Showing posts with label asam pedas. Show all posts
Showing posts with label asam pedas. Show all posts

Asam Pedas Pak Man, Ayer Keroh Melaka

Restoran Asam Pedas Pak Man
Restoran Asam Pedas Pak Man 

stesen makanan selain asam pedas
stesen makanan selain asam pedas
Kalau datang ke Melaka ni, mesti akan jumpa asam pedas. Mana-mana restoran yang korang masuk, majoritinya akan ada asam pedas. Jadi, aku tak payah nak memburu sangat asam pedas ni, masuk je mana-mana restoran or kedai makan, kebarangkalian nak jumpa tu sangatlah tinggi.

Justeru itu, penyinggahan aku di restoran Asam Pedas Pak Man ni memang tepat...sesuai dengan nama kedai, confirm sini ada asam pedas😂😂😂😂😂

menu restoran pak man asam pedas
menu restoran pak man asam pedas

menu restoran pak man asam pedas
menu restoran pak man asam pedas

menu restoran pak man asam pedas
menu restoran pak man asam pedas

menu restoran pak man asam pedas
menu restoran pak man asam pedas
Begitulah senarai menu-menu yang ada di restoran ni.... So, menu yang aku order di sini adalah set asam pedas. Set ni adalah sekali dengan set nasi putih beserta taugeh dan telur masin. Asam pedas yang aku order adalah asam pedas tenggiri, asam pedas pari dan asam pedas tetel.
asam pedas tetel, tenggiri dan pari
asam pedas tetel, tenggiri dan pari

asam pedas pari
asam pedas pari

asam pedas tenggiri
asam pedas tenggiri

set bersama nasi putih, taugeh dan telur masin
set bersama nasi putih, taugeh dan telur masin
Kat mana Asam Pedas Pak Man ni? Korang boleh cari di Ayer Keroh, Melaka... GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

https://maps.app.goo.gl/Hctdc2SZsGVFooxaA

GPS koordinat: 2.2652562114044916, 102.30523767398121 atau 2°15'54.9"N 102°18'18.9"E

RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

ASAM PEDAS DAGING TETEL
ASAM PEDAS DAGING TETEL

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg tetel & 1/2 kg daging (direbus untuk bagi lembut)
  • cili blend 3 senduk kecil
  • bawang besar 2 biji
  • bawang putih 4 @ 5 ulas
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil halba
  • Asam keping
  • Daun limau purut
  • Kerisik
  • Garam bukit & serbuk maggie secukup rasa
Cara memasak:
  • Blender bawang besar, bwg putih, halia, lengkuas, belacan, lada hitam & jintan manis
  • Panaskan minyak & masukkan halba
  • Tumis kan bahan-bahan yang di blend tadi
  • Masuk kan cili kering
  • Masukkan asam keping, garam & maggie secukup rasa
  • Kacau sehingga naik minyak
  • Bila cili dah garing, masukkan air rebusan daging beserta daging tetel yang telah direbus
  • Akhir sekali masukkan kerisik & kacau hingga sebati
  • Siap untuk dihidang

Restoran D' Puteh Gelas Besar, Bukit Beruang, Melaka

 

Restoran D' Puteh Gelas Besar
Restoran D' Puteh Gelas Besar

Restoran D' Puteh Gelas Besar
Restoran D' Puteh Gelas Besar
Restoran D Puteh Gelas Besar yang terletak di Taman Bunga Raya, 75450 Bukit Beruang, Melaka menyediakan pelbagai menu asam pedas dan juga menu-menu yang lain. Yang menjadi tarikan di sini adalah minuman yang disediakan bersaiz besar...minum sorang-sorang, boleh pecah perut oooo😁😁
menu restoran D' Puteh
menu restoran D' Puteh
Masa ada datang ni, kira ramai jugak la orang yang datang makan di sini. Di sebabkan aku dan ramai, jadi menu yang diorder pun pelbagai jugak la...Antara menu yang aku order adalah seperti dalam gambar-gambar di bawah.
minuman bersaiz biasa dan gelas besar
minuman bersaiz biasa dan gelas besar

