1

2

3

4

Showing posts with label Bukit Katil. Show all posts
Showing posts with label Bukit Katil. Show all posts

Asam Pedas Power Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka

 

Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka
Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka

Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka
Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka
Salah satu tempat makan tengahari popular di Melaka, korang boleh cari Restoran Hajah Rahmah yang terletak di Bukit Katil. Restoran ni memang terkenal dengan asam pedas diorang la selain kari kepala ikan. Masa aku datang ni, memang waktu puncak, punya la ramai manusia nak makan di sini. Kena beratur plak kat luar sebab tunggu meja kosong ditambah pulak zaman covid19 ni, nak kena patut SOP lagi kan๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ....

Hajah Rahmah ni pernah gak la diterjah team Jalan-Jalan Cari Makan TV3, sebab aku ternampak logo JJCM TV3 dalam restoran diorang๐Ÿ˜…...

Punya la ramai orang sampai aku hampir give up nak buat posting pasal Restoran hajah Rahmah ni walaupun sebenarnya aku dah pernah buat posting masa tahun 2017. Boleh tengok posting yang lepas DISINI. 

Aku just dapat ambil gambar sayur jer๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.. Masakan asam pedas dan lain-lain, tak sempat nak snap..So kena datang sendiri la yer๐Ÿ˜Ž

masakan sayur
masakan sayur

ni je yang sempat aku ambil..hihihihi
ni je yang sempat aku ambil..hihihihi
Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan dalam posting ni gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.

GPS koordinat: 2°13'39.6"N 102°17'58.6"E atau 2.227657, 102.299599

Makan Asam Pedas Gear Box di Restoran Selera Hang Tuah, Jalan Bukit Katil, Melaka

 

Restoran Selera Hang Tuah, Jalan Bukit Katil, Melaka
Restoran Selera Hang Tuah, Jalan Bukit Katil, Melaka

Restoran Selera Hang Tuah
Restoran Selera Hang Tuah
Kalau datang Melaka ni, tak lengkap la kalau tak makan asam pedas. Melaka ni terkenal dengan asam pedas. Kalau belah utara terkenal dengan gulai. Asam pedas utara tak sama dengan asam pedas belah selatan ni, walaupun kedua-duanya dipanggil asam pedas๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Aku asam pedas ni tak berapa nak layan sangat, tapi sebab dah sampai Melaka, kena try gak la. Aku nak try yang rare sikit, jadi aku nak try makan asam pedas gear box. Biasa kita makan sup gear box kan... Kat Melaka ada asam pedas gear box๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ

asam pedas gear box
asam pedas gear box

asam pedas gear box makan bersama nasi
asam pedas gear box makan bersama nasi
Aku kena order nasi putih gak untuk makan dengan asam pedas gear box ni. Kalau makan semata-mata gear box, rasa cam tak complete dan tak ngam...๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹.. Nasi putih pun diorang letak assesori tambahan telur masin, sambal belacan dan timun potong. Straw pun disediakan untuk korang sedut gear box tu๐Ÿ˜Ž...

Tapi kalau korang tak minat nak makan gear box ni, ada je asam pedas lain yang korang boleh cuba. Contohnya asam pedas ikan pari macam yang aku order ni...

asam pedas ikan pari
asam pedas ikan pari

asam pedas ikan pari makan dengan nasi
asam pedas ikan pari makan dengan nasi
Alamat Restoran Selera Hang Tuah ni adalah Jalan Bukit Katil - Duyong, Kampung Duyong, 75460 Melaka.

Tapi kalau korang senang nak cari, boleh guna GPS koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat:2°12'03.6"N 102°17'33.0"E atau 2.201004, 102.292508

Makan tengahari sambil minum coconut shake di Warung Pak Enal, Melaka

Coconut Shake, Warung Pak Enal, Melaka
Kalau korang nak makan tengahari sambil minum coconut shake di Melaka, aku rekomen korang boleh cuba di Warung Pak Enal yang terletak di Bukit Katil, Melaka. Nasi campur di Warung Pak Enal ni pun macam ok gak. Banyak lauk-lauk yang korang boleh pilih.
Warung Pak Enal, Bukit Katil, Melaka

Warung Pak Enal, Bukit Katil, Melaka
Tempat parking pun agak luas dan selesa. Di fahamkan, bas-bas yang bawa rombongan-rombongan selalu singgah di Warung Pak Enal ni. Dari segi harga pun agak berpatutan jugak la.
Yang best tu sambil makan sambil minum coconut shake. Tengah panas-panas, tekak dibasahi sejuknya coconut shake....nyammmmm
coconut shake special
Gambar-gambar kat bawah ni antara aneka jenis lauk nasi campur yang ada di Warung Pak Enal nih.
pelbagai jenis lauk

pelbagai jenis lauk

ikan goreng, ulam-ulam, tempe dan lain-lain

nasi campur aku punya
Kepada yang nak makan tengahari di Warung Pak Enal ni, boleh la datang ke Bukit Katil, Melaka. Sebelah jalan besar jer. Aku sertakan juga gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 2°12'49.3"N 102°17'52.9"E atau 2.213698, 102.298037

makan tengahari di kedai makan Hajah Rahmah di Bukit Katil, Melaka

Kedai makan Hajah Rahmah ni sentiasa penuh bila waktu tengahari. Kebanyakan yang datang adalah pekerja-pekerja swasta or kerajaan yang keluar lunch..memang full, silap-silap tak dapat tempat duduk...Kedai makan Hajah Rahmah ni terletak di Bukit Katil, Melaka..Senang nak cari sebab terletak di tepi jalan besar je...landmark dekat dengan sekolah...rasanya cam bekas sekolah Hafiz Jantan...aku agak la...Sapa Hafiz Jantan tu? alah yang pecah rekod kebangsaan olahraga lari 100m tu.....
Ok berbalik kepada Hajah Rahmah ni, banyak juga pilihan lauk-pauk yang ada...sebab tu la kot menjadi antara tumpuan orang makan tengahari kat sini...Kari kepala ikan pun ada kat sini beb, biasanya banyak kat belah-belah utara jer.....Masakan yang feveret orang melaka confirm la ada which is asam pedas....
Kedai Makan Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka