1

2

3

4

Showing posts with label kuala perlis. Show all posts
Showing posts with label kuala perlis. Show all posts

makan masakan thai di Arked Niaga Padang Besar, Perlis

 

gerai-gerai jual makanan
gerai-gerai jual makanan
Kalau pergi Padang Besar, wajib kena singgah Arked Niaga. Di sini adalah syurga bagi geng-geng wanita dari sekecil-kecil kuman ke sebesar-besar alam...apa taknya, kat sini adalah tempat shopping. Selain mengekalkan bazar lama, gerai-gerai di bangunan baru pun banyak telah dibuka.Maka lagi meriah la Padang Besar ni.
teh ais
teh ais
Disebabkan aku dah lapar, jadi aku singgah la di salah sebuah gerai makan di sini. Kebanyakan adalah menu masakan ala thai la...dah Padang Besar ni sempadan kan dengan Thailand.....

somtam
somtam

nasi goreng paprik daging
nasi goreng paprik daging

yang ni aku lupa nama dia
yang ni aku lupa nama dia
GPS koordinat dan google map tempat ni adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°39'38.5"N 100°19'31.4"E atau 6.660680, 100.325383


Ikan Bakar Kuala Perlis, di Kepala Batas Pulau Pinang?

Ikan Bakar Kuala Perlis, Kepala Batas
Ikan Bakar Kuala Perlis, Kepala Batas
Peminat Ikan Bakar Kuala Perlis yang duduk area Kepala Batas dan kawasan sekitarnya tak perlu lagi nak travel jauh-jauh semata-mata nak makan ikan bakar kuala perlis. Kuala Perlis memang terkenal la dengan ikan bakar yang ohsem. Kini restoran ikan bakar citarasa kuala perlis kini berada di Kepala Batas, Pulau Pinang. Lebih spesifik lagi, ianya berada di Kampung Permatang Tiga Ringgit!
tempat yang agak luas, parking pun ok
tempat yang agak luas, parking pun ok

senarai harga makanan laut
senarai harga makanan laut

boleh pilih ikan fresh-fresh
boleh pilih ikan fresh-fresh
Korang boleh pilih ikan @ makanan laut yang fresh. Kemudian bagitau je nak masak apa. Harga yang aku tunjuk tu mungkin berubah, mungkin kekal ikut isu semasa la..sekarang ni masa aku tulis ni, ada isu harga minyak naikπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡
ikan siakap bakar
ikan siakap bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

sayur kangkung
sayur kangkung

sup ayam
sup ayam

set sambal belacan, sos, air asam, kuah kari dan ulam
set sambal belacan, sos, air asam, kuah kari dan ulam
Daripada pengalaman yang aku makan ni, rasa boleh nak repeat lagi...ikan bakar pun sedap..sup sedap..petai bakar lagi....perghh padu...

Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari di Permatang 3 Ringgit, Kepala Batas. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°32'10.8"N 100°26'09.4"E atau 5.536342, 100.435935

https://maps.app.goo.gl/WYyQdo5XsCrExtvx9

MONA Ikan Bakar, Food Court Selera Perlis, Kuala Perlis, Perlis

MONA Ikan Bakar, Food Court Selera Perlis, Kuala Perlis, Perlis
MONA Ikan Bakar, Food Court Selera Perlis, Kuala Perlis, Perlis

Food Court Selera Perlis
Food Court Selera Perlis

MONA Ikan Bakar
MONA Ikan Bakar
Antara kedai makan feveret aku di Perlis ni adalah MONA Ikan Bakar. Ni yang dekat food court baru di Kuala Perlis. MONA Ikan Bakar yang lama juga di Kuala Perlis juga..Kat situ pun aku pernah makan, boleh tengok kat posting DISINI. Jadi, trip aku kali ni ke Perlis, aku nak makan juga ikan bakar di MONA Ikan Bakar ni...maka sampai lah aku di sini😁😁😁😁
ikan, sotong, udang, ketam, semua fresh-fresh
ikan, sotong, udang, ketam, semua fresh-fresh
Korang boleh pilih sendiri ikan apa yang korang nak...kemudian bagitau jer menu masakan yang korang nak ikan tu untuk dimasak....nak bakar pun boleh, nak dimasak berkuah pun boleh...tiga rasa ke....Makan malam aku kali ni aku nak ikan bakar..aku pilih ikan sikap, lala, sotong, petai bakar serta sambal dan ulam ulaman...
lala masak sambal
lala masak sambal

sambal dan ulam-ulaman
sambal dan ulam-ulaman

siakap bakar
siakap bakar

petai bakar
petai bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung
Sememangnya sangat sedap dan padu makanan di MONA Ikan Bakar ni. Sangat rekomen untuk korang juga makan di sini kalau berkunjung ke Kuala Perlis. Sebagai panduan untuk korang nak cari MONA Ikan Bakar ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 6°23'48.1"N 100°08'07.1"E atau 6.396690, 100.135313