minuman gelas besar
minuman gelas besar

asam pedas
asam pedas

nasi lemak chicken chop
nasi lemak chicken chop

waffle chocolate
waffle chocolate

koay teow goreng
koay teow goreng

megi ramen
megi ramen
Makanan pun sedap-sedap di sini. Kalau korang nak try makan di Restoran D' Puteh ni, boleh la datang sini. GPS korrdinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 2.2450047638736685, 102.27643593824716

https://maps.app.goo.gl/7FoEaE8TZ1ondW5J9

Resepi asam pedas daging tetel

asam pedas daging tetel
asam pedas daging tetel

Bahan:
  • 1/2 kilo daging tetel.(rebus biar lembut)
  • 1 biji tomato
  • 4 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 sudu cili kering kisar
  • 1/2 inci halia dan lengkuas*
  • 1 sudu lada hitam-(tumbuk-tumbuk bagi pecah)
  • 1/2 inci belacan*
  • 2 batang serai
  • Daun limau purut
  • Daun kesum
  • 1 sudu kecil halba
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • Minyak secukupnya
  • Garam,perasa tambahan,gula
Cara-cara:
  • Kisar bahan yang bertanda* 
  • Masukkan lada hitam yang ditumbuk kedalam blender dan kisar bersama.
  • Sediakan periuk dan minyak secukupnya.
  • Minyak dah panas,masukan halba dan bahan yang telah di kisar tadi. 
  • Masukkan sekali cili dan serai yang telah di titik. 
  • Masukkan daging tetel yang telah direbus empuk bersama air rebusan daging. 
  • Masukkan air asam jawa.Perasakan garam,dan letak sedikit secukup rasa maggi, gula.
  • Biarkan merenih sehingga terbit minyak.masukkan daun kesum,daun limau purut dan tomato yang telah di belah 4.
  • Kacau sebati.
  • Tomato dah lembut sikit boleh padam api dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resepi: Eniza M. Salim 

RESEPI PES ASAM PEDAS

asam pedasssss
asam pedasssss

Bahan-bahan:
  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • 3 inci halia
  • 2 batang serai titik
  • Seikat daun kesum
  • 1 sudu besar halba
  • Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
  • Asam jawa
  • Garam, gula, perasa.
Cara-cara:
  • Macam biasa, panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian, masukkan halba, serai & terus tumis lada sampai pecah minyak dan naik bau,
  • Masukkan pati asam jawa, garam, gula, perasa dan daun kesum. Masak dalam 3 minit lagi.
  • Bila dah siap, sejukkan sekejap dan boleh dibekukan.
  • Bila nak guna, defrost dan masukkan ayam / ikan, bendi, tomato, atau air asam lagi (nama pun asam pedas, mestilah masam baru kaw!)
kredit resepi: puan asrimah bakri

Asam Pedas Padu Di Medan Selera Pasar Borong, Batu Berendam, Melaka

Medan Selera Pasar Borong
Medan Selera Pasar Borong

majoriti gerai di medan selera ni jual asam pedas
majoriti gerai di medan selera ni jual asam pedas
Di medan Selera Pasar Borong yang terletak di Batu Berendam ni la salah satu port terbaik untuk menikmati asam pedas yang padu!😎...Medan Selera ni beroperasi lewat petang hingga lewat malam. Kiranya kalau korang nak datang makan asam pedas, kena tunggu makan malam la...tengahari setakat hari ni diorang tak buka lagi...
ramai betul orang yang datang ke medan selera pasar borong ni
ramai betul orang yang datang ke medan selera pasar borong ni
Memang ramai orang datang ke sini...nak cari parking pun agak mencabar walaupun tempat parking yang luas, sentiasa penuh dengan kenderaan..Dah dapat parking, satu hal plak nak cari meja kosong😅..ikut nasib la, kalau rezeki baik, boleh terus dapat parking dan meja... Tambahan pulak yang aku datang ni ramai-ramai, nak kena cari 3-4 meja untuk sambung jadi panjang😁😁....

