makan Abang Mat, Sungai Ular, Kulim
Kedai Makan Abang Mat, Sungai Ular, Kulim
Kedai Makan Abang Mat ni terletak di Sungai Ular, Kulim Kedah. Kat sini korang boleh bersarapan pagi roti canai. Standard la kan sarapan roti canai... yang rare di Kedai Makan Abang Mat ni, korang boleh bersarapan pagi nasi campur!πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ... Alahhh nasi campur yang korang makan waktu tengahari tu.. di Kedai Makan Abang Mat ni nasi campur dah ada seawal sarapan pagiπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. Jadi apa lagi korang mau? Bedal saja laaa...

Tapi aku datang sini nak sarapan roti canai. Jadi aku order roti canai jer la. Nasi campur next time kalau datang lagi aku try plak nasi campur. Masa aku datang ni, diorang dah tukar sistem nak order style layan diri, so korang jangan dok harap ada orang datang nak ambil order kat mejaπŸ˜‚πŸ˜‚

pelbagai masakan dan lauk pauk untuk nasi campur
pelbagai masakan dan lauk pauk untuk nasi campur

roti canai kena ambil sendiri (layan diri)
roti canai kena ambil sendiri (layan diri)

roti canai banjir
roti canai banjir
Kepada yang nak datang ke Kedai Makan Abang Mat ni, boleh cari di Sungai Ular, Kulim atau korang boleh saja guna gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5°22'19.2"N 100°34'41.8"E atau 5.371999, 100.578264

Restoran Adam Chinese Muslim, Taman Kempas Indah, Kulim Kedah

 

Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim

Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim atau Restoran Adam Hj Razali ni terletak di Taman Kempas Indah, Kulim Kedah. Nama pun chinese muslim kan, tentunya makanan di sini berkonsepkan masakan cina yang halal.

Banyak juga menu masakan cina yang korang boleh cuba. Peminat dimsum, boleh la datang ke sini. Ada macam-macam jenis dimsum. Begitu juga dengan makanan cina yang berasakan mee. Ada pelbagai aneka mee yang korang boleh cuba. Antaranya adalah mee kari putih, wantan mee kicap, hokkein mee, koay tiow thin'g dan lain-lain. Menu dimsum dan aneka mee boleh rujuk dalam menu dibawah ni.

aneka chinese mee
aneka chinese mee

menu dimsum
menu dimsum
Untuk dimsum tu aku order dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai. Untuk mee pula aku try mee kari putih, koay tiow thin'g dan wantan mee kicap.
mee kari putih
mee kari putih

koay tiow thin'g
koay tiow thin'g

dimsum
dimsum

dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai
dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai

wantan mee kicap
wantan mee kicap
Selain tu, ada juga menu goreng-goreng dan yang berkuah, juga berkonsepkan masakan cina. Ada banyak juga list menu untuk yang jenis ni. Dalam banyak-banyak tu, aku cuba char koay tiow kering. Menu lain boleh rujuk menu di bawah ni.
menu makanan goreng-goreng dan berkuah
menu makanan goreng-goreng dan berkuah

char koay tiow kering
char koay tiow kering
Bagi yang nak bersarapan nasi lemak, pun ada di Adam Chinese Muslim ni. Bagi yang tak minat dengan masakan cina, boleh order nasi lemak. Mana la tau kan, kalau korang datang satu famili, ada sorang dua yang tak berapa gemar masakan cini, boleh la try nasi lemak ni. Macam aku ni, sorang anak aku tu mana makan yang pelik-pelik sikit. Jadi chinese food dia tolak tepi la. Jadi aku order la nasi lemak untuk dia. Tapi aku request takda sambal sebab anak aku taknak sambalπŸ˜…...
menu sarapan pagi Malaysia
menu sarapan pagi Malaysia

nasi lemak (sambal aku taknak)
nasi lemak (sambal aku taknak)
Jadi, kesimpulannya, aku puas hati la makan di restoran Adam Chinese Muslim ni. Recommended untuk korang cuba. Satu lagi, korang boleh try juga nasi ayam hainan di sini. 

Kalau korang nak datang ke sini, boleh cari di Taman Kempas Indah, Kulim Kedah. Aku juga sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke sini.

GPS koordinat: 5°21'16.6"N 100°31'51.9"E atau 5.354618, 100.531077 


Restoran Nasi Pak Ya di Taman Keranji, Kulim ni nasi kandar ke?

 

Restoran Nasi Pak Ya
Restoran Nasi Pak Ya
Restoran Nasi Pak Ya ni terletak di Taman Keranji, Kulim Kedah. Nasi Pak Ya ni rare sikit la. Sebab dari nama macam restoran nasi campur melayu yang biasa. Tapi sebenarnya kalau korang masuk restoran ni, korang akan perasan bukan nasi campur yang style melayu tu. Nasi Pak Ya ni lebih kepada style nasi kandar...nak macam nasi lemak royale pun agak gak, sebab Pak Ya guna nasi kuning macam nasi lemak royale di Alor Setar.

Nasi Pak Ya buka dari pukul 10 pagi hingga ke 7 malam setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Jumaat depa cuti.