https://maps.app.goo.gl/fRPtVpbjoDRMCu6y9

Makan malam ikan bakar di Rohani Ikan Bakar SM3, Kuala Perlis


Rohani Ikan Bakar SM3, Kuala Perlis
Rohani Ikan Bakar SM3, Kuala Perlis
Kalau nak makan malam sedap di Kuala Perlis, Korang boleh Singgah di gerai-gerai ikan bakar yang terdapat di sini. Ada banyak pilihan gerai ikan bakar. Salah satunya adalah Rohani Ikan Bakar SM3. Gerai-gerai ni semuanya berdekatan dengan masjid terapung kuala perlis dan juga jeti kuala perlis ke langkawi. Bertentangan dengan deretan gerai ikan bakar ni adalah hotel brasmana.
antara gerai ikan bakar yang ada di sini
antara gerai ikan bakar yang ada di sini

ikan-ikan dan seafood segar di Rohani Ikan Bakar
ikan-ikan dan seafood segar di Rohani Ikan Bakar
Semua gerai di sini menyediakan ikan-ikan dan seafood segar untuk di pilih sendiri oleh para pelanggan diorang. Pilih berapa banyak yang kita nak, then diorang akan masakan ikut resepi yang kita nak. Untuk terjahan aku kali ni, aku pilih menu ikan bakar, sotong goreng tepung, ketam masak sambal, sup ayam dan petai bakar.
petai bakar
petai bakar
ikan bakar
ikan bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

sup ayam
sup ayam

ketam masak sambal
ketam masak sambal
Memang tak mendukacitakan. Semuanya sedap-sedap belaka. Sambil makan, sambil boleh tengok permandangan sunset yang cantik sebab gerai ni semua terletak di tepi laut. Ada juga gerai lain yang aku pernah makan. Antaranya boleh tengok di posting yang lepas ni.
So, kepada korang yang tercari-cari tempat ni, boleh la rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah ni.
gps koordinat: 6°23'43.6"N 100°07'42.5"E atau 6.395445, 100.128465

Sedapnya makan seafood yang fresh di Medan Selera Ikan Bakar, Jeti Kuala Perlis

Medan Selera Ikan Bakar, Jeti Kuala Perlis

gerai makan dari hujung ke hujung semuanya sedap-sedap
Kalau korang jalan-jalan di Negeri Perlis ni, tak lengkap kalau tak singgah makan di Medan Selera Ikan Bakar yang dekat dengan Jeti Kuala Perlis. Jeti ni untuk sapa-sapa yang nak pergi ke Pulau Langkawi.
Korang jangan imagine medan selera ni macam yang dekat tesco ke, mydin ke...bukan macam tu.....
Medan selera ni semua gerai makan dari hujung ke hujung menyediakan makanan yang seafood sedap-sedap belaka. Banyak gerai ek...bukan ada satu jer..
Ikan-ikan, ketam, udang, sotong, siput, kepah semuanya fresh-fresh dan boleh pilih sendiri yang mana korang suka sebelum dimasak. Medan Selera ni start buka petang sampai ke malam. Kalau korang datang petang-petang sikit, boleh tengok sunset sambil-sambil makan. Sebabnya sebelah medan selera ni, laut..... so memang dapat tengok permandangan sunset yang cantik la.... Sempat gak lagi aku snap sekeping dua sunset tu.
sambil makan, sambil tengok sunset
Masuk-masuk je dalam medan selera tu, dan lalu jer depan gerai diorang, terus diorang promote kat korang gerai diorang....korang boleh jalan-jalan la dulu sampai ke hujung.. cuci mata dulu kan, pastu korang pilih la mana yang korang suka. Aku penah pergi dua tiga kali di sini, lain-lain gerai...sedap semuanya... Kali ni aku singgah di gerai yang hujung sikit...
ni gerai yang aku terjah
 Menu aku yang aku order di sini adalah siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, sup sayur, telur dadar, petai bakar dan ulam.
Dah order masak siakap tiga rasa, tetiba tukar fikiran nak minta suruh bakar....tapi dah terlewat semint, tak sempat suruh tukar diorang dah nak start masak....so maintain je la siakap tiga rasa tu.
ikan, udang, sotong, ketam dan lain-lain...boleh pilih sendiri
Tapi sedap gak la siakap tiga rasa tu...kuah pun sempoi. Sotong goreng tepung pulak, memang wajib kena order kalau datang sini...memang terbaik! sedap betul sotong goreng tepun tu... So, gambar-gambar kat bawah ni, adalah menu makan petang aku yang ohsem sambil tengok sunset.....terbaikkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!
siakap tiga rasa

sotong goreng tepung

sup sayur

petai bakar

telur dadar

ulam

sambal
Kepada yang nak datang ke sini, korang cari jer, Jeti Kuala Perlis. Medan Selera Ikan Bakar ni dekat-dekat je dengan masjid terapung dan hotel Putra Brasmana. Aku sertakan sekali di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 6°23'44.0"N 100°07'42.2"E atau 6.395548, 100.128389

