1

2

3

4

Showing posts with label sotong sumbat. Show all posts
Showing posts with label sotong sumbat. Show all posts

RESEPI RENDANG SOTONG SUMBAT

RENDANG SOTONG SUMBAT
RENDANG SOTONG SUMBAT

Sotong Sumbat Telur:
Bahan-bahan :
1-2 batang tauhu lembut - dihancurkan dengan garfu
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara:
Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Masukkan tauhu lembut hancur.
Panaskan sedikit je minyak, dan tuang telur tadi. Kacau telur dalam kuali sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya

Resepi Rendang Sotong Sumbat:
Bahan-bahan:
4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
2 helai daun limau purtu
400 ml santan pekat
2 sudu kecil kerisik
4 sudu makan minyak masak
3 keping asam keping
Garam dan gula secuup rasa

Bahan kisar sebagai pes rempah:
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai - hiris nipis
10 tangkai cili kering rebus
5 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Saya tambah (tak ada dalam resepi):
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-cara:
Kisar bahan kisar sehingga sebati.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.
Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.
Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.
Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jd agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.
Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!

Resepi Sotong Sumbat Bersos

 

Sotong Sumbat Bersos
Sotong Sumbat Bersos

Bahan-Bahan:
400g sotong – bersihkan
Inti secukupnya
1 biji bawang besar – potong bulat

Bahan Inti:
2 biji telur – dipukul sedikit
½ biji bawang besar – cincang
1 batang cili merah – cincang
1 sudu besar lobak merah – cincang
2 helai daun bawang – cincang
garam dan lada putih secukup rasa

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci kunyit
1 hiris lenkuas
1 batang serai – diracik

Bahan Sos:
3 sudu besar cili kisar
2 sk ketumbar – siap kisar
½ sk jintan manis – siap kisar
½ sk jintan putih – siap kisar
2 sudu besar kicap soya
1 keping asam gelugur
garam + gula secukup rasa
minyak utk menumis

Cara Memasak:
Campurkan telur bersama bawang, cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa. Goreng hancur (scramble) telur tadi.
Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.
Sumbatkan inti ¾ penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dgn pencungkil gigi supaya tidak bergerak.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.
Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum dimatikan api. Hiaskan sebelum dihidang.

RESEPI RENDANG SOTONG SUMBAT

RENDANG SOTONG SUMBAT
RENDANG SOTONG SUMBAT

Sotong Sumbat Telur
Bahan-bahan:
  • 1-2 batang tauhu lembut - dihancurkan dengan garfu
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
Cara:
  • Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Masukkan tauhu lembut hancur.
  • Panaskan sedikit je minyak, dan tuang telur tadi. Kacau telur dalam kuali sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
  • Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya
Resepi Rendang Sotong Sumbat
Bahan-bahan:
  • 4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
  • 2 helai daun limau purtu
  • 400 ml santan pekat
  • 2 sudu kecil kerisik
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar sebagai pes rempah:
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering rebus
  • 5 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Saya tambah (tak ada dalam resepi):
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
Cara-cara:
  • Kisar bahan kisar sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.
  • Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.
  • Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.
  • Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jd agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.
  • Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!

Resepi sotong sumbat telur

sotong sumbat telur
sotong sumbat telur

Bahan-bahan:
  • 6 ekor Sotong saiz medium
  • 1 bawang merah saiz medium - potong dadu kecil 
  • *4 telur gred A
  • *3 ekor Udang XL (buat rasa sedap lagi, takde pun rasa sedap juga) - potong kecil
  • *Daun ketumbar (Jangan banyak sangat. Nanti menyengat rasanya) - cincang halus
  • *Carrot (suka hati nak letak banyak mana) - cincang halus
  • Maggi cukup rasa
  • Pencungkil gigi/lidi
Cara-cara:
  • Masukkan semua yang bertanda * & kacau sebati. Lepas tu, panaskan minyak sikit & goreng bawang merah sampai garing sikit.
  • Masukkan adunan telur tadi & masak seperti telur hancur. Lepas tu masukkan garam gula kalau yang tak guna MSG. Saya masukkan maggi cukup rasa je.
  • Sumbat telur ke dalam sotong. Sumbat biar sotong jadi gemuk buncit semuanya. 
  • Ambil kepala sotong & letak kat tempat asal dia. Lepas tu cocok sotong dengan lidi ke pencungkil gigi ke, dekat tempat kepala sotong. Tak nak telur terkeluar je.
  • Dah siap sumbat telur, kelar manja sikit sotong tu supaya sotong tak mengecut sangat.
  • Nak masak sotong tu, atas kesenangan korang. Boleh bakar atas arang, masak atas kuali ataupun guna air fryer. 
  • Masak sehingga sotong masak je. Jangan lama sangat. Nanti sotong jadi kering. Tak sedap nak makan.
Resepi sos thai serbaguna:
  • Sos thai yang ada gambar makcik tu
  • Bawang putih - cincang halus
  • Cili padi merah - potong kecil
  • Daun ketumbar
  • Sos ikan
  • Gula
  • Air limau nipis
Campur semua tu. Siap!
Korang agak-agak je la ye yang sos tu. 

Kredit resepi: Mira Khan

RESEPI SOTONG SUMBAT KUAH PERCIK

 
Bahan-bahan:
  • 1 kg sotong
  • 1 biji lobak merah
  • 2 biji kentang ~ saiz besar
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam
  • 1 keping gula melaka
  • 3 s/b gula putih 
  • 1 cawan santan pekat
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit garam
Bahan-bahan kisar:
  • 30 tangkai cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
Cara penyediaannya:
  • Rebus kentang sampai lembut....lenyek...lobak merah didadu...gaul bersama...sumbat dlm sotong dan ketepikan...
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi...masukkan santan...serai...asam keping...gula merah...gula putih...garam...
  • kacau sebati...masak sampai kuah agak-agak pekat...kemudian masukkan sotong...
  • kacau sebati...masak lebih kurang dalam 10minit lagi...atau sampai sotong masak....
Kredit kepada empunya resepi

Resepi sambal sotong sumbat

 

Sambal sotong sumbat
Sambal sotong sumbat

Bahan inti:
  • Telur ayam
  • Daun bawang
  • Bawang besar
  • Lada besar
  • Serbuk perasa
Cara-cara:
  • satu kan semua..
  • goreng hancur bahan diatas
  • sumbat dalam sotong,sematkan dengan lidi
Bahan sambal:
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Belacan
  • Kisar semua
Cara-cara:
  • Tumis bahan kisar hingga pecah minyak,masukkan perasa garam dan gula..last masukkan sotong..kacau perlahan..
  • Siap...

*dalam inti boleh isi lobak,isi udang atau apa saja yg rasa nak isi..

Kredit Resepi: aziezara haqimie