1

2

3

4

Showing posts with label rendang. Show all posts
Showing posts with label rendang. Show all posts

Resepi Rendang Daging

Rendang Daging
Rendang Daging

Bahan masak rendang daging sedap:
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 sudu besar pes rendang
  • 10 tangkai cili kering (rebus dan dikisar asing)
  • 2 sudu jintan manis (kisar kering)
  • 2 sudu ketumbar (kisar kering)
  • 2 sudu jintan putih (kisar kering)
  • 125ml santan pekat
  • 4 sudu makan kerisik (dikisar halus)
  • Garam, gula & air asam jawa secukup rasa
  • Daun limau (hiris utk hiasan)
Saiz hidangan: 2-3 orang
Cara Buat Rendang Daging Sedap:
  • Rebus daging dahulu selama sejam atau lebih. Pastikan daging empuk. Tips lembutkan daging ada orang letak daun betik/biji kurma masa rebus daging tu. Air rebusan daging jangan buang.
  • Blend bahan kisar (bawang besar, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, halia, serai) dengan air. Jangan banyak sangat air, cukup2 paras bahan masuk dalam blender tu je.
  • Rebus cili kering kemudian blend dengan air . Kuantiti air pun tak perlu banyak sangat. Cukup sekadar boleh pusingkan blender masa nak kisar tu. Hehe.
  • Kisar halus bahan jintan manis, jintan putih, ketumbar
  • Sangan hampas kelapa/kelapa kasar (ada jual dalam paket) sekejap atas kuali tanpa minyak. sangan sampai da warna coklat sikit . Jangan lama sangat nanti hangus. Kemudian kisar halus kerisik ni.
  • Masukkan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar step no 2 (bawang2 halia etc), no 3 (cili kisar) & masukkan sekali pes rendang. Biarkan sampai naik bau & tumisan sedikit kering
  • Masukkan pula bahan kisar step no 4. Gaul rata
  • Masukkan kerisik yang disangan masa step no 5 tadi. Kerisik yang ni Dya tak sangan lama sangat. Hehe. Cukup sekadar sampai warna kecoklatan sikit & bau kelapa naik. Gaul tumisan ni sampai kering sikit.
  • Bila tumisan dah kering sikit, masukkan air asam jawa. Asam jawa ni tak payah banyak sangat. Letak secubit pun cukup. Buat rasa masam sikit-sikit je kat masakan rendang. Kalau terlebih nanti rendang rasa masam sangat. Biarkan sampai kuah tumisan kering sedikit.
  • Masukkan daging yang da siap rebus awal-awal tadi
  • Air rebusan daging jangan buang sebab korang boleh guna untk masukkan dalam masakan rendang jugak. Tujuan untuk menambah lagi rasa pada masakan
  • Masukkan santan pekat. Guna santan kotak kecik 250ml. Dya masukkan separuh kotak je. Gaul rata dan biarkan masak hingga kuah rendang kering. Guna api slow.
  • Tunggu sampai kuah rendang kering macam dalam gambar. Gaul rata. Jangan lupa masukkan garam & gula secukup rasa.
  • Bila dah masak, hias dengan hirisan daun limau untuk bau wangi pada masakan. Dah boleh makan dengan nasi putih dah. Jomm!
  • Rendang ni best gila. Lengkap dengan rasa manis, masam, masin, pedas dia. Semua ada.
Tips:
Jangan letak cili giling banyak sangat. Pedas gila rendang nanti weh!

RESEPI RENDANG PARU

 

RENDANG PARU
RENDANG PARU

cara-cara cuci paru:
1. Basuh bersih
2. Rendam air garam kasar for an hour
3. Basuh again
4. Rebus dlm boiled water for another 1 hour, masuk asam keping sekali dalam 5 keping
5. Angkat, toskan, sejukkan
6. Dah sejuk, hiris nipis-nipis. Kalau xnk terus masak, simpan dalam freezer. 
7. Kalau nak terus masak, gaul kunyit sikit, goreng sampai garing. Toskan dan ketepikan.

Bahan bahan:
3,4 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
Segenggam kecil cili padi
Half tomato
Sedikit belacan
Ibu kunyit dalam 1 inci
4 biji buah kemiri/buah keras

*blendkan semua bahan di atas dgn sedikit air.

Bahan lain:
Daun limau purut
Serai
Lengkuas
Asam keping/air asam jawa
Bahan perasa
Santan sedikit aja. Optional

Cara-cara:
Panaskan minyak zaitun (olive oil), masukkan bahan blend. Masukkan juga lengkuas dan serai. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan bahan perasa dan air asam jawa. Masukkan santan jika mau. Kalau xmau, skip. Dah cukup rasa semua, masukkan paru yg dh digoreng garing td. Dan masukkan juga daun limau purut. Siap utk dihidang. Kalau pedas sgt, ejas pakai gula melaka.

