Showing posts with label spaghetti. Show all posts
Showing posts with label spaghetti. Show all posts

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Spaghetti Aglio Olio
Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan: (5-6 orang)
  • 500 g spaghetti
  • 1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
  • 1 cawan minyak zaitun (olive oil)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 sudu besar chili flakes
  • 3 sudu besar oregano flakes
  • 3 sudu besar parsley flakes
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 kiub pati ayam
Cara-cara:
  • Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  • Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
  • Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
  • Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.Siap untuk dihidangkan.

Resepi spaghetti olio aglio seafood

spaghetti olio aglio seafood
spaghetti olio aglio seafood 

(7-8orang boleh makan)

Bahan:
  • 1peket spageti (rebus dan tos) 
  • udang
  • sotong
  • sosej
sayur:
  • brokoli
  • tomato cherry
  • lada benggala hijau/merah
perasa:
  • chilli flakes
  • origano
  • mixed herbs
  • lada hitam (kisar halus)
  • kiub pati ayam
  • garam
  • gula
tumisan:
  • minyak zaitun
  • bawang putih
tambahan:
  • 1/2 cawan air rebusan spaghetti
Cara Masak:
  • goreng lauk pauk dengan minyak zaitun
  • angkat dan ketepikan
  • tumis bawang putih sedikit garing
  • masukkan bahan perasa, kacau sebati
  • masukkan spageti dan sayur
  • masukkan sedikit air rebusan spageti
  • rasa la ye secukup rasa, ikut tekan masing masing.
  • dah siap!
Kredit resepi: suhasnida ismail

Resepi Spaghetti Goreng

Spaghetti Goreng
Spaghetti Goreng

Bahan-bahan (3-4 orang makan):
  • 8 ulas bawang putih ditumbuk
  • 8-10 biji cili padi ditumbuk (kalau untuk anak-anak makan, tak perlu letak pun tak apa)
  • 6 cmb minyak zaiton
  • 15 ekor udang saiz xl
  • 20 ekor kepah (ada jual yang frozen)
  • separuh biji capsicum merah dihiris
  • separuh biji capsicum hijau di hiris
  • 1 cmb parsley serbuk
  • 1cmb basil serbuk
  • garam & gula secukup rasa
  • Setengah bungkus spagetti (direbus dulu)
Cara-cara
  • Tumis bawang putih & cili padi dengan minyak zaiton.
  • Bila naik bau, masukkan udang & kepah. Blh juga gunakan sotong or lala.
  • Masukkan parsley, basil, garam, gula secukup rasa. Gaul.
  • Masukkan pula spagetti & gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan capsicum merah & hijau. Goreng sekejab & siap.

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

SPAGHETTI CARBONARA
SPAGHETTI CARBONARA

Bahan-bahannya :
  • Spaghetti (untuk 3 hidangan) direbus
  • 1 tin Prego Carbonara Mushroom
  • 3 biji shitake mushroom (fresh) - dihiris
  • bawang putih - 3 biji (diketuk)
  • sedikit udang
  • sedikit hirisan ayam
  • 1/2 cawan susu segar
  • Olive oil
  • Parsley flakes 
  • Black Pepper
  • Chilli flakes 
Cara-caranya:
  • Panaskan sedikit olive oil..
  • Tumiskan bawang putih sehingga wangi.. kemudian campakkan hirisan ayam..kacau rata..
  • Bila ayam dah masak masukkan udang dan shitake mushroom.. kemudian.. masukkan Prego Carbonara Mushroom.. kacau rata..
  • Bila kuah agak pekat maka boleh lah letak fresh milk lebih kurang 1/2 cawan.. atau agak-agak lah ikut kepekatan yang diingini.. tabur sedikit black pepper..
  • Dah siap angkat dan curahkan di atas spaghetti anda.. taburkan parsley dan chilli flakes...

