1

2

3

4

Showing posts with label nasi kandar yasmeen. Show all posts
Showing posts with label nasi kandar yasmeen. Show all posts

Layan Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar dekat dengan stadium Alor Setar

Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar
Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar

Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar
Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar
Restoran Nasi Kandar Yasmeen ni antara cawangan diorang la di Alor Setar. Restoran Yasmeen ni tepi jalan jer. Ada kawasan parking di sebelah restoran tu. Nasi kandar Yasmeen yang aku datang ni berdekatan dengan area stadium bola sepak. Jom melayan nasi kandar di Alor Setar ni....
antara lauk-lauk nasi kandar yasmeen
antara lauk-lauk nasi kandar yasmeen

nasi kandar ayam goreng, acar timun, kuah campur
nasi kandar ayam goreng, acar timun, kuah campur

nasi kandar ayam goreng, sayur kobis, cili hijau, kuah campur
nasi kandar ayam goreng, sayur kobis, cili hijau, kuah campur
nasi kandar ni sedap cuma diorang kedekut nasi la... sikit sangat nasi yang diorang bagi. Terpaksa order nasi tambah sebab rasa sikit sangat.

Ok lah, kalau korang nak cuba makan nasi kandar yasmeen di Alor Setar ni, boleh cari restoran ni dengan GPS koordinat dan google map yang aku sediakan kat bawah ni.

GPS koordinat: 6°08'21.5"N 100°22'12.5"E atau 6.139309, 100.370127

Makan nasi kandar di Restoran Nasi Kandar Yasmeen, Kulim Kedah

Restoran Nasi Kandar Yasmeen
Restoran Nasi Kandar Yasmeen

beratur nak ambil nasi kandar
beratur nak ambil nasi kandar
Restoran Nasi Kandar Yasmeen ni terletak di Kota Kenari, Kulim Kedah. Orang Kulim yang tak pernah makan nasi kandar Yasmeen ni, rogiiiii oiiii.... Nasi kandar diorang ni pun sempoi gak. Kari-kari yang pekat likat melekat kalau makan pakai tangan bau kari masih lekat di tangan walaupun dah basuh..hahahah. Selain nasi kandar, diorang ada juga menu-menu lain yang standard menu kedai mamak la.. Tapi untuk kali ni aku memang dah berhajat nak makan nasi kandar, jadi aku fokus ja pada nasi kandar.
ayam goreng mamak
ayam goreng mamak

Pelbagai lauk untuk dipilih
Pelbagai lauk untuk dipilih
Satu ja spoi sikit restoran ni.....pinggan diorang ni kecil, tak puas nak makan.. minta pakai pinggan besar sikit. Puas sikit pelanggan nak makan.
nasi kandar kuah campur
nasi kandar kuah campur

nasi kandar kuah campur
nasi kandar kuah campur
Kepada yang mencari Restoran Nasi Kandar Yasmeen ni, boleh cari cari di Kulim. Korang juga oleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah.

GPS koordinat : 5°22'24.3"N 100°34'06.4"E atau 5.373429, 100.568435

Makan nasi kandar di restoran nasi kandar Yasmeen, Sungai Petani

Restoran Nasi Kandar Yasmeen, Sungai Petani
Kepada pengemar nasi kandar yang berada di area Sungai Petani, Kedah, boleh la cuba makan di restoran nasi kandar yasmeen ni. Boleh cari Yasmeen nasi kandr ni di Bandar Amanjaya Sungai Petani.
Restoran yang agak luas dan selesa. Banyak juga pilihan makanan dan juga lauk pauk. Misi aku ke sini nak try nasi kandar diorang... yang lain tu lain hari la aku datang.... Aku cuba nasi kandar ayam madu dengna ayam ros. Agak pedas gak la..bendi rebus memang wajib kena ambil la...trendmark nasi kandar tu..
nasi kandar ayam ros

nasi kandar ayam madu
Antara lauk lain yang ada....semapat aku snap sikit je ni...ada lagi yang lain-lain....
lauk nasi kandar

lauk nasi kandar

ayam madu
Ok geng, kalau nak datang restoran nasi kandar yasmeen ni, boleh cari di Bandar Amanjaya Sungai Petani Kedah. Aku sertakan sekali di bawah ni gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat nasi kandar yasmeen : 5°40'26.6"N 100°30'29.9"E atau 5.674052, 100.508310