Credit resepi: Ig mek_masakmasak

resepi Rendang Ayam Nogori

Rendang Ayam Nogori
Rendang Ayam Nogori 

Bahan:

Resepi 1 ekor ayam
(kalau buat 2 ekor just doublekn saja bahan2) *BAHAN A(BLEND)

Bawang bombay (8sb)
Bawang putih (10 ulas)
Halia (4sb)
Serai (ambil berapa batang dan ketuk & Serai yang blend 4sb)
Lengkuas (1sb)
Kunyit (1sb)
Cili padi ( terpulang pada masing2..nk pedas letak lebih ) *BAHAN B
Santan (1 Kotak)
Kerisik (1 packet)
Daun kunyit@maman(hiris halus)
Ayam

Cara-cara:
Tumis batang Serai di ketuk sehingga naik bau
Tumis bahan-bahan yg di blend sampai pecah minyak
Masukkan ayam dan Gaul sampai kluar air ayam
jangan masukkan air dulu
Biarkan sampai air ayam hampir kering dan masukkan air sehingga tutup paras ayam..
Masukkan kerisik dan biarkan ayam masak 
Masukkan santan dan masakkan sehingga kuah jadi pekat..(terpulang sama ada suka kering @ berkuah)
Jangan lupa garam dan masukkan daun kunyit

kredit resepi: dayang nurul ain

RESEPI RENDANG DAGING

RENDANG DAGING
RENDANG DAGING

Bahan-bahan:(5-6 orang)
  • 500 gm daging
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 7 biji cili padi
  • 3-4 batang serai – dititik
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari
  • 1 sudu besar gula Melaka
  • 1 mangkuk santan
  • 5 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam dan gula
Cara-cara:
  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
  • Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan daging.
  • Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
  • Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.
  • Rempah cap bunga rose ni ada 2 jenis, satu rempah gulai dan lagi satu rempah masak. Untuk rendang, sila guna rempah gulai. Rempah-rempah keluaran Terengganu ni biasa orang guna untuk buah gulai ikan tongkol (nasi dagang), gulai ayam (nasi minyak) dan laksa Terengganu. Boleh google image untuk kepastian. Kalau tak jumpa rempah ni boleh ganti dengan serbuk kari.
kredit resepi: dapurmalaysia 

RESEPI RENDANG HIJAU

RENDANG HIJAU
RENDANG HIJAU

Bahan-bahan:
  • Seekor ayam @ sekilo daging
  • 2 genggam cili api (warna hijau je)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang besar
  • 6 btg serai
  • 1 inci halia
Blend semua dengan sikit air jadikan pes
  • Santan (1 biji kelapa)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 3 sudu besar kerisik
  • 3 asam keping
  • Garam, gula & bahan perasa

Cara-cara:
Tumiskan pes tadi minyak agak-agak la... dah kering sikit masukkan daun limau... pecah minyak masukkan ayam @ daging bersama asam keping.. dah kering sikit air ayam @ (daging boleh tambah air beberapa kali sampai empuk) masukkan santan dan kerisik.. Jangan lupa perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.. Taburkan hirisan daun kunyit. Siap!  

RESEPI RENDANG TOK ASLI PERAK

RENDANG TOK ASLI PERAK
RENDANG TOK ASLI PERAK

BAHAN-BAHAN :
  • 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)
  • 3 liter santan
  • 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
  • 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 1 1/2 keping gula nipah/ADDkabung/melaka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan sangai:
  • 1 1/2 sudu makan jintan manis
  • 1/2 sudu makan jintan putih
  • 2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar:
  • 20 biji cili kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 10-15 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sm lengkuas
  • 5 batang serai
  • 5 sm halia
  • 3 sm kunyit hidup
  • Bahan yang disangai tadi

Caranya:
  • Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
  • Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
  • Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
  • Masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu’
  • Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.

TIP
Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.

Kredit resepi: roshidah Abu Bakar shidah

RENDANG DAGING CILI HIJAU

RENDANG DAGING CILI HIJAU
RENDANG DAGING CILI HIJAU

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging batang pinang
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 btng serai-di ketuk
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu

Bahan (dikisar):
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 5 tangkai cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara Menyediakan:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
  • Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
  • Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.Kacau lagi di atas api yang perla han dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  • Bila cukup kering, bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resepi: ajeyshatiella

RESEPI RENDANG LANDAK

RENDANG LANDAK
RENDANG LANDAK

Bahan-Bahan:
  • 1/2 kilo daging landak
  • 3 ulas Bawang merah**
  • 2 ulas Bawang putih**
  • 1/2 inchi halia**
  • 1/2 inchi lengkuas**
  • 1 peket rempah rendang
  • Kerisik
  • 1 kotak santan
  • 3 sudu makan cili kisar**
  • Daun kunyit
  • Minyak Masak
  • Limau nipis/ sambal
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
Cara Memasak:
  • Cuci daging landak dengan limau nipis jika takde limau nipis boleh cuci dengan asam jawa bagi menghilangkan hanyir daging. 
  • Kemudian kisarkan bahan-bahan yang bertanda **, 
  • panaskan minyak masuk kan bahan-bahan yang dikisar tadi kedalam kuali goreng sehingga garing & naik bau. 
  • Campurkan rempah rendang dengan sedikit air sehingga menjadi paste kemudian masuk kan kedalam kuali dan goreng lagi sehingga betul-betul garing. 
  • Setelah rempah garing masuk kan daging landak dan gaul kan sebati masuk kan air & biarkan sehingga daging landak empuk. 
  • Bila daging dah empuk masuk kan santan, & kerisik tunggu sehingga mendidih masuk kan bahan-bahan perasa mengikut citarasa. 
  • Biarkan kuah sedikit pekat masuk kan daun kunyit dah gaul sebati.