Showing posts with label Hajah Rahmah. Show all posts
Showing posts with label Hajah Rahmah. Show all posts

Kuih Keria Antarabangsa popular di Melaka

keria antarabangsa Hajah Rahmah, Jalan Limbongan, Klebang, Melaka
keria antarabangsa Hajah Rahmah, Jalan Limbongan, Klebang, Melaka

beratur panjang plak untuk sesuap kuih keria
beratur panjang plak untuk sesuap kuih keria
Ada banyak penjual kuih keria dia Melaka ni. Tapi yang paling famous adalah keria antarabangsa yang terletak di Jalan Limbongan, Klebang Melaka. Aku pun dah pernah tulis berkenaan keria antarabangsa ni dalam blog ni. Boleh rujuk posting tersebut DISINI.

Disebabkan terlalu ramai yang beratur nak beli kuih keria antrabangsa ni, jadi diorang limitkan seorang cuma boleh beli setakat 20 biji kuih sahaja.

kuih keria antarabangsa
kuih keria antarabangsa
Memang padu keria ni.... Landmark gerai ni senang je, korang boleh cari Masjid Al Ehsan Limbongan. Kedai kuih keria ni bersebelahan dengan kedai kuih keria ni.
bersebelahan dengan Masjid Al Ehsan Limbongan
bersebelahan dengan Masjid Al Ehsan Limbongan
Lokasi gps koordinat dan google map Keria antarabangsa hajah Rahmah adalah seperti dibawah.

GPS Koordinat: 2°12'21.3"N 102°13'09.9"E atau 2.205922, 102.219414


Asam Pedas Power Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka

 

Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka
Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka

Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka
Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka
Salah satu tempat makan tengahari popular di Melaka, korang boleh cari Restoran Hajah Rahmah yang terletak di Bukit Katil. Restoran ni memang terkenal dengan asam pedas diorang la selain kari kepala ikan. Masa aku datang ni, memang waktu puncak, punya la ramai manusia nak makan di sini. Kena beratur plak kat luar sebab tunggu meja kosong ditambah pulak zaman covid19 ni, nak kena patut SOP lagi kan😬😬😬....

Hajah Rahmah ni pernah gak la diterjah team Jalan-Jalan Cari Makan TV3, sebab aku ternampak logo JJCM TV3 dalam restoran diorang😅...

Punya la ramai orang sampai aku hampir give up nak buat posting pasal Restoran hajah Rahmah ni walaupun sebenarnya aku dah pernah buat posting masa tahun 2017. Boleh tengok posting yang lepas DISINI. 

Aku just dapat ambil gambar sayur jer😂😂.. Masakan asam pedas dan lain-lain, tak sempat nak snap..So kena datang sendiri la yer😎

masakan sayur
masakan sayur

ni je yang sempat aku ambil..hihihihi
ni je yang sempat aku ambil..hihihihi
Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan dalam posting ni gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.

GPS koordinat: 2°13'39.6"N 102°17'58.6"E atau 2.227657, 102.299599

makan tengahari di kedai makan Hajah Rahmah di Bukit Katil, Melaka

Kedai makan Hajah Rahmah ni sentiasa penuh bila waktu tengahari. Kebanyakan yang datang adalah pekerja-pekerja swasta or kerajaan yang keluar lunch..memang full, silap-silap tak dapat tempat duduk...Kedai makan Hajah Rahmah ni terletak di Bukit Katil, Melaka..Senang nak cari sebab terletak di tepi jalan besar je...landmark dekat dengan sekolah...rasanya cam bekas sekolah Hafiz Jantan...aku agak la...Sapa Hafiz Jantan tu? alah yang pecah rekod kebangsaan olahraga lari 100m tu.....
Ok berbalik kepada Hajah Rahmah ni, banyak juga pilihan lauk-pauk yang ada...sebab tu la kot menjadi antara tumpuan orang makan tengahari kat sini...Kari kepala ikan pun ada kat sini beb, biasanya banyak kat belah-belah utara jer.....Masakan yang feveret orang melaka confirm la ada which is asam pedas....
Kedai Makan Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka