Showing posts with label roti john. Show all posts
Showing posts with label roti john. Show all posts

Resepi Roti John

Roti John
Roti John

Bahan-bahannya:
  • Telur
  • Serbuk perasa
  • Lada putih
  • Daun sup
  • Bawang putih goreng
  • Sosej, filet ketam, atau daging burger (ikut apa yang ada di dalam peti ais)
  • Kobis yang diracik halus
Cara-cara membuatnya:
  • 5 biji telur atau lebih dikocak rata. Campurkan dengan serbuk perasa, daun sup, bawang putih yang telah digoreng dan lada putih. 
  • Kemudian, masukkan isi seperti sosej atau daging burger. Masukkan sekali kobis yang telah diracik halus dan goreng seperti telur dadar. 
  • Selepas itu, tempelkan pada roti. Akhir sekali boleh tambah perisa sos atau mayonis.

Makan Roti John Paroi Lavender Height, Seremban

 

Roti John Paroi, Seremban
Roti John Paroi, Seremban
Roti John Paroi ni terletak di Taman Lavender Height, Seremban, Negeri Sembilan. Roti john ni ada tiga jenis inti iaitu roti john ayam, roti john daging dan roti john kambing. Saiz roti john agak besar. Kalau sorang makan tu, boleh kenyang sampai ke malam😋😋
roti john siap untuk dimakan!
roti john siap untuk dimakan!
Peminat roti john boleh la datang sini. Rasa pun sedap...terbaik👍👍... Selain roti john, terdapat juga gerai-gerai lain yang jual aneka makanan. Antaranya adalah nasi lemak, satay, sotong kangkung...

Nasi lemak pun sedap gak... ayam goreng macam ayam goreng kfc...

sotong kangkung
sotong kangkung

nasi lemak ayam goreng
nasi lemak ayam goreng

fries untuk anak-anak makan
fries untuk anak-anak makan

menu nasi lemak dan harga
menu nasi lemak dan harga
recommeded untuk korang kalau nak cari roti john power. Boleh la datang Gerai Roti John Paroi ni. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang untuk ke sini.

GPS koordinat: 2°42'52.7"N 102°00'05.7"E atau 2.714626, 102.001588