Dah settle tempat dan parking, apa lagi, mengoder le kite....rakyat-rakyat rombongan aku masing-masing la mengoder asam pedas...tapi aku tak dapat nak snap semua..sekadar yang termampu jer..takut bising pulak rakyat-rakyat aku sebab kena lalu kat aku dulu untuk proses quality check (snap gambar)😂😂😂😂....

asam pedas telur ikan
asam pedas telur ikan

ni set nasi putih untuk makan dengan asam pedas
ni set nasi putih untuk makan dengan asam pedas

asam pedas ikan pari
asam pedas ikan pari
Selain asam pedas, kalau anak-anak tak makan asam pedas kan, boleh je order menu lain. Ada satay, ada nasi lemak, ada nasi ayam, ada roti canai......
nasi ayam
nasi ayam

roti canai
roti canai

kita order jug  terus...air sirap dengan teh o ais limau
kita order jug  terus...air sirap dengan teh o ais limau
Memang malamku kekeyangan la makan kat sini...korang pun kena try gak la makan asam pedas di Medan Selera Pasar Borong, Batu Berendam ni. Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2°15'09.8"N 102°14'22.2"E atau 2.252714, 102.239495

Asam Pedas Ikan Kembung

Asam Pedas Ikan Kembung
Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahan:
Bahan A

  • Sedikit jintan manis
  • Segengam cili kering (direndam air panas dulu)
  • 1 inci kunyit hidup
  • Belacan
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Halia
Bahan B
  • Tomato
  • Bendi
  • Daun kesum
  • Air asam Jawa
  • Ikan Pari/ Ikan kembung
 Cara penyediaan:
  •  Kisar bahan A sehingga halus
  • Kemudian, masukkan bahan A ke dalam periuk dan masak. Masak sehingga minyak naik. Kemudian, masukkan sekali serai dan daun kesum.
  • Setelah mendidih, masukkan air asam jawa. Panaskan sehingga mendidih.
  • Kemudian, masukkan ikan. Setelah ikan masak, masukkan tomato bendi. Masukkan sedikit garam dan bahan perasa. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidang

Asam Pedas Power Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka

 

Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka
Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka

Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka
Restoran Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka
Salah satu tempat makan tengahari popular di Melaka, korang boleh cari Restoran Hajah Rahmah yang terletak di Bukit Katil. Restoran ni memang terkenal dengan asam pedas diorang la selain kari kepala ikan. Masa aku datang ni, memang waktu puncak, punya la ramai manusia nak makan di sini. Kena beratur plak kat luar sebab tunggu meja kosong ditambah pulak zaman covid19 ni, nak kena patut SOP lagi kan😬😬😬....

Hajah Rahmah ni pernah gak la diterjah team Jalan-Jalan Cari Makan TV3, sebab aku ternampak logo JJCM TV3 dalam restoran diorang😅...

Punya la ramai orang sampai aku hampir give up nak buat posting pasal Restoran hajah Rahmah ni walaupun sebenarnya aku dah pernah buat posting masa tahun 2017. Boleh tengok posting yang lepas DISINI. 

Aku just dapat ambil gambar sayur jer😂😂.. Masakan asam pedas dan lain-lain, tak sempat nak snap..So kena datang sendiri la yer😎

masakan sayur
masakan sayur

ni je yang sempat aku ambil..hihihihi
ni je yang sempat aku ambil..hihihihi
Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan dalam posting ni gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.