Nasi ala nasi kandar di sedap gak arr..not bad.. recommended untuk hampa yang mai Kulim yang tengah cari-cari tempat makan tengahari sedap di Kulim. Sila la datang ke Nasi Pak Ya.

lauk pun macam lauk nasi kandar gak
lauk pun macam lauk nasi kandar gak

masakan sotong dan daging
masakan sotong dan daging

kuah untuk dicampur-campur - kuah campur
kuah untuk dicampur-campur - kuah campur
Terbaik lah Nasi Pak Ya ni...aku ambil ayam goreng, bendi rebus, sayur kobis dengan telur masin, kuah musti mau campuurr....nasi kaler kuning...
ayam goreng, bendi rebus, sayur kobis dengan telur masin, nasi kuning kuah campur
ayam goreng, bendi rebus, sayur kobis dengan telur masin, nasi kuning kuah campur
Kepada yang nak makan Nasi Pak Ya ni, boleh cari di Kulim dan kalau korang tak familier dengan pekan Kulim, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang ke Nasi Pak Ya.

GPS koordinat: 5°22'10.1"N 100°32'31.6"E atau 5.369471, 100.542102

Roti Canai bawah pokok kelapa sawit, Sungai Ular, Kulim Kedah

Roti Canai bawah pokok kelapa sawit
Roti Canai bawah pokok kelapa sawit

Roti Canai bawah pokok kelapa sawit
Roti Canai bawah pokok kelapa sawit
Port makan roti canai di Kulim, korang boleh cari di Sungai Ular, Warung Roti Canai Kelapa Sawit. Ada juga panggil warung ni Warung Roti Canai Simpang Sungai Ular ataupun Kedai Roti Canai Pak Lang. Apapun orang nak panggil warung ni, semuanya merujuk kepada warung yang sama. 

Warung ni terletak betul-betul di Simpang Sungai Ular. Waktu pagi memang menjadi tumpuan warung ni. Tempat orang cari roti canai untuk bersarapan pagi.

roti canai banjir
roti canai banjir
Aku makan roti canai banjir jer. Banjir dengan kuah dal. Selain roti kosong, korang boleh cuba gak la jenis roti canai yang lain. Antaranya roti canai tampal, roti canai telur, roti canai sardin dan sebagainya.

Makan waktu pagi di sini sempoi dan nyaman..duduk santai di bawah pokok kelapa sawit. Kepada yang nak datang ke sini, aku sediakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan.

GPS Koordinat: 5°22'21.1"N 100°34'52.9"E atau 5.372513, 100.581352



 

Sarapan pagi roti canai di kedai Jamal Roti Canai Duduk, Kulim Kedah

 

Jamal Roti Canai Duduk
Jamal Roti Canai Duduk

Jamal Roti Canai Duduk
Jamal Roti Canai Duduk
Jamal Roti Canai Duduk ni korang boleh cari di area Kelang Lama,Kulim. Dekat-dekat keadai jual buah. Kalau ke belakang sikit ada pasar awam. Peminat roti canai boleh la try makan roti canai di sini. Aku dengar diorang cakap sedap roti canai di Jamal Roti Canai Duduk ni. Jadi, aku pun tanpa segan silu, cari la tang mana si Jamal Roti Canai Duduk ni..

Dah jumpa kedai ni, tunggu apa lagi beb, order je la roti canai. Aku try makan roti tampal iaitu roti canai yang ditampal dengan telur.

roti canai tampal telur
roti canai tampal telur
Bagi aku oklah..sedap la gak..ramai orang sarapan di sini. Nak cari Jamal Roti Canai Duduk? Boleh rujuk GPS koordinat dan google map di bawah sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°23'19.4"N 100°33'58.8"E atau 5.388724, 100.566331

Makan nasi kandar di Restoran Nasi Kandar Yasmeen, Kulim Kedah

Restoran Nasi Kandar Yasmeen
Restoran Nasi Kandar Yasmeen

beratur nak ambil nasi kandar
beratur nak ambil nasi kandar
Restoran Nasi Kandar Yasmeen ni terletak di Kota Kenari, Kulim Kedah. Orang Kulim yang tak pernah makan nasi kandar Yasmeen ni, rogiiiii oiiii.... Nasi kandar diorang ni pun sempoi gak. Kari-kari yang pekat likat melekat kalau makan pakai tangan bau kari masih lekat di tangan walaupun dah basuh..hahahah. Selain nasi kandar, diorang ada juga menu-menu lain yang standard menu kedai mamak la.. Tapi untuk kali ni aku memang dah berhajat nak makan nasi kandar, jadi aku fokus ja pada nasi kandar.
ayam goreng mamak
ayam goreng mamak

Pelbagai lauk untuk dipilih
Pelbagai lauk untuk dipilih
Satu ja spoi sikit restoran ni.....pinggan diorang ni kecil, tak puas nak makan.. minta pakai pinggan besar sikit. Puas sikit pelanggan nak makan.
nasi kandar kuah campur
nasi kandar kuah campur

nasi kandar kuah campur
nasi kandar kuah campur
Kepada yang mencari Restoran Nasi Kandar Yasmeen ni, boleh cari cari di Kulim. Korang juga oleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah.