Menikmati Laksa Kuala Perlis di restoran Kak Su Laksa, Perlis

Kak Su Laksa Kuala Perlis
Selain Padang Besar destinasi popular yang wajib dilawati di Perlis, tidak lengkap kiranya pengunjung tidak merasai dan mencuba Laksa Kuala Perlis. Pastinya orang akan tanya dah cuba ke rasa laksa Kuala Perlis jika kita baru balik dari jalan-jalan di Perlis. Haaaa ni nak habaq mai Kak Su Laksa yang terletak di Kuala Perlis...memang kena dengan lokasi dan laksa. Kak Su Laksa ni kira famous la jugak. Ramai orang datang ke Kak Su Laksa ni untuk mencuba sendiri laksa Kuala Perlis. Kak Su Laksa ni juga pernah dikunjungi oleh Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Banyak juga selebriti yang pernah datan ke sini yang boleh dilihat pada galeri gambar disatu sudut dalam Kak Su Laksa ni. Selain laksa sebagai menu utama, menu sampingan yang sedap jugak adalah keropok lekor dan pulut udang (orang utara cakap) or pulut panggang/bakar (belah-belah selatan cakap). Sebelum laksa sampai, boleh la order yang ni dulu....Kalau terlampau ramai orang, maybe lambat sikit la dapat makan laksa. 
suasana dalam restoran Kak Su Laksa

Pilihan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan
Nasib aku baik sikit, bila aku sampai je, ada meja kosong...dengan pantas terus aku duduk untuk booked. Sebabnya kalau lambat, kena tunggu turn untuk meja kosong. Sebelum laksa sampai, ingat nak pekena pulut udang dan keropok lekor...tapi keropok lekor je ada, pulut udang dah habis.
Laksa Kuala Perlis

keropok lekor
Lokasi Kak Su Laksa ni secara spesifik, boleh la rujuk google map dan juga gps koordinat yang aku dah sediakan ni. Mesti mau datang, mesti mau cuba....nanti kena cari harumanis plak..hihihi
gps koordinat : 6°23'51.1"N 100°07'57.6"E

Makan malam yang sedap di Api-Api Ikan Bakar, Kuala Perlis

Api-Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Kalau nak makan yang sedap-sedap di Perlis ni, tempatnya semestinya la di Kuala Perlis. Makanan laut, ikan bakar, memang terbaik la. Biasanya makan yang macam ni adalah makan malam. Salah satu tempat yang menarik dah sedap untuk korang cuba adalah restoran Api-Api Ikan Bakar (seperti gambar sebelah). Makanan laut yang segar korang kena pilih sendiri. Lepas tu bagitau je nak masak apa. Ada banyak pilihan tinggal siap duit je nak bayar..hahahaha... Restoran Api-Api Ikan Bakar ni bersebelahan dengan sungai yang digunakan nelayan sebagai jeti nelayan. Sambil makan, sambil layan keindahan sungai dan bot-bot nelayan yang parking di sepanjang sungai tersebut. Parking kereta takda masalah sangat aku rasa...sebab kalau tak cukup parking depan restoran Api-Api Ikan Bakar, ada disediakan parking tambahan diseberang jalan.Kat situ, parking agak luas la sikit....tapi kena hati-hati nak melintas jalan, walaupun kereta tak banyak sangat, tapi kawasan tu kawasan selekoh yang kita mungkin tak perasan ada kereta yang lalu.
Restoran Api-Api Ikan Bakar yang bersebelahan dengan sungai

boleh lihat bot-bot nelayan yang parking dalam sungai
Pilihan menu aku untuk makan malam ni, takde la mewah sangat..maklum la bajet tak berapa nak mengizinkan...hihihi...kalau bajet korang lebih, boleh la nak makan besar. Asalnya aku nak pilih ikan siakap, tapi kebanyakan yang ada besar-besar sangat la pulak..bajet pun kena besar la jugak kan...Last-last ambil ikan bawal je..kui kui kui...so ikan bawal aku request buat bakar...menu lain adalah tom yam, terung bakar, kuah kari, ulam-ulaman dan tak lupa jugak feveret aku sotong goreng tepung...
ikan bawal bakar

tom yam

sotong goreng tepung

terung bakar

ulam-ulaman

kuah kari
Bagi yang ingin mencuba untuk makan malam di Api-Api Ikan Bakar ni, aku sediakan gps koordinat untuk korang dan juga google map. Tak tak biasa datang dan pertama kali, memang wajib guna gps sebab Api-Api Ikan Bakar ni agak ke dalam sikit tempatnya....
gps koordinat : 6°24'30.5"N 100°08'28.9"E