GPS koordinat: 2°13'39.6"N 102°17'58.6"E atau 2.227657, 102.299599

Asam Pedas Berempah/ Asam Pedas Melaka Ikan Siakap

Asam Pedas Berempah/ Asam Pedas Melaka Ikan Siakap
Asam Pedas Berempah/ Asam Pedas Melaka Ikan Siakap

Bahan-bahan (5-6 hidangan):
  • 1.0-1.5 kg ikan siakap/ tenggiri/ jenahak/ pari/ kembung
  • 3 biji bawang besar/ 12 biji bawang kecil*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci kunyit/ 1 sdt serbuk kunyit*
  • 25-30 tangkai cili kering (buang biji)*
  • 1 sdt lada hitam*
  • 1 sdt ketumbar*
  • ½ sdt jintan manis*
  • ½ sdt jintan putih*
  • 1 sdt halba
  • 3 batang serai (ketuk)
  • 3 sdb asam jawa + sedikit air
  • 1L air/ secukupnya
  • Segenggam daun kesum
  • 3 helai daun limau purut
  • Kacang bendi
  • 2-3 biji tomato
  • Garam & gula secukupnya
Cara Penyediaan:
  • Cuci ikan & potong kepada beberapa bahagian.
  • Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak masak. Masukkan halba & serai. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Ulang 2-3 kali supaya masakan tahan lebih lama. Masukkan juga gula & garam ketika menumis.
  • Masukkan pula air asam jawa, air, daun kesum, daun limau purut. Biarkan kuah mendidih.
  • Seterusnya, masukkan ikan & kacang bendi. Biarkan seketika sehingga ikan masak.
  • Akhir sekali, masukkan tomato. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
- Dalam resipi ini, saya menggunakan 2 ekor ikan siakap.
- Jika suka, boleh juga masukkan belacan & bunga kantan.

Makan Asam Pedas Gear Box di Restoran Selera Hang Tuah, Jalan Bukit Katil, Melaka

 

Restoran Selera Hang Tuah, Jalan Bukit Katil, Melaka
Restoran Selera Hang Tuah, Jalan Bukit Katil, Melaka

Restoran Selera Hang Tuah
Restoran Selera Hang Tuah
Kalau datang Melaka ni, tak lengkap la kalau tak makan asam pedas. Melaka ni terkenal dengan asam pedas. Kalau belah utara terkenal dengan gulai. Asam pedas utara tak sama dengan asam pedas belah selatan ni, walaupun kedua-duanya dipanggil asam pedas😅😅

Aku asam pedas ni tak berapa nak layan sangat, tapi sebab dah sampai Melaka, kena try gak la. Aku nak try yang rare sikit, jadi aku nak try makan asam pedas gear box. Biasa kita makan sup gear box kan... Kat Melaka ada asam pedas gear box😱😱😱

asam pedas gear box
asam pedas gear box

asam pedas gear box makan bersama nasi
asam pedas gear box makan bersama nasi
Aku kena order nasi putih gak untuk makan dengan asam pedas gear box ni. Kalau makan semata-mata gear box, rasa cam tak complete dan tak ngam...😋😋.. Nasi putih pun diorang letak assesori tambahan telur masin, sambal belacan dan timun potong. Straw pun disediakan untuk korang sedut gear box tu😎...

Tapi kalau korang tak minat nak makan gear box ni, ada je asam pedas lain yang korang boleh cuba. Contohnya asam pedas ikan pari macam yang aku order ni...

asam pedas ikan pari
asam pedas ikan pari

asam pedas ikan pari makan dengan nasi
asam pedas ikan pari makan dengan nasi
Alamat Restoran Selera Hang Tuah ni adalah Jalan Bukit Katil - Duyong, Kampung Duyong, 75460 Melaka.

Tapi kalau korang senang nak cari, boleh guna GPS koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat:2°12'03.6"N 102°17'33.0"E atau 2.201004, 102.292508

ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN BENDI

ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN BENDI
ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN BENDI

Bahan-Bahan:
Bahan A :
  • ½ ekor ikan pari daun-potong dan bersihkan
  • sedikit daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 keping asam keping (yang kecil)-kurangkan asam jika anda tak suka masam
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 1 biji tomato
  • 5 biji bendi
  • 1 batang serai
  • garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
  • air -agak-agak tengelam ikan
  • sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan B :
  • ½ sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil rempah biji
  • 1 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • Tumbuk semua Bahan B. pastikan jintan manis dan rempah biji ditumbuk dulu, setelah hancur baru masukkan bahan B yang lain
Cara:
  • Tumis bahan B sampai naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan asam keping dan serai, biarkan sehingga agak masak, masukkan air. Kemudian masukkan ikan pari, setelah agak masak, masukkan daun kesum dan bunga kantan. setelah masak tutup api dan masukkan bendi dan tomato.Tutup periuk agar sayuran tadi masak.
Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan panas-panas bersama nasi yang panas jugak.