RESEPI SPAGHETTI

 

SPAGHETTI
SPAGHETTI

BAHAN-BAHAN 
  • 1/2 packet spaghetti direbus, kemudian dicelur dgn garam & butter
  • 2 sudu besar minyak zaiton
  • 3 ulas bawang putih dipotong halus
  • 1/2 labu capsicum di potong dadu
  • chicken slice
  • sosej
  • cendawan butang di potong slice (nak takpe tak nak pun takpe)
  • Sedikit lada hitam (guna yang biji tak perlu ditumbuk)
  • 1 sudu oregano fleks (kena letak kalau tak bau tak macam aglio olio)
  • 1 sudu cili fleks 
  • garam dan lada sulah untuk perasa
  • 1 sudu teh pati ayam
CARA-CARA
Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan chicken slice dan sosej lepas tu masukkan lada hitam, capsicum dan cendawan butang tadi.
Akhir skali masuk kan spaghetti, garam, lada sulah, cili fleks atau cili padi, oregano fleks, dan kacau hingga rata.
Kalau spaghetti nampak kering boleh di gaul kan dengan minyak zaiton tak perlu risau minyak zaiton tiada kolestrol jadi boleh lah tuang kan di spaghetti supaya tak nmpak kering.

Nak tahu macam mana rasa makan lobster, mai datang ke Mr Lob's Cafe, Bertam Kepala Batas


Restoran Mr Lob's Cafe, Bertam
logo Mr Lob's
 Jarang-jarang kita jumpa restoran yang ada jual hidangan lobster. Agak mahal jugak la kalau nak makan lobster ni. Sebab tu kebanyakan kedai makan biasa-biasa takde lobster. Kalau korang rasa teringin nak makan si binatang lobster ni, di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang ada menyediakan hidangan lobster. Nama kedai pun Mr Lob's Cafe. So special menu dah tentu-tentu la si bintang lobster yang mahal tu. Harga setiap hidangan lobster tak fix. Ikut berat lobster tu. Kalau lagi besar dan berat, lagi mahal la korang kena bayar. Di Mr Lob's ni harga di kira ikut berat...RM19.90 untuk setiap 100gram. Kebiasaannya, berat lobster dalam average 400++ gram. So dalam RM80++ gak la sekurang-kurangnya. RM100++ pun ada jika pilih yang lagi besar. Selesai dah pilih lobster, korang boleh pilih hidangan/masak yang macam mana yang korang suka. Ada empat pilihan masakan iaitu lobster thermidor, bakes cheese aragosta, speghetti aragosta dan Mr Lob's special lobster.
lobster thermidor

4 hidangan untuk lobster
Daripada ke-empat-empat hidangan tu, diorang cadangkan kat aku untuk try lobster thermidor, sebab ramai yang order lobster thermidor kalau datang ke Mr Lob's ni. Rasanya? memang terbaik dan sedap betul, dengan sos yang creamy-creamy pun sedap....dan akhirnya sampai tinggal kulit je la lobster tu aku kerjakan...hihihi...
Selain makan lobster, aku order juga la menu-menu yang lain yang ada di sini. Antaranya adalah spaghetti cabonara, spaghetti bolognese dan mushroom soup with garlic bread.
spaghetti cabonara

spaghetti bolognese

mushroom soup with garlic bread
Mr Lob's ni juga pernah diterjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Payung oren JJCM TV3 tu ada tergantung kat restoran tu. Kalau nak tengok menu lain yang ada di Mr Lob's ni, boleh tengok senarai menu seperti di bawah ni.
Senarai menu Mr Lob's

payung JJCM TV3
lagi satu, selain lobster, korang boleh cuba makan king crab...harga boleh tahan gak la..lebih RM300++ sehidangan. Itu apa yang diorang cakap kat aku la...aku cakap nak try lobster dulu, king crab lain kali...kena menabung..hihihihi..
Kalau korang nak datang sini, senang je, restoran ni dekat Bertam, Kepala Batas. Dulu kat tempat lama yang juga di Bertam dan sekarang pindah ke bangunan baru. Dekat je dengan tempat lama. Aku kasi untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang kalau datang la....tokey Mr Lob's, kalau baca posting aku ni, belanja la aku king crab ke lobster ke...dah up masuk blog ni...hihihhii..
gps koordinat Mr Lob's : 5°30'54.8"N 100°26'55.1"E atau 5.515217, 100.448624