GPS koordinat : 5°22'24.3"N 100°34'06.4"E atau 5.373429, 100.568435

Makan tengahari di Kedai Makan Atas Bukit, Kulim Kedah

Kedai Makan Atas Bukit
Kedai Makan Atas Bukit
'Kedai Makan Atas Bukit' yang terletak di Taman Kempas 2, Kulim, Kedah bukan la duduk atas bukit betul-betul. Jangan korang pi panjat bukit plak cari kedai ni, kalau jumpa pun mungkin kedai makan untuk kaum kerabat orang bunian..hihihi... Mungkin Kedai Makan ni dibina tinggi sikit macam seolah-olah atas bukit sebab tu la kot depa panggil Kedai Makan Atas Bukit.
Banyak juga lauk untuk makan tengahari
Banyak juga lauk untuk makan tengahari

simple je kedai, cam warung tepi jalan jer
simple je kedai, cam warung tepi jalan jer
Waktu tengahari, Kedai Makan Atas Bukit ni antara kedai makan yang ramai orang datang untuk makan tengahari. Mungkin tempatnya yang strategik terletak betul-betul di tepi jalan utama memudahkan orang ramai untuk datang ke sini. Makanan pun sedap-sedap jugak. Masakan ala-ala kampung. Kari kepala ikan pun ada!
kari kepala ikan
kari kepala ikan

sepinggan nasi campur
sepinggan nasi campur

sepinggan nasi campur
sepinggan nasi campur
Kepada yang nak makan di sini tapi taktau kat mana tempat ni, korang boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 5°21'14.6"N 100°32'05.0"E atau 5.354041, 100.534711

Man Cucur Udang, Kelang Lama, Kulim

cucur udang digoreng panas-panas
cucur udang digoreng panas-panas

selain cucur udang, boleh tambah makanan yang lain
selain cucur udang, boleh tambah makanan yang lain
Kalau korang nak makan cucur udang yang sedap di Kulim, korang boleh cari di Kelang Lama. Korang cari gerai MAN CUCUR UDANG. Gerai ni terletak betul-betul di simpang traffic light. Landmark korang boleh cari masjid Al-Huda.

Cucur udang ni memang padu la nak habaq kat ampa, ditambah dengan kuah kacang yang sempoi, tak ranjau punya.. ampa boleh mai try makan. Nak bungkus pun boleh, nak makan di situ pun boleh.

ni simpang traffic light yang aku snap dari depan gerai Man Cucur Udang
ni simpang traffic light yang aku snap dari depan gerai Man Cucur Udang

ni gerai dia, kiri kanan ada orang jual ayam goreng dan laksa
ni gerai dia, kiri kanan ada orang jual ayam goreng dan laksa
Untuk lebih lanjut lokasi MAN CUCUR UDANG ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 5°23'25.9"N 100°33'47.6"E atau 5.390513, 100.563221


Makan tenghari di Restoran Nursya Selera Kampung ( Nasi Campur dan Ikan Bakar), Kulim Kedah

Restoran Nursya Selera Kampung ( Nasi Campur dan Ikan Bakar)
Restoran Nursya Selera Kampung ( Nasi Campur dan Ikan Bakar)
 Restoran Nursya ni menyajikan makanan untuk tengahari yang sedap yang berkonsepkan selera kampung iaitu nasi campur dengan masakan-masakan kampung yang sedap dan menyelerakan. 

Restoran ini juga ada juga menyediakan menu ikan bakar yang boleh dimakan bersama air asam, sambal belacan yang juga  ulam-ulaman yang pasti membangkitkan selera korang.

Keadaan restoran yang agak luas memberikan keselesaan kepada para pelanggan yang datang ke sini terutamanya pada waktu tengahari. Gambar di bawah meunjukkan pelbagai jenis masakan yang terdapat di restoran Nursya ni.

pelbagai jenis masakan di restoran Nursya
pelbagai jenis masakan di restoran Nursya

ikan goreng dan ayam goreng. ayam goreng kipci pun adoooo
ikan goreng dan ayam goreng. ayam goreng kipci pun adoooo

ikan bakar, ayam bakar dan pelbagai jenis ulam-ulaman
ikan bakar, ayam bakar dan pelbagai jenis ulam-ulaman
Jadi, dari hasil pemerhatian aku terhadap semua jenis masakan dan lauk pauk, maka aku telah buat keputusan untuk makan nasi campur ikan siakap bakar bersama air asam, sayur salad dan 3 biji kacang botol.
nasi campur ikan siakap bakar bersama air asam, sayur salad dan 3 biji kacang botol.
nasi campur ikan siakap bakar bersama air asam, sayur salad dan 3 biji kacang botol.

Begitulah kisah aku di Restoran Nursya, Kulim. Kalau korang nak datang makan tengahari di Restoran Nursya ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS Koordinat : 5°23'45.1"N 100°33'32.3"E atau 5.395859, 100.558973