RESEPI ASAM PEDAS PEKAT RUSUK KAMBING

ASAM PEDAS PEKAT RUSUK KAMBING
ASAM PEDAS PEKAT RUSUK KAMBING 

Jangan lupa dihidangkan bersama telur masin,sambal belacan Dan Ulam-ulaman

Bahan-bahan:
  • 1 kilo rusuk kambing(dipotong )
  • 1 Helai Daun Kunyit(disimpul)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 batang serai(dikatok)
  • 1 BatanG Bunga Kantan(tambahan)
  • 1 biji buah tomato(dibelah)
  • 2 biji kentang(dibelah)
  • Cili padi merah 7 batang
  • 1 sudu besar asam+300ml air
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam,gula Dan serbuk perasa(jika suka)
  • Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR
  • 10-15 BATANG CILI KERING
  • 4 BIJI BAWANG BESAR
  • 5 ULAS BAWANG PUTIH
  • 2 CM HALIA
  • 2 sudu besar Serbuk belacan @ 2cm belacan biasa
CARA MEMASAK
1)Panaskan minyak,masukkan bahan yang dikisar,tumis sehingga masak dan pecah minyak.
2)Apabila Sudah pecah minyak,masukkan rusuk kambing,daun kunyit,serai,Bunga Kantan,serbuk kunyit dan daun limau purut.gaul rata dan biarkan ianya masak sehingga sedikit lembut
3)Kemudian,masukkan air asam jawa,tomato dan ubi kentang,masakkan sehingga kentang lembut dan daging rusuk menjadi empuk.
4)Akhir sekali,masukkan cili padi dan perasakan dengan garam,gula dan serbuk perasa.gaul sebati dan tutup api.
5)Siap dihidang

kredit resepi : tuan punya resepi

Makan malam asam pedas di restoran Asam Pedas Claypot, Taman Kota Laksamana, Melaka

restoran Asam Pedas Claypot

ramainya orang makan di Asam Pedas Claypot
Melaka memang terkenal dengan masakan asam pedas. Di merata-rata tempat diseluruh Melaka, kebanyakannya menyediakan masakan asam pedas. Macam di Kedah la, gulai tu memang makanan sinonim belah-belah utara nih.
Asam Pedas Claypot hari yang aku datang ni punya la ramai orang. Meja-meja dekat luar tu semuanya adalah milih Asam Pedas Claypot. Full house!
Jadi atas cadangan pakcik google dan ditambah dengan keadaan restoran full house, maka aku pun terjebak dan terpengaruh untuk singgah makan di sini.
asam pedas ikan kembong

nasi yang dimakan bersama-sama asam pedas ikan kembong
Selain asam pedas, ada juga makanan yang lain-lain yang korang boleh cuba jika tekak tak boleh nak terima masakan asam pedas. Justeru itu, aku pun try la mee goreng basah. Untuk budak-budak, roti canai pun ada di sediakan.
mee goreng basah

roti canai
Kalau nak tengok menu-menu lain yang ada Asam Pedas Claypot, ada banyak lagi yang korang boleh tengok dalam list menu seperti dibawah.
menu makanan Asam Pedas Claypot

menu minuman
Kalau korang nak datang ke restoran Asam Pedas Claypot, boleh la datang ke Taman Kota Laksamana di Melaka. Boleh juga guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.
gps koordinat : 2°11'47.0"N 102°14'36.7"E atau 2.196386, 102.243518